CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 30 April 2008

Salam aspirasi untuk mahasiwa,dan salam peperiksaan

selamat menempuhi periksaan. Ikhlaskan niat dalam menimba ilmu. Moga tidak sia-sia usaha kita berjaga malam bersekang mata dalam menyiapkan diri untuk menempuhi "perperangan". Setelah persiapan senjata sudah 'beres', jangan lupa senjata utama kita iaitu pergantungan kita dengan Allah..

Oleh Zulkefli Aini:

PROF Dr Yusuf al-Qaradawi (1984: 169-170) dalam bukunya Al-Sahwah al-Islamiah baina al-Juhud wa al-Tatarruf ada menceritakan bagaimana al-Syahid Hasan al-Banna, seorang aktivis dakwah di Mesir, menyelesaikan satu perselisihan yang membabitkan dua golongan di sebuah perkampungan di Mesir mengenai solat sunat Tarawih.

Peristiwa itu menyaksikan satu kelompok mahu solat sunat itu dikerjakan 20 rakaat seperti yang pernah dilakukan pada zaman Saidina Umar al-Khattab.

Satu kumpulan lagi menyatakan solat sunat itu perlu dikerjakan lapan rakaat seperti dalam hadis.

Setiap kumpulan mempertahankan pendapat masing-masing dan menyalahkan pendapat kumpulan lain. Perselisihan itu hampir membawa pertumpahan darah. Hasan al-Banna bertanya kepada kedua-dua kumpulan mengenai hukum mengerjakan solat Tarawih. Mereka menjawab hukumnya adalah sunat, iaitu orang yang mengerjakannya mendapat pahala tetapi tidak berdosa jika ditinggalkan.

Seterusnya beliau bertanya kepada mereka apakah hukumnya menjaga persaudaraan sesama Muslim. Mereka menjawab, ia antara kefarduan agama dan cabang iman.

Kemudian Hasan melontarkan persoalan adakah harus dalam Islam jika meminggirkan perkara yang wajib untuk mempertahankan perkara yang sunat. Justeru, beliau meminta mereka beredar dan meninggalkan perselisihan itu jika ingin terus berada dalam kesatuan persaudaraan sebenar.

Sebagai pilihan, beliau juga meminta mereka mengerjakan solat Tarawih di rumah masing-masing bagi mengelakkan perselisihan berulang.

Kisah itu menunjukkan bahawa persoalan persaudaraan adalah perkara paling penting. Hal ini kerana persaudaraan adalah antara nikmat kurniaan Ilahi kepada manusia yang beriman dengan-Nya. Malah, ia juga nikmat paling berharga yang tidak ada tolok bandingnya dengan sesuatu di dunia.

Firman Allah bermaksud: "Dialah (Allah) yang menyatukan hati orang beriman walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi nescaya kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka, (akan) tetapi Allah telah menyatukan mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Anfal, ayat 63).

Persaudaraan yang diikat atas dasar iman dan takwa kepada Allah ini bukan sekadar satu nikmat ketika dunia, malah rahmat Ilahi sewaktu di akhirat nanti. Rasulullah dalam hadisnya (seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Kitab Solat al-Jumaat iaitu bab orang yang duduk dalam masjid menanti untuk mengerjakan solat, 2/119, 124; dan oleh Imam Muslim dalam kitab zakat bab kelebihan menyembunyikan amalan sedekah no hadis 1031- daripada Abu Hurairah) ada menggambarkan suasana di
Padang Mahsyar dengan tujuh golongan yang mendapat rahmat ini.

Rahmat perlindungan Allah ketika tiada perlindungan lain selain dikurniakan antaranya kepada mereka yang menjaga persaudaraan kerana Allah. Malah, pada hari kiamat kelak, Allah akan memanggil orang yang pada ketika di dunia saling berkasih sayang dan menjaga persaudaraan sejati Nya.

Hal ini digambarkan Rasulullah dalam hadisnya seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (dalam kitab al-Birr wa al-Silah iaitu kitab berbuat kebaikan dan menyambung silaturahim, bab al-hubb fi Allah iaitu bab berkasih sayang kerana Allah, no. hadis 2566) daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah berkata (menyeru) pada hari kiamat: Manakah orang yang saling berkasih sayang kerana kekuasaan-Ku? Hari ini Aku akan naungi mereka dengan naungan-Ku di mana hari ini adalah hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan-Ku." kerana