CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 9 November 2008

Perkahwinan yang pasti...



PERKAHWINAN YANG PASTI

Wahai kawan-kawan ketahuilah satu perkara iaitu perkahwinan yang pasti dialami oleh setiap manusia yang bernyawa iaitu KEMATIAN.

Pada satu masa yang di tetapkan,
Kita pasti di risik,
pertunangan sejak azali,
di hujung hidup nanti,
berlangsung perkahwinan dengan maut,
hantarannya adalah sakit dan nazak,
tetamu yang datang menghadiahkan tangisan,
pengantin di mandikan,
dipakaikan baju yang putih,
wangian gaharu, cendana jadi pelamin,
pengantin bersanding sendirian,
di arak keliling kampung,
berkompang azan dan kalimah kudus,
akad nikahnya bacaan tahlil,
berwalikan liang lahad,
bersaksikan nisan-nisan,
siraman mawar keluarga terdekat,
malam pertama bersama kekasih yang dingin,
menuntut kata-kata dan janji yang pasti,
sebelum pernikahan

"islam untuk semua, indahnya Islam"

0 comments: