CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 6 Ogos 2009

Muslimah...(dari sahabat)

Aduhai puteriku sayang..

Seorang Muslimah ILAHI,

Bukanlah dinilai dan dilihat pada seberapa gemersik dan lunak alunan suaranya, tetapi perletakan penilaian adalah pada setiap susunan kata-kata yang terungkap daripada mulutnya. Awasilah lidahmu, duhai puteriku..lidah yang tak bertulang itu, boleh membawa kebahagiaan dan lidah itu juga boleh membawa kebinasaan kepadaseseorang. Bak kata pepatah

Puteri:

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa..kan abati al akhyar?

Si Ayah:

AlhamdulilLAH, mubarakalaik! Beginilah, anakanda ayahanda, yang panjang aqal, yang berpekerti mulia, yang berIman, yang sholihah, yang baik hati, baharulah semua orang sayang, alhamdulilLAH, syukur pada TUHAN.


Puteri:

AlhamdulilLAH, segala puji-pujian hanya layak bagi TUHAN. Abati al hakim, lidah yang tidak bertulang itu boleh memertabatkan manusia kerana itu seringkali juga manusia dimuliakan kerananya. TETAPI, AWAS!! Lidah itu juga boleh menjatuhkan seorang manusia kerana itu seringkali juga manusia hina kerana lidah. Benar kan ya abati al habib?

Puteri:

Ya abati al hafiz, sambunglah lagi bicara berkaitan Muslimah ILAHI, silakanlah abati, anakanda menanti ni..

Si Ayah:
Baiklah duhai puteri kesayangan ayahanda,

Seorang Muslimah ILAHI,

Bukanlah dinilai dan dilihat pada keahlian dan kepetahannya membahas hujah, lantunan kata-kata yang tiada kering dari mulutnya, tetapi perletakan penilaian adalah pada bagaimana susun atur, pilihan kata-kata dalam ia berbicara. Adakah ia secara sopan dan berhikmah, adakah hujahannya itu berasas, adakah ia diluahkan secara ikhlas dan berlapang dada ataupun sebaliknya bersalutkan gelombang kemarahan, caci nista, noda-noda hasad dengki pada yang mendengarkan..naudzubilLAH, bukan itu yang kita mahukan, bukan sengketa yang kita mahu letuskan, buka mahu membuka luka di hati insan..

Puteri:

NaudzubilLAHI min dzaliik, mohon dijauhkan semua itu daripada kita. Jika pedang melukai tubuh, masih punya harapan untuk sembuh, TETAPI, jika lidah yang melukai hati, ke mana ubat akan dicari..Oh TUHAN, pedomanilah dan hidayahilah kami..

"islam untuk semua, indahnya Islam"

0 comments: