CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 22 Mei 2009

"Award" untuk kalian:)



Syukran utk dik aida krn bg award. Tp, rasa diri tak layak utk menerima sebarang award.Ala kulli haal. syukran:). Oleh kerana, anak usrah(aida) minta saya bg award, sya akan beri award kepada:
"Mak dan abah. Terima kasih yang tidak terhingga.Restumu yg ku harapkan"

Special to : Aida Rahayu. Trima kasih ats ukuwwah.

Naqibah saya"k.asiah". Slam penuh kerinduan.

"Usrah khazinatul asrar-mg ukhuwwah ini memntapkan tarbiyyah 4 Islam,(aida, kinah, kinah fssk, syahida, azma, ila,) 2-Jawahir, adhwa, azira, aini, k.ira, salwa dn Rubi. "

sakinah ropien(usrah khaziantul asrar-selamt hari ulang tahun(23 mei), mg sbar n tsabat!"


"Sahabt2 MT ISIUKM dn mantan MT ISIUKM, mg amanah dpt dilaksanakan dgn penuh ubudiyyah"

Sahabat2 ex KIAS NILAM PURI-salam penuh kerinduan, krn ilmu kt bertemu,krn cita2 kt bpisah, dn kerana pjuangan insya Allah btemu kmbali:)

Adik2 peserta Kembara Al Banna:). Mcmna dengan resolusi kalian?

Shbt2 ex Maahad Muhammadi Lil Banat KB.

Adik-Siti Zaharah Yusoff(USIM)-Blaja molek, struggle 4 ISLAM.

Shbt2 KTDI dan KTSN-Jauh di mata dekat di hati:)

Ana tk harapakn shabat2 bg award pd yg lain. Cuma kalau nak bagi award, bagus juga. Penghargaan untuk orag yang Istimewa.Tidak bermakna yang tidak disebut tidak istimewa, sebab ukhuwwah adalah untuk semua.:).

"islam untuk semua, indahnya Islam"

Sabtu, 16 Mei 2009

Jangan cabar kami!


Ya, jangan cabar kami. Kuasa yang UMNO ada sekarang hanyalah sementara sahaja, dan ianya milik Allah. Jangan ingat, dengan "kekuasaan" ini, PAS tidak ada kuasa, rakyat tidak ada kuasa, Pakatan Rakyat tidak ada kuasa. Jangan ingat, dengan kuasa kalian, kalian dapat "mencabul"hak mahkamah. Jangan ingt, dengan berkuasanya kalian, kalian dapat "makan harta rakyat". Jangan ingat dengan berkuasanya kalian, kalian dapat rampas kuasa menteri besar!!!, jangan ingat, dengan adanya kuasa kalian, kalian denagn "slumbernya" menukar dewan speaker. Jangan inagt, dengan berkuasanya kalian, kalian dapat kuasai "one malaysia"!!!

Sudah cukup pimpinan ini memperlakukan rakyat sebegini, mempergunakan kuasa mahkamah dan korupsi-korupsi yang banyak lagi, yang tidak tersebut. Rakyat sekarang bukan hanya sekadar menilai, tetapi ternanti-nanti akan bilanya peralihan kuasa, dari orang yang gila kuasa kepada orang yang benar-benar layak memipin rakyat!.
Isu ulama profesional menjadi bualan, dan ianya sengaja dilaga-lagakan oleh puak yang sengaja ingin membantutkan Islam tersebar. Secara tidak sedar, ramai yang telah mensekularkan istilah-istilah. Samalah juga apabila kita mengasingkan nama, contohnya fakulti pengajian Islam dengan fakulti sains dan teknologi. Adakah sains dan teknologi bukan pengajian Islam?Saya tinggalkan persolan ini kepada sahabat-sahabat.

Mahkamah syariah; di mana peranan mahkamah syariah? Apa pendirian mahkamah syariah tentang isu ibu atau ayah yang memeluk Islam, anak perlu kekal dalam agama asal?Saya amat bersimpati dengan "nasib" mahkamah syariah,dan mahkamah-mahkamah lain. Simpati kerana tidak dapat menjalankan tanggungjwab dek kerana "kuasa"luar. Padahal, di Malaysia, sudah di bahagi kepada 3 bahagian iaiatu judiciary, ekskutif, dan legislatif.


Isu pergolakan poltik di Perak,meggambarkan sistem pentadbiran pihak UMNO @ BN amat "kacau". Tidak dapat menerima kenyatanaan YAB NIZAR, sebagai Menteri Besar yang sah. Tindakan yang tidak rasioanal, yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana yang bergelar pimpinan. Menghalau dengan "menggila" speaker dewan. Ini menunjukkan kebobrokan dan tidak senang duduk dengan MB yang sah. Ironisnya, ini adalah satu pendurhakaan kepada suara rakyat,politik, dan institusi perundangan yang hak.

Di sini saya sertakan kenyatann dari Ketua Penerangan Pas Pusat, Dato'Mahfuz Omar, yang dipetik dari akhbar harakah:

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung ketelusan badan kehakiman negara.





Mahfuz menegaskan kepada Harakahdaily, menjadi amalan biasa bagi orang yang melakukan kesalahan untuk menafikan apa yang berlaku.

Khairy juga, tegas Mahfuz, menafikan apa saja yang tidak kena dengan Umno termasuk menafikan beliau disiasat lembaga displin Umno sebelum pemilihan parti itu Mac lalu.

"Buktikan apa saja kepada Khairy, beliau akan nafikan termasuk menafikan disiasat lembaga displin Umno sebelum pemilihan Umno Mac lepas.

"Perkara ini bukan perkara baru dan sudah menjadi tradisi bagi pihak yang melakukan kesalahan untuk menafikan segala bentuk kecaman terhadap mereka," tegas Mahfuz.

Beliau tetap mengatakan kenyataan yang dibuatnya berhubung keputusan mahkamah berhubung isu di Perak mempunyai asas kerana Ketua Hakim Negara merupakan ahli Umno dan pernah memegang jawatan dalam parti tersebut.

Mahfuz menegaskan kerana adanya individu seperti Tan Sri Zaki Tun Azmi maka tidak mustahil Umno akan menggunakan ejen-ejen mereka dalam badan kehakiman untuk membuat keputusan yang berpihak kepada mereka.

Sehubungan dengan itu, beliau mencabar Khairy untuk berdebat secara terbuka isu ketelusan institusi kehakiman tidak kira di mana-mana tempat.

Sebelum ini Khairy dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam sebuah akhbar pada 15 Mei lalu berkata tidak ada 'tangan-tangan ghaib' yang mencampuri urusan Mahkamah Rayuan dalam membuat keputusan terhadap kemelut politik di Perak.

Sebaliknya beliau berkata, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar yang membuat dakwaan tidak berasas dalam isu tersebut. - mks. _

Kalau kata-kata"berani kerana benar, takut kerana salah" di akuii, tolong bubar semula DUN. Harapan rakyat, memrintah lah dengan cara Islam, apa yang Islam nak dengan berpandukan al Quran dan al sunnah, baru lah semua rakyat dan semua kaum akan hidup dalam keadaan sejahtera.Usah takut dengan hukuman hudud jika diri tidak bersalah.

Wallahu a'lam. Siir ala barakatillah.

"islam untuk semua, indahnya Islam"

Jumaat, 15 Mei 2009

Mata tak nampak, hati nampak.

Subhanallah, Alhamdulillah,yang mampu sya ucapkan kerana Allah memberi peluang kepada sya bersua mata, mengikat hati kerana Allah dengan insan-insan yang teramat istimewa bagi saya. Insan yang penglihatannya tidak sama dengan kita orang kebiasaan. Mereka tidak mampu melihat dengan mata,tetapi hati mereka cukup tajam.Ni'mat mata mereka tidak dapat melihat maksiat, tetapi terkadang kita sebagai insan yang serba lemah dan jahil, lupa dengan konsep "ghaddul basor".
Apabila melihat perkara-perkara maksiat,
kita hanya mampu mengomen dari belakang, tetapi tidak mampu untuk terus menegahnya. Ya, mungkin kita hanya mampu untuk mencegah dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman.Adakah iman kita dari hari ke hari, tidak menaik,atau menurun?atau statik?Muhasabahkita bersama.




Pada minggu yang lepas, saya bersama sahabat-sahabat PERKIM UKM dijemput untuk ke bengkel solat fasilitator. Saya dimaklumkan agak lewat, dan saya telah salah faham. Pada sangkaan saya, saya yang akan jadi peserta, bagaimana untuk mengajar orang buta solat. Tapi sangkaan saya meleset. Apabila sampai ke destinasi, kami dimaklumkan untuk menjadi fasilitator kepada saudara-saudara baru ,orang buta. Saya amat mengharapkan, saya dapat memberi sesuatu kepada mereka.

Saya sempat bertaaruf dan cuba memhami isi hati mereka. Perasaan kasihan. Sebab terkadang mereka terlanggar tiang, terkadang terlanggar dinding, dan terlanggar kami:). Mereka bersungguh-sungguh untuk membetulkan solat mereka, bacaan dalam solat, maksud fatihahidak mampu saya gambarkan, apa perasaan say pada masa itu. Amat terharu. Ya Allah, sekiranya aku berada ditempat mereka, adakah aku akan sekuat mereka?

Saya sempat berkenalan dengan insan yang paling istimewa, yang baru memeluk islam 2 bulan yang lepas. Kak khairani(nama lama penny). Umurnya dalam 30-an,mempunyai anak 2 orang, yang sulung berumur 10 tahun. Katanya, anaknya tidak ingin mengikut dia masuk Islam.Walaupun ayatnya terzahir kesedihan, tapi wajah seorang ibu itu tetap tersenyum, mungkin untuk mendapatkan kekuatan.

Disini, saya ingin berkongsi dengan sahabt-shabat luahan insan ini. Moga ia dapat memberi manfaat bersama demi Islam.



Assalamualaikum , Aishah,

didalam email ini saya ingin berkongsi dengan awak, nikmat yang diterima oleh saya

Aishah, Alhamdulillah, saya kat sini sihat jer, baru malam ini dapat email awak, sayalah Khairani, email adress ini dah lama, dulu nama saya ialah penny, kan saya baru memeluk agama islam 2 bulan, jadi saya tak tukar nama kat email pun, tak apalah, saya ada email adress satu lagi,

Aishah, dalam minggu ini saya sibuk sikit, sebab minggu ini ada meeting AJK kat sbm cawangan, lagipun dalam 2 hari ini saya penat, masa sembahyang isyak mata pun tak boleh buka, jadi lepas sembahyang saya dah tidur, tapi tengah malam saya bungun sembahyang daubat dan sembahyang hajat.

tak apalah, Aishah, nanti minggu depan saya akan call awak, memang saya nak call awak, minggu ini mungkin tak sempat, saya besok nak balik rumah mak saya jumpa anak. sebenarnya hari selasa baru ini saya dah balik, tapi sebab minggu ini adalah hari jadi anak saya, saya kana balik, lagipun saya nak bagi mak saya wang.

oklah Aishah, nanti kita sambung lagi........bye!""


Email yang berikutnya:

hi1 Aishah,
didalam email ini saya ingin berkongsi dengan awak, nikmat yang diterima oleh saya selepas sembahyang dan berdoa.
masa saya convert, memang saya tak pakai tudung, dan saya tidak berani nak pakai, sebab saya takut keluarga saya tahu, saya dah masuk islam. lagipun saya ini tak suka gaduh dengan orang lain, terutamanya keluarga sendiri, selalu apabila mereka marah saya, saya pun diam jer dan kadang-kadang bukan salah saya, saya terus minta maaf,
sejak saya dah pandai cara sembahyang, dan baca Al fatihah, saya lagi meguatkan iman sendiri, dan selalu berdoa, sentiasa berzikir, saya meminta Allah buka hati pintu keluarga aku,
minggu lepas, saya beritahu diri sendiri, saya dah masuk islam kenalah pakai tudung, lagipun nak rahsiah sampai bila? jadi, saya pun niatkan nak pakai tudung, mula hari sabtu saya dah mula pakai tudung, sampai hari ini,
pada hari selasa petang, lepas kerja saya terus balik rumah saya, dalam sepanjang pejalanan, dalam hati berzikir jer, kadang-kadang saya baca Al fatihah, apabila saya sampai rumah, ingatlah mak atau adik akan marah, tapi, Allah maha kuasa, mak saya hanya beritahu anak saya, mak awak dah pakai tudung!....
oklah, Aishah, Insha Allah, nanti minggu depan saya call, ok?

*
Mungkin sahabat tertanya-tanya, bagaimana insan istimewa ini mampu mengantar email!!:)Pada mulanya, sya terkejut apabila insan ini memninta email. Saya buat-buat tak dengar. Mungkin juga sayal salah dengar. Tapi dia ulang sebanyak tiga kali. Insan-insan ini mampu menghantar email!bagaimana ya?:)


"islam untuk semua, indahnya Islam"

KONSEP PSIKOLOGI DALAM KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ISLAM

Salam perkongsian.(dari assignment penulis).

1.0 Pendahuluan

Setiap manusia mempunyai naluri kejiwaan dalam megendalikan kehidupan seharian. Ianya merupakan perkara yang tidak dapat disentuh dengan fizikal, tetapi perlu dihayati oleh seseorang terutamanya pemimpin hatta orang yang dipimpin sekalipun. Sirah zaman nabi-nabi terdahulu telah banyak membuktikan kepada ummat di dunia ini bahawa psikologi nabi-nabi telah memikat hati untuk menerima Islam.Contohnya dalam peristiwa pembinaan semula Ka’bah, khususnya dalam isu perletakan “Hajar Aswad” ke tempatnya semula.Isu ini hampir-hampir mencetuskan perperangan di kalangan puak Arab di Makkah.Masing-masing mendakwa bahawa mereka yang lebih berhak untuk mendapat penghormatan bagi meletakkan batu keramat itu.

Sekiranya tiada penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak, nescaya darah akan mengalir dan banyak jiwa yang mungkin melayang, kerana masing-masing telah bersiap dengan senjata sekiranya mereka menghadapi jalan buntu. Bagaimanapun satu di antara cadangan terakhir yang masih dihargai oleh puak yang bertikai ialah dengan memberikan hak untuk mengatasi masalah itu kepada sesiapa jua yang mula-mula memasuki pintu ka’bah pada hari tersebut. Allah telah mentakdirkan bahawa Muhammad S.AW merupakan orang yang pertama yang memasukinya dalam keadaan baginda tidak mengetahui keputusan yang diambil oleh pihak yang bertelagah itu. Seluruh ketua kaum menyerahkan kepercayaan untuk penyelesaian isu Hajar Aswad di tangan Muhammad S.A.W yang dikenali di kalangan mereka sebagai seorang pemuda yang berakhlak mulia dan budiman.

Dengan kebijaksanaan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada baginda walaupun belum mencapai usia kerasulannya, ternyata telah berjaya memadamkan api pertikaian yang sedang marak di kalangan puak-puak arab. Semua ketua kaum berpuas hati dengan cara Muhammad S.A.W menyelesaikan perkara tersebut dengan memegang sisi kain serban yang dijadikan alas untuk mengangkat Hajar Aswad itu ketempatnya yang asal. Tiada pihak yang terpinggir dalam menunaikan tangungjawab meletakkan Hajar Aswad, kerana semua kaum telah diberi penghormatan untuk tujuan suci itu. Keadaan ini merupakan psikologi yang perlu dicontohi oleh setiap pemimpin dengan tidak mementingkan mana-mana pihak, tetapi dapat menyelesaikan masalah rakyat dengan bijaksana (Nik Abdul Aziz Nik Mat. 2006:297).

2.0 Definisi

Menurut kamus Dewan, psikologi ialah ilmu yang mengkaji jiwa dan fikiran manusia, atau secara ringkasnya ilmu jiwa Perkataan psikologi atau dalam bahasa Inggeris psychology berasal dari dua perkataan, iaitu psyche yang bererti jiwa dan roh, dan logy yang bererti sains. Dengan itu, psikologi ialah kajian terhadap jiwa dan roh manusia. Oleh kerana kerohanian dan jiwa di luar dari pencapaian sains, psikologi selalunya merujuk kepada kajian tentang tingkah laku.

Psikologi hari ini ditakrifkan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku dan proses mental. Dengan itu, trend masa kini dalam pengertian psikologi ialah kajian secara saintifik terhadap tingkah laku. Ia adalah sains tingkah laku manusia dan haiwan (Ab.Aziz Mohd. Zin. 1999: 58).

Dari pengertian-pengertian tersebut dapat difahami bahawa psikologi mengandungi disiplin ilmiah yang tinggi untuk memahami tingkah laku manusia bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di kalangan manusia.

Manakala definisi kepimpinan yang diberikan oleh Ahmad Fadzli bin Yusof dan Amin Idris (2007), kepimpinan bukanlah sesuatu yang material. Ia satu kemampuan bagi mengetuai, memimpin dan memandu. Ia seni yang menghasilkan keupayaan bagi menjana idea dan berkomunikasi. Juga dapat mencipta dan membentuk kepercayaan dalam sanubari para pengikut pada idea yang dijana yang merangkumi visi dan misi.

Beliau juga menyatakan pendapat Bennis dan Nanus dalam buku mereka bertajuk Strategies for Taking Charge menegaskan, “Kepimpinan adalah sesuatu yang boleh dipelajari oleh sesiapa, diajar kepada sesiapa, dinafikan tidak pada sesiapa.” Kepimpinan satu seni yang peluangnya sentiasa terbuka bagi dipelajari dalam setiap rentak kehidupan manusia. Kesediaan belajar adalah langkah pertama dipimpin bagi pemimpin. Winston Churchill mengatakan, “Secara peribadi, saya sentiasa sedia belajar walaupun saya tidak sentiasa diajar.”

Menurut Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2003), jawatan kepimpinan Islam yang dipegang merupakan “jihad fi sabilillah” dan membawa orang yang dipimpinnya ke arah jalan yang benar dan diredhai Allah demi kesejahteraan umat Islam di dunia dan di akhirat. Kepimpinan Islam dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu kepimpinan diri, kepimpianan keluarga, kepimpinan masyarakat dan kepimpinan Negara.

Para pakar ilmu psikologi pengurusan( management psychology) membahagikan jenis pemimpin eksekutif dalam tiga bahagian iaitu bergerak melawan, bergerak mengikuti dan bergerak jauh (Jamal Hassan S’ad Madiy. 2005; 60). Di sini, penulis akan mengenengahkan tentang bergerak mengikuti. Pemimpin seperti ini bergerak mengikuti masyarakat dengan perasaan, emosi dan hati nuraninya. Ia bertindak cepat dan mahir dalam memecahkan masalah serta menyelami kehidupan mereka. Ia mendampingi, memberikan apa yang dimiliki demi meraih kepercayaan mereka, dan ikut serta mewujudkan agar mereka bekerja secara maksima untuk meraih hasil terbaik dan tujuan jemaah (ibid).

Melihat kepada definisi yang telah diutarakan, kedua-dua perkara ini saling berkait antara satu sama lain.Dalam kepimpinan dan pengurusan Islam tidak dapat diasingkan.Psikologi adalah elemen yang amat penting bukan sahja dalam kepimpinan, malah semua orang memerlukan psikologi. Antara pendekatan psikologi yang digunakan ialah antaranya dalam aspek pengurusan organisasi dan kepimpinan atau dakwah. Di sini, penulis akan membincangkan tentang psikologi dalam kepimpinan dan pengurusan.

Proffesor Ariffin menjelaskan bahawa sasaran dakwah terdiri daripada berbagai-bagai peringkat dan keadaan. Ia memiliki cirri-ciri khusus yang memerlukan pendekatan dakwah yang berbeza antara satu sama lain. Untuk memberi kesan kepada sasaran-sasaran seperti itu memerlukan suatu pendekatan dakwah yang berasaskan psikologi(Ab. Aziz Mohd Zin. 1999: 58).

Apabila menyebut tentang kepimpinan dan pengurusan Islam, sudah tentu wujudnya pemimpin dan yang dipimpin. Perkara yang utama dalam kepimpinan ialah psikolgi kerana ia adalah titik permulaan bagi menggerakkan sesuatu organisasi itu.

3.0 Psikologi Organisasi

Organisasi dilihat sebagai suatu sistem tingkah laku yang mencakupi input, proses, dan output. Input di sini bererti pekerja dan kemudahan yang terdapat dalam organisasi. Proses adalah merujuk sebagai tingkah laku pekerja atau interaksi pekerja dalam organisasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ke arah mencapai matlamat. Manakala output ialah matlamat yang hendak dicapai. Dalam mencapai matlamat, organisasi harus memberi perhatian kepada input dan proses (Ishak Mad Shah. 2004: 7).

Jika pendekatan psikologi tidak diaplikasikan dalam kepimpinan, ia akan memberi kesan yang negatif terhadap tingkah laku yang dipimpin atau pekerja seperti berasa tidak puas dalam pekerjaan, tidak memberi komitmen, tekanan kerja, ponteng dan sebagainya. Antara faktor psikologi yang mempengaruhi kepimpinan dan pengurusan Islam ialah:

1)Roh keislaman

2) Komunikasi

4) Tingkah laku dan personaliti

5) Suasana tempat kerja yang selesa

6)Kawalan emosi





3.1 Roh Keislaman

Roh keislaman amat penting dalam membentuk kepimpinan Islam yang berkesan. Ia merupakan psikologi yang tebaik selain ianya merupakan kewajipan bagi umat Islam. Sesuatu perkara yang dilakukan tanpa matlamat adalah sia-sia dan tidak kekal melainkan seseorang mempunyai matlamat yang jelas untuk Islam. Di sini, kita dapat lihat sewaktu hijrah Nabi Muhammad S.A.W. Masjid telah dijadikan sebagai pusat untuk membentuk masyarakat Islam pada waktu itu bagi memperkukuhkan lagi ikatan roh keislaman di jiwa masyarakat Madinah sama ada dari sudut adab pergaulan mahupun persoalan akidah mereka (al-Buti, 1978).

3.2 Tingkah laku dan personaliti

Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebencian di sisi Allah S.W.T. kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”
(Surah as-Saff 61:2-3)

Menjadi contoh yang baik merupakan kewajipan yang terpenting seorang pemimpin. Pemimpin hendaklah menjadi teladan kepada orang di bawah pimpinannya. Seseorang pemimpin harus terlebih dahulu mendidik dirinya dengan akhlak yang mulia dan menghayati tuntutan seperti sabar, amanah dan nasihat-menasihati sebelum dia memaksa orang lain berbuat demikian. Tingkah laku dan tutur kata pemimpin juga hendaklah sesuai dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T iaitu pemimpin hendaklah menjadi seorang yang bertanggungjawab(Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2003:51).

3.3 Suasana tempat kerja yang selesa

Daya kreatif seseorang pengurus itu akan lebih menyerlah lagi sekiranya iklim dan suasna tempat kerja adalah menggalakkan. Suasana kerja yang kurang tenang dan selesa akan membuntukan pemikiran para pengurus (Juhary Haji Ali dan Ishak Ismail. 1991: 163).


3.4 Kawalan Emosi
Rasulullah pernah berhadapan dengan orang yang bercakap dengan suara yang tinggi (marah), tetapi Rasulullah S.A.W tetap sabar dan tenang. Akhirnya orang yang bercakap dengan suara yang tinggi itu merendahkan suaranya. Rasulullah S.A.W tidak akan bercakap kalau tidak perlu. Apabila bercakap, mukanya sentiasa manis dan tersenyum. Perkataannya pendek, tegas, tidak bercakap yang bukan-bukan dan tidak melampaui batas. Beliau tidak pernah kelihatan sombong. Sifat sabar dan tenang ini perlu dikuasai oleh setiap manusia kerana segala masalah dan nikmat sebenarnya merupakan cubaan daripada Allah, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :

“ Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka akan mengucapkan “inna lillahi wa inna ilaihi raji’un”. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk”. (al Baqarah: 55-157)

3.5 Komunikasi

Komunikasi dipandang sebagai salah satu prosedur pengurusan yang terpenting. Apabila seseorang pemimpin berjaya menjalin komunikasi, maka hal tersebut adalah jaminan untuk mewujudkan sasaran kelompok dan jaminan untuk mewujudkan penigkatan kualiti kerja.

Dengan peranan penting ini, pelbagai media komunikasi selalu dikotori hal negatif yang membahayakan. Ketika kita merenungkan sejarah agama Islam, kita menemukan bahawa para nabi dan Rasul selalu menjalinkan komunikasi dengan manusia, orang-orang mukmin dan para pengikutnya. Tetapi orang-orang taghut (kafir) sangat takut terhadap komunikasi yang dijalin para nabi dan rasul, malah berusaha untuk menghentikan komunukasi itu dengan cara mempersempit gerak para nabi, padahal setiap rasul diberi tugas untuk menyampaikan ayat-ayat Allah kepada manusia.

Kaum musyrik Makkah memberi usul kepada Abu Thalib agar anak saudaranya, Muhammad S.A.W dilarang berkomunikasi dengan para pengikutnya. Saat itu, Rasulullah S.A.W sebagai seorang pemimpin sangat memerhatikan tempat perkumpulan atau keramaian, pasti baginda pergi ke tempat tersebut dan menyampaikan risalah Islam kepada kaumnya.

Ketika Islam datang, ikatan komunikasi mulai semakin melebar dan semakin kuat, iaitu melalui wasilah solat dan haji. Hingga ketika seorang muslim sedang bersin, hal itu dapat dijadikan kesempatan untuk berkomunikasi(Jamal Hasan Sa’ad Madiy tjmh: Muhammad Mansur Hamzah. 2005: 99)

Para ulama bersepakat bahawa isi dan inti kejayaan proses kepimpinan terletak pada kemampuan menimbulkan kesan dan pengaruh yang timbal balik antara pemimpin dan para pengikut. Al Qiyadah (kepimpinan) yang berjaya adalah al Qiyadah(kepimpinan) yang mampu memberikan pengaruh pada perilaku individu ( suatu jemaah). Dengan tujuan, agar kepimpinan itu mampu menunaikan tugasnya iaitu memberikan arahan dan petunjuk, mewujudkan sasaran jemah, melakukan pengembangan dan pengukuhan kualiti jemaah, serta menjaga kekuatan kesatuannya ( ibid).

4.0 Penutup
Untuk menjadi contoh,pemimpin perlulah mempunyai kebolehan yang istimewa berbanding pengikutnya. Oleh itu, pemimpin perlu mempunyai sifat-sifat seperti warak, jujur, berazam, tekun, amanah, mempunyai daya imiginasi yang kuat, rajin dan sifat terpuji yang lain. Komuniskasi yang baik antara pemimpin dengan pengikutnya amat diperlukan demi menjamin keharmornian hubungan dan kelicinan kerja. Hubungan akan menjadi lebih baik sekiranya pemimpin mempunyai sifat dan sikap seperti yang telah disebutkan.

Kemampuan berorganisasi secara berkesan merupakan kurniaan Allah S.W.T yang perlu terus digilap dan dicemerlangkan. Selaku pemimpin, kita semua perlu bertanggungjawab menyampaikan mesej Islam secara jelas dan terang ( Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2003: 49).

Konklusinya, psikologi amat penting dalam kepimpinan bagi memastikan matlamat yang sebenar tercapai dan orang yang dipimpin tidak berasa tertekan dengan amanah yang ditaklifkan.

_______________________________________________________________

Rujukan

Abd. Karem Zaidan. terj. Asywadi Syukur. 2001. Dasar-dasar ilmu dakwah (2).
Selangor: Dewan Pustaka Fajar Islam.

Ab.Aziz Mohd. Zin. 1999. Psikologi dakwah. Kuala Lumpur: Nasional Malaysia Berhad


Ahmad Fadzli Yusof& Amin Idris.2007. Panduan dan asas untuk pemimpin berwibawa.
Selangor : Majujaya Indah Sd. Bhd.

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2003. Demokrasi dan kepimpinan Islam suatu
perbandingan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.


H.M. Arifin. 1976. Psikologi dan beberapa aspek kehidupan rohaniah manusia.
Jakarta:Bulan Bintang


Ishak Mad Shah.2004. Pengenalan psikologi dan organisasi Jilid II. Johor Darul Takzim:
Universiti Teknologi Malaysia.

Ishak Mohd Rejab. 1985. Kepimpinan dalam Islam. UKM: FPI

Jamal Hasan Sa’ad Madiy.terjm. Muhammad Mansur Hamzah. 2005. Mewujudkan
kepimpinan Islam yang berkesan dan berpengaruh. Adiba Centre.

Juhary Hj. Ali & Ishak Ismail. 1991. Prinsip dan amalan pengurusan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhammad Munir al Ghatban. Trjm. Taib Azamuddin & Hadi Awang. Manhaj haraki
dalam sirah Nabi Muhammad S.A.W. Kedah : Pustaka Darussalam Sdn. Bhd.

Nik Abdul Aziz Nik Mat. 2007. Sirah nabawiyyah insan teladan sepanjang zaman. Kuala Lumpur : Nufair Stree
"islam untuk semua, indahnya Islam"