Apabila melihat perkara-perkara maksiat, kita hanya mampu mengomen dari belakang, tetapi tidak mampu untuk terus menegahnya. Ya, mungkin kita hanya mampu untuk mencegah dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman.Adakah iman kita dari hari ke hari, tidak menaik,atau menurun?atau statik?Muhasabahkita bersama.
Saya sempat bertaaruf dan cuba memhami isi hati mereka. Perasaan kasihan. Sebab terkadang mereka terlanggar tiang, terkadang terlanggar dinding, dan terlanggar kami:). Mereka bersungguh-sungguh untuk membetulkan solat mereka, bacaan dalam solat, maksud fatihahidak mampu saya gambarkan, apa perasaan say pada masa itu. Amat terharu. Ya Allah, sekiranya aku berada ditempat mereka, adakah aku akan sekuat mereka?
Saya sempat berkenalan dengan insan yang paling istimewa, yang baru memeluk islam 2 bulan yang lepas. Kak khairani(nama lama penny). Umurnya dalam 30-an,mempunyai anak 2 orang, yang sulung berumur 10 tahun. Katanya, anaknya tidak ingin mengikut dia masuk Islam.Walaupun ayatnya terzahir kesedihan, tapi wajah seorang ibu itu tetap tersenyum, mungkin untuk mendapatkan kekuatan.
Disini, saya ingin berkongsi dengan sahabt-shabat luahan insan ini. Moga ia dapat memberi manfaat bersama demi Islam.
Assalamualaikum , Aishah,
didalam email ini saya ingin berkongsi dengan awak, nikmat yang diterima oleh saya
Aishah, Alhamdulillah, saya kat sini sihat jer, baru malam ini dapat email awak, sayalah Khairani, email adress ini dah lama, dulu nama saya ialah penny, kan saya baru memeluk agama islam 2 bulan, jadi saya tak tukar nama kat email pun, tak apalah, saya ada email adress satu lagi,
Aishah, dalam minggu ini saya sibuk sikit, sebab minggu ini ada meeting AJK kat sbm cawangan, lagipun dalam 2 hari ini saya penat, masa sembahyang isyak mata pun tak boleh buka, jadi lepas sembahyang saya dah tidur, tapi tengah malam saya bungun sembahyang daubat dan sembahyang hajat.
tak apalah, Aishah, nanti minggu depan saya akan call awak, memang saya nak call awak, minggu ini mungkin tak sempat, saya besok nak balik rumah mak saya jumpa anak. sebenarnya hari selasa baru ini saya dah balik, tapi sebab minggu ini adalah hari jadi anak saya, saya kana balik, lagipun saya nak bagi mak saya wang.
oklah Aishah, nanti kita sambung lagi........bye!""
Email yang berikutnya:
*Mungkin sahabat tertanya-tanya, bagaimana insan istimewa ini mampu mengantar email!!:)Pada mulanya, sya terkejut apabila insan ini memninta email. Saya buat-buat tak dengar. Mungkin juga sayal salah dengar. Tapi dia ulang sebanyak tiga kali. Insan-insan ini mampu menghantar email!bagaimana ya?:)
0 comments:
Catat Ulasan