CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 6 Jun 2009

Hakikat kembara




Dengan motor DBF 5994 , saya "drive" motor saya ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk praktikal. Hari pertama pergi dangan komuter, tetapi saya amat tidak tahan dengan ikhtilat lelaki dan perempuan!. Saya nekad untuk drive sendiri motor pada keesokan harinya.Hari yang ke tiga, saya berada di atas motor selama 2 jam setengah. Subhanallah. Saya amat tidak menyangka, dek kerana tersalah masuk lorong. Entah jalan mana saya masuk, yang pasti, sya sudah jauh tersesat. Saya teringat dalam program kepimpinan yang saya sertai dulu, dalam satu modul, apabila kita sesat, kita perlu kembali ke jalan yang asal. Ya, saya tidak perlu membuang masa dengan memandu mengikut kata hati sahaja.Saya berhenti di stesen minyak. "Encik, tumpang tanya, macamna nak pergi ke Mahkamah Syariah Wilayah Persuktuan Kuala Lumpur?". " Jauh dik, Adik dari mana ni?"
Saya tersenyum (dalam kepenatann)" Saya dari Bangi."> Jawab saya ringkas.
"Oo, dah jauh ni dik, adik cuba cari fly over dan kena patah balik". Jawab dia tersenyum.


Saya meneruskan pengembaraan sya untuk mencari destinasi sebenar saya. Mula-mula agak cuak dan takut. Takut kalau2 saya sampai ke Perak!:). Saya cuba memandu mengikut signbord, dan etah jalan mana yang saya lalui. Sepanjang pengembaraan saya, saya dapat menyaksikan 3 accident. Na'uzubillahi min zaalik. Dalam susah dan senang aku mesti ingat Allah.Aku yakin dan pasti , Allah nak bagi aku menyaksikan keindahan alam.Aku melalui highway yang tidak banyak kereta. Agak pelik, sepatutnya waktu pagi, kereta banyak. Entah kenapa, aku tidak rasa takut. Hatiku amat tenang. Hanya Allah yang menegtahui. Aku rasa,aku bersama Allah:)Tidak ada mak dan abah ,sahabt-sahabt bersamaku. Kalau lah mak aka tahu,mesti mak tak abgi aku naik motor. Dah la naik sorang.Bisikku.

Akhirnya, aku sampai di Kuala Lumpur. Entah macam mana, aku boleh memandu hingga smapai di hadapan KLCC. Aku tergelak kecil . Subhanallah. Saya cuba bertanya orang yang sedang menunggu bas, di mana arah jalan ke masjid negara. Saya tidak bertanya arah mahkamah kerana saya yakin tidak ramai yang tahu posisi mahkamah. Jawapan mengecewakan. Saya meneruskan kembara saya, sehinggalah saya jumpa trafic light di hadapannya Dataran Merdeka. Alhamdulillah, sampai juga aku akhirnya.Monolog.

Seperti biasa, saya masih berada di bahagian Maal. Rekod fail, dan key in ke dalam sistem e-syariah. Banyak yang pelajari daripada kerja ini. Kes-kes penceraian.Setakat yang saya belek fail2, ramainya si isteri yang meminta cerai. Hmm, saya berhenti seketika. Berfikir, hikmahnya Allah tidak memberi kuasa talak kepada si wanita. Tetapi, sekarang tidak kurang juga lelaki yang sesuka hati menjatuhkan talak tanpa berfikir panjang. Si suami mendera si isteri, mencakar wajjah si isteri, tidak memberi nafakh zahir pada si isteri.Apa nak jadi. Sedangkan dalam hadis ada berkata, perkara yang halal yang paling tidak di sukai oleh Allah ialah Talak.Alasan penceraian adalah tidak sefahaman.Sewaktu bercinta, semuanya indah, tetapi setelah berkahwin, semuanya gundah.Kembali kepada keimanan kepada Allah,keberkatan dan sebagainya. Sya tidak berani mengulas panjang, kerana tidak punya pengalaman, tetapi cuba terjemahkan daripada apa yang saya belajar dalam kuliah.

"Aisyah, awak mesti penat kan? Rehat la dulu,kesian awak, 2 jam setengah atas motor."Tegur salah seorang pegawai. Saya menjawab denagn senyuman sahaja. Ya memang penat. Tetapi, sya berpuas hati kerana saya dapat survive sendiri.

Jika sebelum ini, praktikal saya di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia(JKSM) agak meletihkan, inikan pula di Kula Lumpur dengan membonceng motor Honda.

Hari pertama praktikal, malamnya tidur awal sebab kepenatan.Hari yang ke dua, begitu juga.Astaghfirullah, Ya Allah jauhkan lah aku dari penat yang boleh menyebabkan gerak kerja Islami aku terbantut. Jauhkanlah aku dari futur. Berikanlah kami kekuatan untuk menangkis perasaan ini.Ya, pada diri kita ada hak, dan pada amanh juga,perlu diberkan haknya.

Hari yang berikutnya, kami cuba untuk konsisten untuk pergi dengar tazkirah di Surau Ann Nur,mengisi hati dari dan menyiapkan kerja-kerja yang masih belum disiapkan lagi.Saya dapat bayangkan wajjah ibu-ibu yang aktif dalam gerakan dakwah, bagaimana mereka menguruskan rumah tangga.

Saya yakin, sahabat-sahabat tidak kurang banyak kerjanya. Apa yang saya ingin berkongsi bersama sahabat ialah, hakikat kembara. Ya, ianya penuh dengan ujian. Jika sebelum ini, saya tidak langsung memandang UKM sebagai destinasi ijzah saya, tetapi sekarang saya sudah barada di UKM!. Saya bercita-cita untuk menyambung Ijzah saya di Mesir. Tetapi, takdir telah menetukan saya untuk berada di perbukitan UKM ini. Walaupun, terkadang, ada terdetik di hati rasa menyesal berada di UKM, tetapi, saya perlu buang perasaan ini. Saya amat mencemburi shaabat-shabt yang bertalqqi, berada dalam bi'ah ilmiah.Saya yakin , semuanya telah di susun oleh Allah, dan sya berdoa, agar ssya dapat menymbung kembara ilmu saya ke sana.Hakikat kembara, sudah pasti kita punya impian, dan tidak semua harapan@impian yang kita impikan kita akan kecapim keran Allah lebih mengetahui apa yang sesuai untuk kita.

Kepenatan dari bekerja, sedikit sebanyak boleh menyebabkan para amilin jauh dari aktif bergerak kerja, mengisi rohani yang gersang jika diri tidak bermuhasabah dan kurangnya taqarrub pada AllahSudah lama tak jumpa adik2 usrah. Rindu.Masinng-masing punya tanggungjwab, praktikum, LAI, dan balik jumpa mak dan ayah. Diri ini? Alangkah seronoknya dapat LAI kat negeri masing-masing, namun keperluan perlu didahulukan dari kemahuan.


1) Fardul muslim->2) Baitul Muslim-> 3) Mujtama' Muslim 4) Baldatun toyyibatun wa Rabbun Ghafur 5) Daulah Islamiyyah(Khilafah).

Adakah saya sudah berjaya membina fardul muslim?Hmm, diri yang betul-betul muslimah, mu'minah yang solehah, insyaAllah,moga Kau perkenankan.Saye teringat kata-kata penceramah, bagaiman nak bentuk baitul muslim kalau fardul muslim pun tak settle lg.Hm, fikir-fikirkan, dan tersu bertindak:).
Moga kembara ini membuka hati dan mata ini, mendekatkan lagi diri ini pada MU YA RABB. Suburkanlah rasa cinta dan rindu untuk bertemu dgnMU.
Sekadar renungan...: Adakah betul kenyataan ini " Muslimat, majoritinya berfikiran glokal?Selalu fikir masalah hati"?. Maaf, saya tidak berniat untuk menuding kepada sesiapa, malah untuk membuka fikiran-fikiran terutama di kalangan ahli gerakan dakwah. Ala kulli haal, yang kuat akan menampung yang lemah, dan kita perlu ingat,kita tidak selalunya kuat, dan yang lemah tidak selalunya lemah.Hakikatnya, setiap orang mempunyai kelemahan. Hargailah kelemahan, kekuranagn dan kekuatan yang ada pada seseorang, kerana semuanya itu adalah kurniaan Allah. Si lemah akan terus berusaha untuk menjdai kuat kerana dia tahu dia perlu kuat untuk Islam

"islam untuk semua, indahnya Islam"

0 comments: