CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 10 November 2008

Semangat dan roh kebenaran

'BERSATULAH WAHAI KAUM MUSLIMIN DENGAN SEMANGAT DAN ROH KEBENARAN"

QuotLirik nasyid yang amat masyhur di kalangan kita pada hari ini,sudah tentu dapat membakar hamasah hamba-hambaNYA yang telah berjanji setia untuk hidup dan mati kerana Nya, yang telah mewaqafkan dirinya untuk Islam.Namun, dalam bergerak kerja, kadang-kadang kita lupa untuk menyemak kemabli atau mentajdid kemabali niat kita.
Kenapa pelu tajdid niat? Sebab " al iman yazid wa yanqus". Syaitan tak pernah lalai untuk melekakan hambaNYA.
Firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 39-40 yang bermaksud;
“Iblis berkata: Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku telah sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) dimuka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".


Ada segelintir daripada kita (aktivis mahasiswa)hari ini yang bersunguguh-sungguh bergerak kerja, penuh bersemangat, tetapi akhirnya kecundang di tengah jalan. Futur membelenggu. Kalau seeblum ni, kita dengar, bila grad, ramai yang futur ,semangatnya berkobar-kobar semasa di IPT, tetapi menyepi apabila grad. Ada juga, apabila berada di tahun akhir, perkataan “ana dah tahun akhir, ana nak tumpu pada study pula”. Dalam hal ini, orang yang mendengar dan orang yang melafazkan perkataan itu, kedua-duanya perlu berlapang dada(salamatus sadr). Bukan bererti kita terus berdiam diri, tapi, kita tetap berusaha untuk mencari jalan yang terbaik menyelesaiakan masalah ini dengan penuh hikmah, jika kita sayangkan sahabat kita. Mohon pada Allah, agar kita tetap terus berada di atas jalanNya, menegakkan yang ma’ruf, menegah yang munkar.
Buku karangan Dr Al Syed Mohd Noh,”Wabak Sepanjang Jalan’ menyatakan bahawa tahap futur yang paling rendah ialah malas, menangguh-nangguh, melengah-lengahkan dan tahap yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan.Antara sebab yang boleh berlakunya futur sebagaimana yang dinyatakan ialah sikap keterlaluan dan berlebih-lebihan dalam agama.

-insya Allah saya akan menyambung perbincangan ini pada masa kan datang, jika ada sebarang kesilapan, mohon teguran dari sahabat2.Sekadar perkongsian, semoga apa tidak sia-sia amalan kita.Semoga tidak tergolong dlam golongan orang yang "jahil murakkab".

"islam untuk semua, indahnya Islam"

0 comments: