CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 12 September 2009

Manisnya Persaudaraan kerana Allah

Baru-baru ini, sewaktu berusrah di rumah ucu, saya suka berkongsi cerita ukhuwaah dalam berusrah. selain membincangkan isu-isu ummah. Saya amat kagum bila terbaca email sahabt senior saya ex-KIAS, dan sekarang sedang menuntut di MESIR. Email yang di hantar melaui yahoogroup. Moga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

muhd.najid abdullah"wrote:
sain2 yang dikasihi
ambo nak kongsi satu emel yang ambo dapat darpada sorang sahabat yang elah lama terpisah. tup tup dapat eml ni. terharu pun ada, terkejut pun ada, macam2 ter lah tapi yang penting ambo sero macam nak kongsi dgn semua.....
Jid,
apa khabar? lama tak dengar khabar. Apa criter? ana masih di sini, meneruskan sisa pengajin yang masih berbaki di bumi asing nan gersang tarbiah ini. 5 tahun kita terpisah. Segalanya takdir dan perncangan Allah. Kita merancang Allah juga merancang. Yang pasti perancangan Allah mngatasi segalanaya.
Ana tak pernah menyangka akan begini jadinya takdir hidup. 7 tahun kita terpisah. 5 tahun pula ana kumpulkan tenaga dan kudrat untuk menghabiskan masa menyelesaikan BA. Memang bidang ini ana pilih. Tanah gersang ini jua ana impikan untuk menuntuk ilmu tapi mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. ini tahun ke 5 ana meneruskan pengajian. doakn ini yang terakhir.
Jid,
Itu bukan persoaln yang ana ingin bicarakan. Biarlah ana tanggung sndiri takdir hidup yang panjang ini. Ana ingin bercerita soal hati dan perasaan. Soal ikatan ukhuwah, soal survival hidup besahabat dan bersama rakan-rakan di perantauan. Jauh dari keluarga dan saudara mara malah kurang sekali rakan-rakan sebangsa dan seadat. ana tahu, enta juga begitu. berada ditanah asing yang jauh dari keluarga.
Enta mesti masih ingat janji kita bersama yang kita bina lewat pertemuan usrah kita di Pantai Melawi. Janji untuk kita tidak mudah jatuh cinta. janji untuk kita bebas dari cinta monyet yang sia-sia. Janji untuk kita bina diri demi Islam dan perjuangan. Janji untuk kita tidak bercinta melainkan hanya setelah kita langsungkan akad agama dan adat. Janji untuk kita teruskan pengajian walau dlam apa jua bidang asalkan kita tetap pegang teguh pada prinsip agama. janji untuk kita tetap berukhuwah sampai hujung nyawa. Janji untuk kita pastikan urusan amar makruf ahi mungkar tidak kita kesampingkan. janji untuk kita tambahkan persahbatan demi ikatan aqidah islamiah. janji untuk kita pastikan diri kita tetap bersama harakah islamiah walau sampai masa kita terpaksa korbankan harta benda, diri, idea mahupun nyawa. janji untuk kita pegang urusa agama dengan gigi gerham, tak akan tercabut dan tak akan tergugat. Enta ingat bukan? harapnya ya !!!
Jid,
ana pegang dengan semua janji kita demi Allah. Ana rindukan saat bahagia kita. bkan tiada derita, bukan juga tiada sengketa waktu itu tapi benarlah ukhuwah yang kita bina langsung tiada dalang yang mengganggu akidah. ukhuwah yang kita bina benar2 ikhlas, jauh dari mengharapkan kepentingan untuk diri masing-masing. Ana benar2 rindukan suasana itu. Bergaduh kita kerana Allah bertumbuk kita juga atas urusan allah. kita jadi kian rapat. pernah nta marahka ana disebabkan sepucuk surat yang kebetulan nta juga dalam beg ana. surat cinta dari budak perempuan. Teruk ana kena kutuk. Nta memang teruk masa tu. tapi ana tahu nta marah sungguh sebab nta sayangkan persahbatan yang kita bina atas asas suci. Kta nta mana mungkin persahbatan kita boleh dibina di atas sampah kemaksiatan dan kedustaan. ana akur jua dan kita kian rapat.
Enta pernah katakan dalam usrah kita pada petang itu, muhasabah khas buat ana. Ana msih ingat kata nta " Nta teralu berahsia".
Ya nta betul Jid. Masa itu memang ana pemendam. Ana pendam segala drita dan ana tanggung sendiri. fikir ana masa tu biarlah ana selesaikan sendiri. Tapi waktu dan perkembangan akal telah meyedarkan ana yang nta betul jid. Sahabat adalah tempat untuk kita bergantung. Dunia ini sememangnya memerlukan persahabtan untuk memudahkan kehidupan. Tapi ana sedar segalanay apabila terlampau anak maasalah yang menimpa hingga jadi buntu untuk menyelesaikannya. Mujur ada sahabat membantu. Ana benar2 ingat akan kata-kata nta...
Ana juga pernah sound nta. nta ingat bukan? Nta jenis yang panas baran. Pantang ada silap nta terus melenting. Dalam usrah, ana masih ingat air mata yang bergenang. Nta menagis teresak2 bila ana katakan "jid, nta ni kena kawal sikit marah, jangan baran sangat, kita nk jadi pemimpin ni kena kawak amarah" nta tak menjawab tapi langsung nta menangis dan mohon maaf atas keterlanjuran. lepas itu ana ikut perkembangan nta. Nta buat muka senyum bila datang masalah. Nta diam bila ada sesuatu yang menjolok amarah. Dulu nta pernah berjaya kawal amarah dan ana harapkan anta masih lagi berjaya.
jid,
Ana tidak pernah jatuh cinta. nta tahukan? Ana masih pegang dengan janji kita. Harapnya nta juga begitu. Jadi ana mungkin tidak pernah merasa bagaimana kecewanya ditingalkan perempuan tapi Jid ana benar2 merana bila ada sahabat cuba menyisihkan persahbatan. Tapi Jid, dunia yang kita idup hari ini memang haru dan yang pasti kita kian ketandusan ikatan musrni persahabatan.
Ana doakan nta akan berjumpa dengan pasangan hidup yang mampu memahami perangai pelik  dan kerenah nta. Memilih pasngan bukan hanya setakat memilih rupa dan kedudukan tapi memiih pasangan perlulah dipaksikan atas nilaian agama, kefahaman dan kesefahaman. mungkin nta hidup dalam dunia wanita beragama tapi dalam ramai wanita beragama ana doakan agar nta berjaya memiliki wanita yang dapat memahami prinsip perjuangan dan mampu menjadi setenang khadijah ketika nabi berdepan dengan mehnah wahyu pertama. Doakan ana juga ya... Dah tiba masanya ya,
Doakan ana ya? Ana juga sntiasa doakan nta. kita jumpa tahun depan ya. janji...
ana akhukum fil Islam
Sahabatku Aman
Lama benar saya cuba bangkit untuk melakar kata mengenangkan warkan anda tempoh hari. Saya hilang kata apabila membaca secara berulangkali warkah yang pada saya banyak membongkar kenangan yang tersimpan erat dalam kotak memori saya hingga saat ini. Ia saat yang paling menggembirakan dalam hidup saya.
Maaf! Saya gunakan bahasa rasmi surat dalam bicara saya kali ini. Saya rasa selesa begini dan harapnya ia tidak akan menjauhkan kita sebagaimana jauhnya jarak yang memisahkan kita. Sekali lagi, hati saya menangis dan tubir mata saya juga begitu tatkala menatap bait lakaran berlagu yang anda suarakan. Ia nyayian dari hati pada saya. Sungguh, saya amat tersentuh dengan jeritan suara jiwa anda. Saya merasakan bicara itu terus meresap ke hati.
7 tahun bukanlah masa yang lama. Namun pada saya ia juga bukanlah waktu yang singkat. 5 tahun mengembara di tanah dagang menunut ilmu juga bukanlah suatu masa yang lama namun sekali lagi saya amat mengerti dan amat-amat memahami jerih, rindu dan lantunan jiwa saudara apa lagi bila berdepan dengan ujian yang bernama kegagalan dan peritnya perjuangan. Ia bukanlah suatu yang boleh digambar dengan pena. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya amat-amat mengerti.
Saudaraku Aman,
Saya amat-amat mengerti bagaiamana rasanya disakiti. Disakiti dan dikhianati sahabat sendiri. Kita hanya manusia biasa yang langsung tidak pernah lepas dari salah dan silap. Saya juga biasa khilaf begitu dengan sahabat-sahabat tapi satu perkara yang mahu saya katakan bahawa "naqib kita dahulu langsung tidak mengajar kita untuk mengambil hati sesama sendiri". Sudah lupakan saudara dengan janji ikrar kita "Usah bicara soal hati dalam persahabatan, ketepikan kepentingan diri dalam perjuangan, tetapkan hati dalam menghadapi mehnah ujian, susun strategi mara ke hadapan dan pastikan irtibat diri sentiasa hebat dengan Tuhan Pencipta Alam"
Saudara ingat bukan? 5 gagasan yang kita cipta bersama. Kita ringkaskan 5 gagasan tersebut dalam usrah kita lewat pertemuan di Musalla Al-hilal. Kenangan itu rasanya masih basah dan masih bermain-main difikiran saya hingga kini. Ia terkadang jadi penawar dikala saya amat memerlukan bantuan dan sokongan untuk merawat sendiri luka yang samada ditikam atau secara tidak sedar jatuh tersadung di dahan ujian.
Adakalanya saya terfikir yang kenangan itu jugalah yang menjadi racun dalam hidup saya. Saya hidup dalam bayang-bayang kenangan yang tidak mampu saya miliki lagi. Bila saya sedar dari mimpi dan melihat serta menyaksikan dunia sebenar saya jadi kaku, terkesima dan tidak bermaya. Saya hilang semangat. Semangat saya hilang, terbang dan lenyap bersama hilang dan lenyapnya sejarah itu. Ia benar-benar merobek jiwa dan hati saya.
Sahabat dan saudaraku Aman,
Riwayat sejarah 7 tahun yang lalu telah lama berlalu. Ia adalah sejarah, kenangan, pengalaman dan memori yang kita bina bersama dalam satu bahtera yang kita namakan sebagai usrah Al-Hilal. Ia mungkin tiada apa-apa makna pada orang lain tapi tidak pada kita. Saya benar-benar yakin apabila membaca emel saudara tempoh hari. Saya tidak keseorangan dalam memahat kembali arca sejarah yang telah kita bina.
Ia barangkali pengalaman yang menyebabkan kita masih mengerti apa itu perjuangan dan barangkali juga kenangan itulah yang terus menjadikan kita beringat-ingat untuk melangkah. Dalam warkah balasan ini saya ingin ungkit kembali sejarah tersebut dan saya mohon izin untuk dikongsikan dengan sahabat-sahabat saya di sini. Bolehkan?
Sahabatku Aman,
Saudara ingat bukan tentang janji ikrar kita. Janji kita untuk sentiasa berterus terang dan jujur dalam persahabatan. Dunia pesekolahan dan persahabatan kita waktu itu memerlukan kita bersahabat dengan penuh jujur dan berterus-terang. Kita bawa sebuah perjuangan yang bukan sedikit mehnahnya. Kita serang sesiapa sahaja yang cuba melanggar hukum hakam. Malah kita seru sahabat-sahabat yang lain untuk melakukan kebaikan.
Janji kita masa itu untuk jadi role model. Kita mahu jadi Islam Yang Bergerak Dalam Masyarakat Pelajar. Kita benar-benar lakukannya dan saya cukup-cukup ingat itu semua. Semangat juang kita waktu itu berkobar-kobar. Kita benar-benar bersemangat menyahut seruan naqib kita waktu itu untuk "amr bil makruf wa nahyu anil mungkar". Kita bangkit dengan kesedaran dan kesungguhan perjuangan rasululullah sebagaimana kalam taujihat naqib kita. Naqib kita bukan seorang tapi gantian demi gantian membawa misi yang sama. Misi warisan berzaman.
Kita seiring bersama mengejar samada syahid atau menang. Anda ingat bukan? hadis yang sentiasa naqib kita ulang "Kalaulah mereka letakkan matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiriku, nescaya tidak aku tinggalkan agama ini samada aku menang atau mati syahid"
Justeru sahabatku Aman, perjuangan kita masih sama. Tetap sama dan akan selamnya sama malah lebih luas dan kompleks dari saat kita diperlembahan subur tarbiah 7 tahun yang lalu iaitu untuk memastikan kita, keluarga, sahabat-sahabat dan sebolehnya semua manusia untuk kembali kepada Islam. Untuk itu, kita perlu berada dalam pasukan jemaah muslimin tidak kira dimana sahaja kita berada. Dengan kata mudahnya, kita pelukan groupbinding yang memerlukan kejujuran dan sifat terus terang dalam persahabatan.
Pernah seorang sahabat kita sebut dalam usrah "jangan ada dikalangan kita yang cuba berlaku tidak jujur dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Ketidakjujuran akan menyebabkan perkelahian dan perpecahan" saudara ingat bukan?

Saudaraku Aman,
Saudara ingat bukan tentang saranan untuk sentiasa ingat mengingati sesama kita tentang iman. Memang iman manusia biasa seperti kita turun dan naik. Justeru kita pernah deklarasikan ikrar untuk menjaga diri daripada sebarang maksiat dan dosa besar serta sentiasa mantapkan ukhwah sesama kita dengan mengingatkan sesiapa sahaja dikalangan kita yang leka dan lalai.
Fitnah perempuan barangkali kes yang paling tragis dalam sejarah ukhuwah kita selama bersama. Hampir-hampir kita hilang kawan dan hampir-hampir sahabat kita terkorban hanya kerana seorang budak perempuan. Saudara ingat bukan?
"ana tak boleh tinggalkan dia, ana dah banyak buat dosa dan tak layak untuk bersama dengan antum"
Itu ayat yang hampir-hampir meluruhkah jantung semua apabila petang itu, dikala kita sedang lepak-lepak dibangku tepi padang, sahabat kita meluahkan butir bicara dengan deraian air mata. Semua terkesima dan terpinga-pinga. Setelah diceritakan kroniknya masalah tersebut, kita berjaya menyelamatkan jua akhirnya seorang sahabat. Alhamdulillah, sekarang ni sahabat kita itu telah selamatnya berkerjaya dan berumahtangga juga sekarang menanti kehadiran anak kedua.
Memang dosa dan maksiat akan meyebabkan kita tidak dapat bersama. "Mana mungkin ikatan persahabatan mampu dibina utuh atas timbunan sampah kemaksiatan". Justeru sama-sama kita ingatkan sesama kita agar ikatan persahabatan yang dibina akan kekal selamanya.
Sahabatku Aman,
Sudah tiba masanya kita berpijak di bumi yang nyata. Yang berlalu biarlah beralu. Namun bukanlah bermakna ia langsung kita lupakan tapi sama-sama kita jadikannya sebagai sempadan dan teladan untuk mengejar dan mendaki puncak kehidupan. Pijaklah dimana sahaja tanah yang tersedia untuk kita. Junjung jua langit yang koordinatnya sama sebagaimana tanah yang kita pijak. Kuatkan semangat juang, tabahkan hati dan pastikan kitakan terus menghayun langkah dan melangkah menuju samada menang atau syahid.
Usah ditangisi sebuah kenangan. Lupakan khilaf sedikit sesama kita dalam melayar bahtera yang memerlukan kebersamaan iman dalam melayarinya menuju daratan. Usah diharap kesempurnaan mutlak pada insan yang namanya manusia kerana kesempurnaan mutlak hanya milik Tuhan Pencipta Alam. Usah didamba teman sesetia Al-sidiq Abu Bakar, Seberani Umar, selembut Usman malah sekental Ali. Kita juga barangkali susah untuk mendapatkan sahabat sesempurna Hasan al-basri dan Fudhail Bin iyadh dengan puisi masyhur "Ya abidal haramain".
Tuntas, apa yang masih berbaki hanyalah sekujur tubuh kecil dengan tadahan besar persahabatan yang bernama kemaafaan, toleransi dan kasih sayang. Belajar menerima kenyataan dan hadapi kehidupan dengan penuh kefahaman dan pengertian akan hakikat sebuah perjuangan.
Saya mahu jadi kuat seperti anda. Saya mahu jadi tabah setabah anda menghuni bumi gersang menuntut ilmu ditanah dagang. Doakan juga saya di sini, bolehkan? Amin…
Sahabatku Aman,
Saya masih sendirian. Saya hanya ada teman-teman dan sahabat-sahabat seperjuangan untuk berkongsi cerita suka duka kehidupan, Terlampau banyak mehnah yang terjadi sepanjang perpisahan kita. Barangkali ini hukuman Tuhan atas kekerasan dan syadidnya saya dalam soal itu dulu. Atau mudahnya puncak yang saya daki tidak selinang dan sesenang orang lain atau barangkali usaha yang saya lakukan belum layak menjulang saya ke puncak. Saya optimis dengan takdir sendiri dan barangkali nasib orang lain lebih hebat ujiannya dari saya. Siapa tahukan?
Barangkali ada yang simpati dengan nasib saya. Biarlah saya tanggung sendiri dan saya hanya aminkan doa anda sebagaimana saya doakan anda akan beroleh bahagia. Saatnya pasti tiba. Saya yakin dan redha dengan ketetapan Tuhan. Rezeki, jodoh, ajal maut telah tersurat dan saya hanya mampu berusaha dan berdoa.
Saya gusar untuk berbicara panjang lebar soal itu. Menyebut perkataan 'cinta' pun barangkali tidak layak untuk lelaki seperti saya yang sarat bebanan yang terpundak. Ia sungguh memenatkan hingga terkadang saya fikir 'apakah ini akhirnya hidup saya'. Saya terkadang putus asa dan kecewa.
Barangkali senyum saya masih setenang dulu, tawa saya barangkali masih serancak yang anda kenal dan gurauan saya masih tetap sama tapi derita yang saya tanggung terkadang tidak mampu saya khabarkan dengan kata-kata. Beban yang saya tanggung amat sukar untuk saya kongsikan dengan sesiapa. Ia masalah peribadi yang tidak seharusnya saya dedahkan.
Namun saya tidak takut atau malu andai ada yang tahu lemahnya saya dalam mengharung dugaan. Malah saya mahu khabarkan kalau boleh pada dunia bahawa saya bukanlah permata tapi hanya kaca yang lahirnya dari pepasir. Saya hanya hamba lemah yang mengharap ihsan dari Tuhan. Ya rabb...
Sahabatku aman,
Maaf atas bicara saya yang agak pesimis. Saya juga manusia yang terkadang harus mengaku lemah sendiri. barangkali anda pelik dengan bicara saya kali ini. Jangan bimbang sahabat. Saya masih kuat dan masih mampu bertahan menghadapi segala ujian. Saya masih Muhammad Najid yang saudara kenal dulu. Doakan saya tetap tabah, kental dan bersemangat walau apa jua mehnah yang merintang jalan menuju puncak.
Cuma barangkali saya juga kesepian dan kesedihan. Terkadang rasa tertikam. Terkadang jatuh sendiri malah ada juga ketikanya mahu sahaja berundur dari dunia perjuangan dan persahabatan lantas memilih untuk fana' dalam dunia sendiri hanya kerana perkara-perkara kecil dan remeh. Tapi bila difikirkan kembali apa guna kita tangisi semua itu jika kita masih punya baki nyawa untuk diteruskan dan semestinya punya Allah sebagai pelindung untuk menuju sebuah kepastian. Kita juga masih punya sahabat seperjuangan dan yang pastinya perjuangan sebenar belum lagi bermula. Saya masih diperlembahan rekrut jundi dan perjuangan peribadi.
Pelayaran kita pasti akan ketemu daratan. Bahtera kita mungkin berbeza tapi tetap sama, menuju daratan yang hanya miliki dua pelabuhan, samada syurga atau neraka. Menang atau syahid dan tewas atau mati sia-sia. Itulah kepastian yang sepatutnya kita persiapkan percikan haruman mawar dan lipatan kain kapannya.
Salam ingatan dari Ardil Kinanah.
Sahabat Dan saudaramu
Muhammad Najid Abdullah
22 Januari 2008, 1.31 am
Bait Muhafazah Janub Saina’,
Hayyu sabie’, kaherah
"islam untuk semua, indahnya Islam"

0 comments: