CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 16 November 2009

Zikrayat bersama sahabat KTSN











,
Bertemu para jundullah itu dalam ketaatan pada Rabbnya
Bersatu jundullah itu dalam perjuangan Islam,
dan para jundullah itu sentiasa berikrar bersama menegakkan syariat dalam kehidupan,
Ya Allah, teguhkan ikatan ukhuwwah kami keranaMu ..


Selasa, 15 September 2009

"Paling indah, jika semuanya dpat masuk syurga, bertemu dgn Allah, bersama!"

Assalamualaikum w.r.t.
Terkesima saya apabila saya mendapat msj dari kakak ipar saya, bertaya apa itu usrah?Rupa-rupanya,beliau sudah buka dan baca blog usrah khazinatul asrar ini. Subhanallah. Saya sempat borak dengan kakak ipar saya tentang usrah. Kakak ipar saya tidak pernah melibatkan diri dengan usrah.Selepas berbincang, beliau minta agar usrah di buat dalam keluarga kami nanti balik raya!:)Ya Allah, suasana ini yang aku amat impikan.-
Saya melihat, ini adalah satu momentum untuk keluarga saya. Mungkin sahabt-sahabt sudah lama mulakan usrah di dalam keluarga sahabat.Ya, keluarga saya, ade, tetapi amat jarang. Berkumpul, tetapi ianya tanpa secara formal.Secara formal ade, tetapi hanya apbabila esmua berkumpul balik raye.Pada masa itu saya terfikir, adakah sesuai untuk perkenalkan musywarah ,usrah dalam keluarga?Alangkah indah, ilmu dan pengalaman yang ada pada adik-beradik saya diterjemahkan. BPR, cikgu, ustazah, peniaga, imam, penganggur, semuanya boleh berkongsi.Semoga Allah ikatkan hati-hati kami.Paling indah, jika semuanya dpat masuk syurga, bertemu dgn Allah,  bersama!

"islam untuk semua, indahnya Islam"

Sabtu, 12 September 2009

Konvensyen Transformasi



"islam untuk semua, indahnya Islam"

Manisnya Persaudaraan kerana Allah

Baru-baru ini, sewaktu berusrah di rumah ucu, saya suka berkongsi cerita ukhuwaah dalam berusrah. selain membincangkan isu-isu ummah. Saya amat kagum bila terbaca email sahabt senior saya ex-KIAS, dan sekarang sedang menuntut di MESIR. Email yang di hantar melaui yahoogroup. Moga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

muhd.najid abdullah"wrote:
sain2 yang dikasihi
ambo nak kongsi satu emel yang ambo dapat darpada sorang sahabat yang elah lama terpisah. tup tup dapat eml ni. terharu pun ada, terkejut pun ada, macam2 ter lah tapi yang penting ambo sero macam nak kongsi dgn semua.....
Jid,
apa khabar? lama tak dengar khabar. Apa criter? ana masih di sini, meneruskan sisa pengajin yang masih berbaki di bumi asing nan gersang tarbiah ini. 5 tahun kita terpisah. Segalanya takdir dan perncangan Allah. Kita merancang Allah juga merancang. Yang pasti perancangan Allah mngatasi segalanaya.
Ana tak pernah menyangka akan begini jadinya takdir hidup. 7 tahun kita terpisah. 5 tahun pula ana kumpulkan tenaga dan kudrat untuk menghabiskan masa menyelesaikan BA. Memang bidang ini ana pilih. Tanah gersang ini jua ana impikan untuk menuntuk ilmu tapi mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. ini tahun ke 5 ana meneruskan pengajian. doakn ini yang terakhir.
Jid,
Itu bukan persoaln yang ana ingin bicarakan. Biarlah ana tanggung sndiri takdir hidup yang panjang ini. Ana ingin bercerita soal hati dan perasaan. Soal ikatan ukhuwah, soal survival hidup besahabat dan bersama rakan-rakan di perantauan. Jauh dari keluarga dan saudara mara malah kurang sekali rakan-rakan sebangsa dan seadat. ana tahu, enta juga begitu. berada ditanah asing yang jauh dari keluarga.
Enta mesti masih ingat janji kita bersama yang kita bina lewat pertemuan usrah kita di Pantai Melawi. Janji untuk kita tidak mudah jatuh cinta. janji untuk kita bebas dari cinta monyet yang sia-sia. Janji untuk kita bina diri demi Islam dan perjuangan. Janji untuk kita tidak bercinta melainkan hanya setelah kita langsungkan akad agama dan adat. Janji untuk kita teruskan pengajian walau dlam apa jua bidang asalkan kita tetap pegang teguh pada prinsip agama. janji untuk kita tetap berukhuwah sampai hujung nyawa. Janji untuk kita pastikan urusan amar makruf ahi mungkar tidak kita kesampingkan. janji untuk kita tambahkan persahbatan demi ikatan aqidah islamiah. janji untuk kita pastikan diri kita tetap bersama harakah islamiah walau sampai masa kita terpaksa korbankan harta benda, diri, idea mahupun nyawa. janji untuk kita pegang urusa agama dengan gigi gerham, tak akan tercabut dan tak akan tergugat. Enta ingat bukan? harapnya ya !!!
Jid,
ana pegang dengan semua janji kita demi Allah. Ana rindukan saat bahagia kita. bkan tiada derita, bukan juga tiada sengketa waktu itu tapi benarlah ukhuwah yang kita bina langsung tiada dalang yang mengganggu akidah. ukhuwah yang kita bina benar2 ikhlas, jauh dari mengharapkan kepentingan untuk diri masing-masing. Ana benar2 rindukan suasana itu. Bergaduh kita kerana Allah bertumbuk kita juga atas urusan allah. kita jadi kian rapat. pernah nta marahka ana disebabkan sepucuk surat yang kebetulan nta juga dalam beg ana. surat cinta dari budak perempuan. Teruk ana kena kutuk. Nta memang teruk masa tu. tapi ana tahu nta marah sungguh sebab nta sayangkan persahbatan yang kita bina atas asas suci. Kta nta mana mungkin persahbatan kita boleh dibina di atas sampah kemaksiatan dan kedustaan. ana akur jua dan kita kian rapat.
Enta pernah katakan dalam usrah kita pada petang itu, muhasabah khas buat ana. Ana msih ingat kata nta " Nta teralu berahsia".
Ya nta betul Jid. Masa itu memang ana pemendam. Ana pendam segala drita dan ana tanggung sendiri. fikir ana masa tu biarlah ana selesaikan sendiri. Tapi waktu dan perkembangan akal telah meyedarkan ana yang nta betul jid. Sahabat adalah tempat untuk kita bergantung. Dunia ini sememangnya memerlukan persahabtan untuk memudahkan kehidupan. Tapi ana sedar segalanay apabila terlampau anak maasalah yang menimpa hingga jadi buntu untuk menyelesaikannya. Mujur ada sahabat membantu. Ana benar2 ingat akan kata-kata nta...
Ana juga pernah sound nta. nta ingat bukan? Nta jenis yang panas baran. Pantang ada silap nta terus melenting. Dalam usrah, ana masih ingat air mata yang bergenang. Nta menagis teresak2 bila ana katakan "jid, nta ni kena kawal sikit marah, jangan baran sangat, kita nk jadi pemimpin ni kena kawak amarah" nta tak menjawab tapi langsung nta menangis dan mohon maaf atas keterlanjuran. lepas itu ana ikut perkembangan nta. Nta buat muka senyum bila datang masalah. Nta diam bila ada sesuatu yang menjolok amarah. Dulu nta pernah berjaya kawal amarah dan ana harapkan anta masih lagi berjaya.
jid,
Ana tidak pernah jatuh cinta. nta tahukan? Ana masih pegang dengan janji kita. Harapnya nta juga begitu. Jadi ana mungkin tidak pernah merasa bagaimana kecewanya ditingalkan perempuan tapi Jid ana benar2 merana bila ada sahabat cuba menyisihkan persahbatan. Tapi Jid, dunia yang kita idup hari ini memang haru dan yang pasti kita kian ketandusan ikatan musrni persahabatan.
Ana doakan nta akan berjumpa dengan pasangan hidup yang mampu memahami perangai pelik  dan kerenah nta. Memilih pasngan bukan hanya setakat memilih rupa dan kedudukan tapi memiih pasangan perlulah dipaksikan atas nilaian agama, kefahaman dan kesefahaman. mungkin nta hidup dalam dunia wanita beragama tapi dalam ramai wanita beragama ana doakan agar nta berjaya memiliki wanita yang dapat memahami prinsip perjuangan dan mampu menjadi setenang khadijah ketika nabi berdepan dengan mehnah wahyu pertama. Doakan ana juga ya... Dah tiba masanya ya,
Doakan ana ya? Ana juga sntiasa doakan nta. kita jumpa tahun depan ya. janji...
ana akhukum fil Islam
Sahabatku Aman
Lama benar saya cuba bangkit untuk melakar kata mengenangkan warkan anda tempoh hari. Saya hilang kata apabila membaca secara berulangkali warkah yang pada saya banyak membongkar kenangan yang tersimpan erat dalam kotak memori saya hingga saat ini. Ia saat yang paling menggembirakan dalam hidup saya.
Maaf! Saya gunakan bahasa rasmi surat dalam bicara saya kali ini. Saya rasa selesa begini dan harapnya ia tidak akan menjauhkan kita sebagaimana jauhnya jarak yang memisahkan kita. Sekali lagi, hati saya menangis dan tubir mata saya juga begitu tatkala menatap bait lakaran berlagu yang anda suarakan. Ia nyayian dari hati pada saya. Sungguh, saya amat tersentuh dengan jeritan suara jiwa anda. Saya merasakan bicara itu terus meresap ke hati.
7 tahun bukanlah masa yang lama. Namun pada saya ia juga bukanlah waktu yang singkat. 5 tahun mengembara di tanah dagang menunut ilmu juga bukanlah suatu masa yang lama namun sekali lagi saya amat mengerti dan amat-amat memahami jerih, rindu dan lantunan jiwa saudara apa lagi bila berdepan dengan ujian yang bernama kegagalan dan peritnya perjuangan. Ia bukanlah suatu yang boleh digambar dengan pena. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya amat-amat mengerti.
Saudaraku Aman,
Saya amat-amat mengerti bagaiamana rasanya disakiti. Disakiti dan dikhianati sahabat sendiri. Kita hanya manusia biasa yang langsung tidak pernah lepas dari salah dan silap. Saya juga biasa khilaf begitu dengan sahabat-sahabat tapi satu perkara yang mahu saya katakan bahawa "naqib kita dahulu langsung tidak mengajar kita untuk mengambil hati sesama sendiri". Sudah lupakan saudara dengan janji ikrar kita "Usah bicara soal hati dalam persahabatan, ketepikan kepentingan diri dalam perjuangan, tetapkan hati dalam menghadapi mehnah ujian, susun strategi mara ke hadapan dan pastikan irtibat diri sentiasa hebat dengan Tuhan Pencipta Alam"
Saudara ingat bukan? 5 gagasan yang kita cipta bersama. Kita ringkaskan 5 gagasan tersebut dalam usrah kita lewat pertemuan di Musalla Al-hilal. Kenangan itu rasanya masih basah dan masih bermain-main difikiran saya hingga kini. Ia terkadang jadi penawar dikala saya amat memerlukan bantuan dan sokongan untuk merawat sendiri luka yang samada ditikam atau secara tidak sedar jatuh tersadung di dahan ujian.
Adakalanya saya terfikir yang kenangan itu jugalah yang menjadi racun dalam hidup saya. Saya hidup dalam bayang-bayang kenangan yang tidak mampu saya miliki lagi. Bila saya sedar dari mimpi dan melihat serta menyaksikan dunia sebenar saya jadi kaku, terkesima dan tidak bermaya. Saya hilang semangat. Semangat saya hilang, terbang dan lenyap bersama hilang dan lenyapnya sejarah itu. Ia benar-benar merobek jiwa dan hati saya.
Sahabat dan saudaraku Aman,
Riwayat sejarah 7 tahun yang lalu telah lama berlalu. Ia adalah sejarah, kenangan, pengalaman dan memori yang kita bina bersama dalam satu bahtera yang kita namakan sebagai usrah Al-Hilal. Ia mungkin tiada apa-apa makna pada orang lain tapi tidak pada kita. Saya benar-benar yakin apabila membaca emel saudara tempoh hari. Saya tidak keseorangan dalam memahat kembali arca sejarah yang telah kita bina.
Ia barangkali pengalaman yang menyebabkan kita masih mengerti apa itu perjuangan dan barangkali juga kenangan itulah yang terus menjadikan kita beringat-ingat untuk melangkah. Dalam warkah balasan ini saya ingin ungkit kembali sejarah tersebut dan saya mohon izin untuk dikongsikan dengan sahabat-sahabat saya di sini. Bolehkan?
Sahabatku Aman,
Saudara ingat bukan tentang janji ikrar kita. Janji kita untuk sentiasa berterus terang dan jujur dalam persahabatan. Dunia pesekolahan dan persahabatan kita waktu itu memerlukan kita bersahabat dengan penuh jujur dan berterus-terang. Kita bawa sebuah perjuangan yang bukan sedikit mehnahnya. Kita serang sesiapa sahaja yang cuba melanggar hukum hakam. Malah kita seru sahabat-sahabat yang lain untuk melakukan kebaikan.
Janji kita masa itu untuk jadi role model. Kita mahu jadi Islam Yang Bergerak Dalam Masyarakat Pelajar. Kita benar-benar lakukannya dan saya cukup-cukup ingat itu semua. Semangat juang kita waktu itu berkobar-kobar. Kita benar-benar bersemangat menyahut seruan naqib kita waktu itu untuk "amr bil makruf wa nahyu anil mungkar". Kita bangkit dengan kesedaran dan kesungguhan perjuangan rasululullah sebagaimana kalam taujihat naqib kita. Naqib kita bukan seorang tapi gantian demi gantian membawa misi yang sama. Misi warisan berzaman.
Kita seiring bersama mengejar samada syahid atau menang. Anda ingat bukan? hadis yang sentiasa naqib kita ulang "Kalaulah mereka letakkan matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiriku, nescaya tidak aku tinggalkan agama ini samada aku menang atau mati syahid"
Justeru sahabatku Aman, perjuangan kita masih sama. Tetap sama dan akan selamnya sama malah lebih luas dan kompleks dari saat kita diperlembahan subur tarbiah 7 tahun yang lalu iaitu untuk memastikan kita, keluarga, sahabat-sahabat dan sebolehnya semua manusia untuk kembali kepada Islam. Untuk itu, kita perlu berada dalam pasukan jemaah muslimin tidak kira dimana sahaja kita berada. Dengan kata mudahnya, kita pelukan groupbinding yang memerlukan kejujuran dan sifat terus terang dalam persahabatan.
Pernah seorang sahabat kita sebut dalam usrah "jangan ada dikalangan kita yang cuba berlaku tidak jujur dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Ketidakjujuran akan menyebabkan perkelahian dan perpecahan" saudara ingat bukan?

Saudaraku Aman,
Saudara ingat bukan tentang saranan untuk sentiasa ingat mengingati sesama kita tentang iman. Memang iman manusia biasa seperti kita turun dan naik. Justeru kita pernah deklarasikan ikrar untuk menjaga diri daripada sebarang maksiat dan dosa besar serta sentiasa mantapkan ukhwah sesama kita dengan mengingatkan sesiapa sahaja dikalangan kita yang leka dan lalai.
Fitnah perempuan barangkali kes yang paling tragis dalam sejarah ukhuwah kita selama bersama. Hampir-hampir kita hilang kawan dan hampir-hampir sahabat kita terkorban hanya kerana seorang budak perempuan. Saudara ingat bukan?
"ana tak boleh tinggalkan dia, ana dah banyak buat dosa dan tak layak untuk bersama dengan antum"
Itu ayat yang hampir-hampir meluruhkah jantung semua apabila petang itu, dikala kita sedang lepak-lepak dibangku tepi padang, sahabat kita meluahkan butir bicara dengan deraian air mata. Semua terkesima dan terpinga-pinga. Setelah diceritakan kroniknya masalah tersebut, kita berjaya menyelamatkan jua akhirnya seorang sahabat. Alhamdulillah, sekarang ni sahabat kita itu telah selamatnya berkerjaya dan berumahtangga juga sekarang menanti kehadiran anak kedua.
Memang dosa dan maksiat akan meyebabkan kita tidak dapat bersama. "Mana mungkin ikatan persahabatan mampu dibina utuh atas timbunan sampah kemaksiatan". Justeru sama-sama kita ingatkan sesama kita agar ikatan persahabatan yang dibina akan kekal selamanya.
Sahabatku Aman,
Sudah tiba masanya kita berpijak di bumi yang nyata. Yang berlalu biarlah beralu. Namun bukanlah bermakna ia langsung kita lupakan tapi sama-sama kita jadikannya sebagai sempadan dan teladan untuk mengejar dan mendaki puncak kehidupan. Pijaklah dimana sahaja tanah yang tersedia untuk kita. Junjung jua langit yang koordinatnya sama sebagaimana tanah yang kita pijak. Kuatkan semangat juang, tabahkan hati dan pastikan kitakan terus menghayun langkah dan melangkah menuju samada menang atau syahid.
Usah ditangisi sebuah kenangan. Lupakan khilaf sedikit sesama kita dalam melayar bahtera yang memerlukan kebersamaan iman dalam melayarinya menuju daratan. Usah diharap kesempurnaan mutlak pada insan yang namanya manusia kerana kesempurnaan mutlak hanya milik Tuhan Pencipta Alam. Usah didamba teman sesetia Al-sidiq Abu Bakar, Seberani Umar, selembut Usman malah sekental Ali. Kita juga barangkali susah untuk mendapatkan sahabat sesempurna Hasan al-basri dan Fudhail Bin iyadh dengan puisi masyhur "Ya abidal haramain".
Tuntas, apa yang masih berbaki hanyalah sekujur tubuh kecil dengan tadahan besar persahabatan yang bernama kemaafaan, toleransi dan kasih sayang. Belajar menerima kenyataan dan hadapi kehidupan dengan penuh kefahaman dan pengertian akan hakikat sebuah perjuangan.
Saya mahu jadi kuat seperti anda. Saya mahu jadi tabah setabah anda menghuni bumi gersang menuntut ilmu ditanah dagang. Doakan juga saya di sini, bolehkan? Amin…
Sahabatku Aman,
Saya masih sendirian. Saya hanya ada teman-teman dan sahabat-sahabat seperjuangan untuk berkongsi cerita suka duka kehidupan, Terlampau banyak mehnah yang terjadi sepanjang perpisahan kita. Barangkali ini hukuman Tuhan atas kekerasan dan syadidnya saya dalam soal itu dulu. Atau mudahnya puncak yang saya daki tidak selinang dan sesenang orang lain atau barangkali usaha yang saya lakukan belum layak menjulang saya ke puncak. Saya optimis dengan takdir sendiri dan barangkali nasib orang lain lebih hebat ujiannya dari saya. Siapa tahukan?
Barangkali ada yang simpati dengan nasib saya. Biarlah saya tanggung sendiri dan saya hanya aminkan doa anda sebagaimana saya doakan anda akan beroleh bahagia. Saatnya pasti tiba. Saya yakin dan redha dengan ketetapan Tuhan. Rezeki, jodoh, ajal maut telah tersurat dan saya hanya mampu berusaha dan berdoa.
Saya gusar untuk berbicara panjang lebar soal itu. Menyebut perkataan 'cinta' pun barangkali tidak layak untuk lelaki seperti saya yang sarat bebanan yang terpundak. Ia sungguh memenatkan hingga terkadang saya fikir 'apakah ini akhirnya hidup saya'. Saya terkadang putus asa dan kecewa.
Barangkali senyum saya masih setenang dulu, tawa saya barangkali masih serancak yang anda kenal dan gurauan saya masih tetap sama tapi derita yang saya tanggung terkadang tidak mampu saya khabarkan dengan kata-kata. Beban yang saya tanggung amat sukar untuk saya kongsikan dengan sesiapa. Ia masalah peribadi yang tidak seharusnya saya dedahkan.
Namun saya tidak takut atau malu andai ada yang tahu lemahnya saya dalam mengharung dugaan. Malah saya mahu khabarkan kalau boleh pada dunia bahawa saya bukanlah permata tapi hanya kaca yang lahirnya dari pepasir. Saya hanya hamba lemah yang mengharap ihsan dari Tuhan. Ya rabb...
Sahabatku aman,
Maaf atas bicara saya yang agak pesimis. Saya juga manusia yang terkadang harus mengaku lemah sendiri. barangkali anda pelik dengan bicara saya kali ini. Jangan bimbang sahabat. Saya masih kuat dan masih mampu bertahan menghadapi segala ujian. Saya masih Muhammad Najid yang saudara kenal dulu. Doakan saya tetap tabah, kental dan bersemangat walau apa jua mehnah yang merintang jalan menuju puncak.
Cuma barangkali saya juga kesepian dan kesedihan. Terkadang rasa tertikam. Terkadang jatuh sendiri malah ada juga ketikanya mahu sahaja berundur dari dunia perjuangan dan persahabatan lantas memilih untuk fana' dalam dunia sendiri hanya kerana perkara-perkara kecil dan remeh. Tapi bila difikirkan kembali apa guna kita tangisi semua itu jika kita masih punya baki nyawa untuk diteruskan dan semestinya punya Allah sebagai pelindung untuk menuju sebuah kepastian. Kita juga masih punya sahabat seperjuangan dan yang pastinya perjuangan sebenar belum lagi bermula. Saya masih diperlembahan rekrut jundi dan perjuangan peribadi.
Pelayaran kita pasti akan ketemu daratan. Bahtera kita mungkin berbeza tapi tetap sama, menuju daratan yang hanya miliki dua pelabuhan, samada syurga atau neraka. Menang atau syahid dan tewas atau mati sia-sia. Itulah kepastian yang sepatutnya kita persiapkan percikan haruman mawar dan lipatan kain kapannya.
Salam ingatan dari Ardil Kinanah.
Sahabat Dan saudaramu
Muhammad Najid Abdullah
22 Januari 2008, 1.31 am
Bait Muhafazah Janub Saina’,
Hayyu sabie’, kaherah
"islam untuk semua, indahnya Islam"

Rabu, 9 September 2009

NASIONALISME DAN BAHAYANYA

Nasionalisme dan Bahayanya PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Webmaster DUPP   
Tuesday, 22 July 2008
NASIONALISME DAN BAHAYANYA 
MUQADDIMAH
Semenjak kejatuhan Khilafah Islam pada tahun 1924 umat Islam di seluruh tanah air Muslimin telah melihat berlakunya perubahan mendadak di dalam asas penyatuan Muslimin. Penyatuan Muslimin yang bertolak daripada aqidah yang satu yang melampaui segala batas-batas keturunan, warna kulit dan kedudukan telah ditinggalkan oleh umat Islam untuk digantikan oleh kesatuan yang berasaskan fahaman kebangsaan atau nasionalisme barat. Ia adalah satu penyelewengan bidaah yang wajib ditolak dan dibetulkan kembali oleh setiap Muslimin di zaman ini. Kejahilan para ulama mengenai kesesatan fahaman kebangsaan telah mendorong umat Islam dari segala lapisan untuk menerima dan beramal dengan kesesatan ini tanpa mereka merasa takut kepada kemurkaan Allah s.w.t. dan balasan azabNya yang pedih.
PENGERTIAN NASIONALISME
Di dalam menerangkan pengertian nasionalisme, Encyclopedia Britannicca atau Encyclopedia America menyebut:
Loyalty and devotion to the state such that national interest are placed above individual or global interest. It originates from the assumption that nations are the primary focus of political allegiance. In the religious context, for example: the focus of allegiance would be a supranational group such as Christendom or Christian community. Modern phenomena.
Takrif ini menjelaskan bahawa nasionalisme adalah fenomena yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, sekira-kira meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain samada ianya merupakan kepentingan peribadi ataupun kepentingan negara-negara lain. Fahaman ini adalah bertolak daripada andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa. Fahaman ini adalah diasaskan oleh pemikir-pemikir politik seumpama Machiavelli, Rousseau dan Johan Gottfried. Ia adalah satu fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada pergolakan sejarah yang berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan masyarakat barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran dan kezaliman kuasa gereja.
Dengan kata lain nasionalisme adalah merupakan ikatan yang berbentuk sekular yang menggantikan semua bentuk ikatan yang lain khususnya ikatan keagamaan di kalangan manusia terutamanya di barat yang berasaskan ajaran gereja Kristian. Ia adalah merupakan satu daripada panduan cara hidup sekular yang dikemukakan di zaman ini sebagai menggantikan panduan daripada sumber agama. Pentakrifan ini menjelaskan bahawa nasionalisme itu pada hakikatnya adalah fahaman penyatuan manusia yang berasaskan mendahulukan kepentingan bangsa dan negara di atas segala kepentingan yang lain.
PERCANGGAHAN NASIONALISME DENGAN AGAMA ISLAM
Daripada kesedaran kita mengenai hakikat sebenar fahaman kebangsaan itu maka nyatalah kepada kita percanggahan yang tidak dapat dielakkan di antara ideologi nasionalisme dengan ajaran-ajaran yang terdapat di dalam syariat Islam. Ia adalah percanggahan-percanggahan yang menuntut setiap Muslimin agar menolak sepenuhnya fahaman tersebut daripada diamalkan di dalam sebuah masyarakat beragama Islam. Ia adalah percanggahan yang lahir akibat daripada tabiat Islam sebagai sebuah ajaran yang berjuang untuk menyatukan manusia di atas asas pengabdian kepada Allah s.w.t. semata-mata dan di atas asas menegakkan keadilan Tuhan di dunia ini. Secara asasnya percanggahan tersebut bolehlah dibariskan kepada empat bahagian seperti berikut:
(1) Ia adalah fahaman yang membina penyatuan manusia di atas asas menerima pensyarikatan yang berlaku di kalangan manusia terhadap ketuhanan Allah s.w.t. di alam ini. Ia dengan itu adalah penyatuan yang tidak menjadikan kepentingannya membimbing manusia kepada mentauhidkan Allah s.w.t. dan kepada membulatkan kehambaan kepada Allah s.w.t. semata-mata. Penyatuan yang meredhakan kekufuran seperti ini adalah bentuk penyatuan yang membawa penyesalan para pengamalnya di akhirat kelak. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Ankabut ayat 25 yang berbunyi:
Dan berkata Ibrahim: Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah s.w.t. adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini kemudian di hari kiamat sebahagian kamu mengingkari sebahagian (yang lain) dan sebahagian kamu melaknati sebahagian (yang lain), dan tempat kembalimu ialah neraka, dan sekali-kali tiada bagi kamu para penolong pun.
(2) Ia adalah fahaman yang membina kepentingan manusia di atas asas kepentingan di dunia semata-mata dengan melupakan kepentingan kesejahteraan manusia di akhirat. Kepentingan akhirat itu hanya dapat dicapai melalui ketaatan yang penuh kepada segala perintah Allah s.w.t. yang telah disampaikan oleh RasulNya. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Israa' ayat 18 dan 19 yang berbunyi:
Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahanam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.
(3) Ia adalah fahaman penyatuan yang bercanggah dengan syariat Islam yang berhubung dengan hukum al-wala'. Yang dikehendaki dengan hukum al-wala' ialah ajaran Islam yang melarang Muslimin daripada memberikan hak persahabatan, perlindungan, kepimpinan, kasih sayang dan pertolongan kepada golongan kuffar dan musyrikin dalam perkara yang menyalahi ketaatan kepada Allah s.w.t. atau di dalam perkara yang menyalahi hak persaudaraan sesama Muslimin.
Dari sini dapatlah difahami bahawa hukum wala' di dalam masalah kepimpinan bukanlah semata-mata persoalan setakat memastikan kekuasaan mutlak tidak berada di tangan golongan kuffar seperti yang difahami secara menyeleweng oleh penulis buku "Permasalahan Agama dan Politik" tetapi ia sebenarnya adalah persoalan memastikan bahawa orang-orang kafir tidak mendapat kuasa yang boleh menghalang orang-orang Islam daripada melaksanakan ketaatannya kepada Allah s.w.t. secara sempurna.
Di dalam negara yang mengamalkan nasionalisme sekular pada hari ini kuasa yang diberikan oleh perlembagaan negara kepada Muslimin adalah kuasa yang tidak melibatkan kebebasan mereka melaksanakan hukum Allah s.w.t. atau dengan kata lain ia adalah kuasa yang tidak menafikan kemestian orang-orang Islam mentaati orang-orang kafir di dalam hukum dan peraturan ciptaan mereka. Oleh itu persoalan para khalifah Islam yang terdahulu melantik dan memberi ruang kepada orang-orang kafir menjawat beberapa jawatan negara tidaklah boleh disamakan dengan corak pentadbiran negara sekular pada hari ini. Pemberian jawatan kepada golongan kafir zimmi pada zaman itu adalah berlaku di dalam suasana terlaksanya hukum Allah s.w.t. secara sempurna dan megah dan tidak pula membawa kerugian kepada umat Islam.
Seterusnya perlulah diingatkan mengenai kesesatan penulis tersebut yang cuba meletakkan persoalan melantik orang-orang kafir di tanah air pada hari ini sebagai termasuk di dalam rukhsah yang dibenarkan oleh syariat Islam. Perlulah difahami bahawa rukhsah di dalam Islam adalah digantungkan di dalam perkara ketaatan kepada Allah s.w.t. semata-mata. Ia sama sekali tidak dibenarkan dalam perkara maksiat dan mungkar seperti rukhsah yang difahami oleh penulis buku tersebut kerana rukhsah seperti itu adalah rukhsah yang membuka jalan untuk melakukan perkara yang amat mungkar iaitu menolak hukum Allah s.w.t. yang wajib dilaksanakan di dalam negara yang merupakan syarat kerjasama di antara orang-orang kafir dengan orang-orang Islam yang diletakkan oleh penjajah. Menolak hukum Allah s.w.t. dan menggantikannya dengan hukum ciptaan manusia adalah perbuatan syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam, firman Allah s.w.t. di dalam Surah As-Syura ayat 21 yang berbunyi:
Apakah mereke mempunyai sembahan-sembahan selain Allah s.w.t. yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah s.w.t. .
Seterusnya perlulah ditegaskan pula mengenai kesesatan penulis buku tersebut apabila beliau meletakkan perkara memberi sebahagian kepimpinan umat Islam kepada orang kafir sebagai termasuk di dalam taqiyyah yang dibenarkan oleh Islam. Perlulah difahami bahawa hukum taqiyyah hanyalah dimaksudkan oleh syarak sebagai rukhsah kepada orang perseorangan sahaja dan di dalam keadaan yang berkait dengan paksaan sahaja. Ia tidak dibenarkan untuk menjadi suatu kaedah umum yang boleh dipakai oleh umat Islam di dalam menghadapi golongan kuffar kerana hal tersebut akan menghilangkan kewajipan hukum jihad.
Adapun tindakan seperti yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu yang membayar ufti kepada kerajaan Siam itu dari sudut hukum syaraknya bukanlah termasuk di dalam perkara taqiyyah tetapi ia adalah termasuk di dalam persoalan siasah syari'yyah. Perlulah difahami dengan baik dan perlu dibezakan kedua perkara ini dengan jelas supaya tidak diperbodohkan oleh penulis buku tersebut dan seumpamanya daripada penyokong-penyokong fahaman sekular di tanah air.
Sesungguhnya umat Islam perlulah memahami bahawa di dalam keadaan negara pada hari ini Islam menjadikan jihad menurut peringkatnya sebagai kewajipan dan jalan menegakkan semula kedaulatan Islam itu.
(4) Ia adalah fahaman yang memusuhi usaha menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah di zaman ini sebagai sebuah ikatan politik umat Islam yang berasaskan aqidah dan syariat Islam. Kewujudan sebuah negara yang seperti ini adalah bercanggah dengan fahaman nasionalisme sekular. Perlulah difahami bahawa dari sudut sejarahnya gerakan fahaman nasionalisme di barat adalah bertujuan untuk menolak pemerintahan gereja di benua Eropah dan fahaman nasionalisme ini juga kemudiannya telah digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk melahirkan penentangan bangsa Arab terhadap Khilafah Uthmaniyyah yang membawa kepada kelemahan dan kejatuhannya. Sesungguhnya menegakkan khilafah adalah wajib menurut hukum Islam. Dalam hal ini Imam Nawawi Rahimahullah telah berkata di dalam syarahnya kepada soheh Muslim dengan ucapan yang bermaksud:
"Para ulamak telah ijmak di atas kewajipan muslimin melantik khalifah."
Mengenai tugas khalifah itu pula antaranya adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Hazmin di dalam kitab Muhalla. Beliau berkata:
"Hanya sanya Imam itu dilantik adalah untuk menegakkan sembahyang di kalangan manusia, memungut sedekah-sedekah mereka, melaksanakan hukum hudud mereka dan melaksanakan hukum di kalangan mereka dan berjihad melawan musuh mereka."
MENOLAK SYUBAHAT MENGENAI HAKIKAT ASSABIYYAH
Bagi melengkapkan perbincangan risalah ini dan bagi menambahkan faedahnya maka perlulah diberikan penjelasan mengenai hakikat assabiyyah dan hukumnya di dalam Islam. Keperluan ini timbul sebagai menolak syubahat yang telah dikemukakan oleh para pendokong fahaman nasionalisme sekular di zaman ini terhadap pengertian assabiyyah. Mereka pertamanya telah menafikan nasionalisme sebagai tergolong di dalam assabiyyah yang dimaksudkan di dalam keterangan hadith. Keduanya mereka telah menyamakan nasionalisme yang dianuti oleh kerajaan yang memerintah sebagai fahaman nasionalisme yang pernah diperjuangkan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmi. Sabda Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadith soheh yang bermaksud:
"Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah assabiyyah, bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar assabiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar assabiyyah." (Riwayat Muslim)
Oleh itu perlulah difahami bahawa kekeliruan ini adalah bertolak daripada tumpuan yang berlebihan kepada pengertian assabiyyah dari sudut bahasa sebaliknya melupakan pengertiannya dari sudut istilah menurut keterangan Rasulullah s.a.w. sendiri. Perlulah difahami bahawa mengutamakan pengertian lughawi dengan mengabaikan pemahamannya menurut keterangan Al-Quran dan Sunnah atau pemahaman para salafus soleh bagi sesuatu kalimah yang terdapat di dalam nas-nas syarak adalah merupakan cara perjalanan ahlul bidaah sepanjang zaman.
Di dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah pemahaman sesuatu kalimah syarak mestilah dicari terlebih dahulu di dalam penjelasan Allah s.w.t. dan rasulNya dan para salafus soleh. Apabila telah tidak didapati barulah pegertiannya itu disandarkan kepada perbahasan lughawi. Di dalam hal ini pengertian assabiyyah telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri di dalam hadith baginda yang bermaksud:
"Assabiyyah itu ialah kamu menolong kaummu di atas dasar kezaliman."
Di dalam pengertian yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. ini, baginda telah mengikat pengertian assabiyyah kepada membantu di atas dasar kezaliman. Penjelasan Rasulullah s.a.w. yang amat bijaksana ini adalah menepati dengan tabiat kesungguhan Rasulullah s.a.w.. Baginda telah menjelaskan pengertian assabiyyah itu dengan cara yang mendidik manusia kepada perubahan di dalam hidupnya kerana Islam tidak memandang sebarang faedah kepada perkataan yang tidak membawa kepada taat dan amal. Jawapan baginda yang bersifat tarbawi dan sentiasa mempunyai aspek amali yang mendekatkan manusia kepada Allah s.w.t. adalah menjadi didikan Allah s.w.t. kepada baginda. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Baqarah ayat 189 yang berbunyi:
Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) Haji."
Manakala mengertikan assabiyyah dengan membahaskan maksud bahasanya adalah merupakan penyelewengan daripada pentakrifan Rasulullah s.a.w. dan mengandungi sejenis kegelapan dan kebodohan. Marilah kita bertanya adakah Rasulullah s.a.w. hendak mengajarkan kepada umatnya dari hadith tersebut mengenai kabilah arab? Tidak, tetapi Rasulullah s.a.w. ingin mengajarkan kepada umat baginda mengenai kewajipan meninggalkan kezaliman dan bahawa risalah Islam yang dibawa oleh baginda adalah memerangi kezaliman di dalam segala bentuknya, samada berbentuk fahaman, ajaran, syiar, budaya mahupun ikatan. Rasulullah s.a.w. ingin membentuk umat baginda sebagai umat yang bersih daripada kezaliman dan berjihad membebaskan manusia di dunia ini daripada kezaliman sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah An-Nisaa' ayat 75 yang berbunyi:
Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah s.w.t. dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau. Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah s.w.t. dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.
Apabila kita telah memahami bahawa assabiyyah itu ialah menolong bangsanya di atas dasar kezaliman maka pada ketika itu adalah jelas kepada kita bahawa fahaman nasionalisme sekular yang mempertahankan undang-undang sekular dan menolak undang-undang Allah s.w.t. yang diliputi oleh keadilan dari segenap sudut dan sisinya itu adalah fahaman yang benar-benar tergolong di dalam maksud hadith tersebut. Bahkan perlulah dinyatakan bahawa kezaliman yang menjadi tabiat fahaman nasionalisme moden itu adalah beratus kali ganda daripada kezaliman yang berlaku di dalam kabilah-kabilah Arab.
Kezaliman kabilah-kabilah Arab itu adalah berlaku kerana terlalu melebihkan keturunan mereka di dalam segala perkara, manakala kezaliman nasionalisme moden adalah kerana menyekutukan Allah s.w.t. S.W.T. di dalam salah satu daripada sifat UluhiyyahNya. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-An'am ayat 115-116 yang berbunyi:
Telah sempurna kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah kalimat-kalimatNya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Firman Allah s.w.t. S.W.T. lagi di dalam Surah Al-Maidah ayat 45:
Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t., maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.
Firmah Allah s.w.t. di dalam Surah Luqman ayat 13 yang berbunyi:
Sesungguhnya mempersekutukan (Allah s.w.t. ) adalah benar-benar kezaliman yang besar.
Seterusnya bagi menolak syubahat yang kedua kita perlulah memahami terlebih dahulu kaedah penting yang dipakai oleh para ulamak Islam bermaksud "Sesuatu hukum itu adalah digantungkan kepada kefahaman". Memahami kaedah ini adalah amat perlu untuk melahirkan hukum yang tepat kepada mereka yang kelihatan mengamalkan sesuatu bidaah yang bercanggah dengan syariat Islam. Ia juga adalah amat penting untuk menjadi asas bagi mengetahui fahaman sebenar ulamak-ulamak Islam yang kelihatan memakai syiar-syiar golongan kuffar. Bertolak dari kaedah inilah Al-Allamah Syeikh Said Hawwa telah berkata:
"Bahawa setiap syiar yang memalingkan manusia dari mengambil jalan Allah s.w.t. S.W.T. sebagai maksudnya dan sembahannya adalah syirik. Dengan ingatan bahawa hukum ke atas seseorang dengan kekufuran atau syirik akbar adalah memerlukan kepada fatwa yang mendalam dari ahli fatwa kerana ihtimal bahawa di sana terdapatnya niat-niat yang tersembunyi yang mungkin membawa kepada peringanan hukum ke atas pengamalnya, seumpama ia menanggung lafaz-lafaz tersebut di dalam masalah ini di atas wajah yang menepati iktiqad yang betul."
Dengan kefahaman ini adalah jelas bahawa penulis buku Minda Melayu Baru menyamakan perjuangan nasionalisme Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan Haji Agoes Salim dengan perjuangan nasionalisme UMNO adalah tidak benar kerana nasionalisme Melayu yang diperjuangkan oleh kedua-dua ulamak tersebut tidak melibatkan penolakan terhadap hukum Allah s.w.t. S.W.T. seperti UMNO. Ia adalah suatu penyamaan yang terburu-buru dan sebagai fitnah terhadap ulamak-ulamak Islam yang wajib ditolak. Semoga dengan penjelasan terhadap syubahat-syubahat ini akan dapat membuka kepada kita hakikat kesesatan nasionalisme itu tanpa sebarang keraguan lagi menurut timbangan syariat Islam. WAllahu A'lam wa Huwa yahdis Sabil.
Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Insan ayat 29-30 yang berbunyi:
Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) nescaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya. Dan kamu tidak menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali bila dikehendaki Allah s.w.t. . Sesungguhnya Allah s.w.t. adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
PENUTUP
Sesungguhnya tidak ada jalan untuk melepaskan umat Islam di zaman ini seluruhnya daripada kesesatan beramal dengan fahaman nasionalisme selain daripada berusaha mendedahkan kepada umat Islam hakikat kesesatan fahaman kebangsaan atau nasionalisme itu sebagaimana juga segala ideologi kebendaan yang lain secara menyeluruh dan merata melalui kuliah-kuliah yang disampaikan di masjid-masjid, surau-surau, pondok-pondok dan segala saluran pengajian agama di tanah air. Risalah ini hanyalah suatu pengenalan yang amat ringkas tetapi sebagai amaran yang amat keras kepada Muslimin mengenai ancaman bahaya fahaman nasionalisme kepada kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Semoga Allah s.w.t. menjadikan risalah ini bermanfaat kepada penulis dan sekelian Muslimin. Amin.
Oleh Al-Faqir ila Rabbihi
Abu Abdul Halim
Kaherah, Mesir.
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 22 July 2008 )
"islam untuk semua, indahnya Islam"

Selasa, 8 September 2009

Contoh kes Undang-Undang Tort

  CHEAH KIM TONG &ANOR V TARO KAUR [1989]3 MLJ


1.0 FAKTA KES


Plaintif merupakan pemilik kepada sebidang tanah yang berdaftar. Beliau telah mendakwa bahawa rumah defendan telah melebihi atau mencerobohi ke  kawasan tanah mereka.Plaintif telah membuat permohonan perintah mahkamah untuk menyaman di dalam kamar untuk mengalihkan rumahnya daripada tanah plaintif .Plaintif juga membuat permohonan perintah mahkamah untuk mendapatkan ganti rugi kerosakan dan kos. Defendan dalam balasannya berkata bahawa tuan tanah sebelum plaintif tidak pernah menghalang atau  membuat persetujuan dengan defendan untuk menggunakan tanah itu.


Fakta Kes,

1)     The defendants house encroaches onto the plaintiff’s land.( Rumah defendant telah menceroboh/melebihi di atas tanah plaintiff.) 


2)    The defendant relied on estoppel and consent on the grounds that the previous owner before the plaintiff had never complained. (Defendant bergantung kepada kebenaran/izin berdasarkan tuan tanah sebelum Plaintif tidak pernah mengadu/ ambik tindakan terhadap Defendan) 

3)      the defendant further contended that the plaintiff did not suffer damages.Defendant berhujah/melawan dan mengatakan bahawa plaintif tidak menerima sebarang kerosakkan atas tanah plaintiff
2.0 ISU –ISU KES




Issues:

1)      Whether the previous owner’s consent shall be estoppel.( samada keizinan daripada tuan tanah sebelum plaintif perlu dihentikan.) 

2)      Whether the defendant continuing trespass onto plaintiff’s land although the previous owner did not complaint. ( samada defendant berterusan mencerobohi tanah plaintif walaupun pemilik sebelum ini tidak mengadu dan membuat tindakan.) 
3)       Wheter the plaintiff need to proof damage as the cause of action. (samada plaintif perlu membuktikan kerosakan yang ditanggung disebabkan tindakan defendan






3.0 Decision/Act: keputusan.


1)      Keizinan pemilik lama perlu dihentikan dan perlu diambil tindakan yang dibuat oleh pemilik yang baru.


2)      Kes ini menunjukkan pencerobohan yang berterusan oleh pihak defendant, maka tindakan yang baru daripada pemilik tanah yang baru perlu diambil terhadap defendan.

3)      Plaintif tidak perlu membuktikan bahawa berlaku kerosakan terhadap tanah plaintif kerana ia adalah actionable per se/ tindakan yang berlaku dengan sendirinya
.
4.0 PANDANGAN ISLAM DALAM KES PENCEROBOHAN



4.0.1.


Merujuk kepada hadis:
( عن عطا عن رافع بن خديج قال: قال رسول الله (ص ) :  من زرع في ارض قوم بغير إذنهم فليس له من الزرع شيء وترد عليه نفقته)
Maksudnya: Daripada Ata’ daripada Rafi’ bin Khadij meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesiapa menanam di atasa tanah milik orang lain tanpa mendapatkan keizinan daripada mereka , maka dia tidak berhak mendapat hasil tanaman itu tetapi diberikan kepadanya (pihak yang menanam tanaman itu) kos penanaman tersebut. 


Hadis ini jelas menunjukkan seseorang tidak dibenarkan menceroboh atau meletakkan sebarang objek ke atas tanah milik orang lain tan\pa mendapat kebenaran daripada pemilknya terlebih dahulu. Jika dia tetap melakukannya iaitu menggunakan tanpa izin pemiliknya, dia dikira telah melakukan kesalahan pencerobohan dan perbuatan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang
Merujuk kepada kaedah fiqh:
(لا يجوز لأحد أن يتصرف في ملك الغير بلا إذنه)
Maksudnya: Seseorang itu tidak boleh menggunakan harta milik orang lain tanpa mendapatkan kebenarannya.


            Oleh itu, seseorang tidak boleh memasuki rumah atau ladang milik orang lain tanpa mendapat kebenaran daripada pemiliknya terlebih dahulu. Jika dia melakukan tindakan sedemikian, dia dikira sebagai penceroboh.
Sesuatu tindakan itu dikira sebagai pencerobohan jika seseorang defendan:


a)Meletakkan seseuatu benda di atas tanah milik palaintif 


b) Menyebabkan sebarang benda berbahaya bergerak melepasi sempadan tanah milik palintif



c)Menyebabkan sesuatu benda menyentuh tanah milik seseorang sekalipun benda tersebut tidak melepasi sempadan tanah itu.


Antara contoh bentuk pencerobohan ini adalah mencondongkan tangga, sebuah binaan atau papan kearah ruang udara tanah milik seseorang atau menyebabkan sesuatu tumbuh-tumbuhan tumbuh di atas tanah milik seseorang.



Kes ini juga boleh dirujuk dengan kes yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W di mana sepohon pokok kurma milik seseorang telah tumbuh di atas tanah milik seseorang yang lain. Pemilik tanah itu berasa tidak senang hati apabila tuan punya pokok kurma itu memasuki kawasan tanahnya untuk mendapatkan buah kurma. Kemudian pemilik tanah mengadu hal itu kepada Rasulullah S.A.W. Baginda meminta supaya tuan punya pokok itu memindahkan pokoknya , tetapi dia enggan. Lalu baginda meminta pokok itu disedekahkan kepada pemilik tanah, tetapi dia tetap enggan. Maka Rasulullah S.A.W bersabda : 
“ Engkau telah membuat kemudaratan, pergi( wahai tuan tanah)dan cabutkan pokok kurma itu."   
"islam untuk semua, indahnya Islam"

Jumaat, 4 September 2009

Wajarkah kepala lembu dijadikan alat demonstrasi?





Islam merupakan agama fitrah. Fitrah untuk seluruh ummat.Melihat pada realiti setempat, namun hukum Allah tetap tidak berubah. Haram tetap haram. Tsabat, tajarrud. Islam juga memberi keadilan dan kebajikan kepada semua kaum. Buktinya, Islam meraikan semua budaya, tidak hanya memberi kuasa hanya kepada kaum Melayu sahaja. Semua kaum dapat hidup dengan selesa ttapi apabila ada sesetengah kaum Melayu Islam yang tidak faham akan konsep indahnya Islam, berlakulah peristiwa sebegini, tidak menghormati agama lain, menjadikan kepala lembu yang di anggap suci oleh agama hindu itu sebagai alat demonstarasi. Kepentingan politik diletakkan dihadapan. Adab yang dituntut dalam agama Islam dibelakangkan.

Sebagaimana firman Allah dalam surah al An'am ayat 10

8 yang bermaksud:

108. dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa Yang mereka telah lakukan.

Isunya adalah rentetan dari pemindahan tapak kuil lama dari Seksyen 19 kepada Seksyen 23 Shah Alam.Tindakan yang boleh menimbulkan isu perkauman dan menghina agama lain menimbulkan impak yang besar terhadap kepercayaan kaum lain kepada "golongan ini". Saya percaya, rakyat sekarang sudah celik dan jelik dengan perangai kebudak-budakan ini. Malah budak-budak pun tahu menghormati agama lain kerana sudah terdidik dan fitrah yang sudah terpasak dalm diri mereka.

Sebagai mahasiswa, saya amat sedih dan kecewa dengan isu ini. Saya terfikir, bagaimanalah perasaan rakan-rakan penganut Hindu.Mereka juga mempunyai perasaan, tapi tidak sama denagan perasaan manusia yang membuat demonstrasi yang boleh menimbulkan perkauman dan penghinaan kepada agama lain. Ironinya, kenapa wajah-wajah semburan FRU tidak ada semasa kejadian yang mengaibkan itu?. Sedangkan demonstrasi aman yang dibuat oleh PAS, atau PAKATAN RAKYAT teruk dihujani degan semburan yang amat memedihkan sehinggakan makin menimbulkan perasaan bencinya masyarakat kepada wajah-wajah "kebapaan" FRU.

Saya menyeru, kembalilah kepada Islam yang sebenar, yang penuh dengan didikan yang sempurna kepada semua kaum.

"islam untuk semua, indahnya Islam"