Rabu, 29 September 2010
Aku Rindukan Saat Itu...
Ya Allah Aku Ridukan saat itu
Saat aku dan sahabat membonceng motor untuk berusrah
Segala rasa sedih dan kecewa bertukar tenang apabila dapat berusrah dan bertemu mata dengan anak usrah dan sahabt FILLAH.
Ku rindukan saat itu…
Saat kami pergi kuliah bersama.
Ku rindukan saat itu…
Saat kami “bergaduh” ketika dalam bermesyuarat untuk mendapatkan keputusan yg terbaik.
Aku ridukan saat itu…
Saat kami tarbiyyah jasadiyy di Tasik Cempaka dan Tasik FKEJUT.
Aku rindukan saat itu…
saat kami makan setalam dan mesra kami menyuap ke mulut sahabat.
Aku rindukan saat itu…
Saat aku menangis, kau yang menjadi pendampingku supaya lebih dekat dgn Allah.
Aku rindukan saat itu…
Saat kau menamparku kerana teguran itu yang sesuai untukku.
Aku Rindukan saat itu…
Saat kita pergi keluar berdemo untu menegakkan kebenaran.
Aku rindukan saat itu.
Saat kita saling memberi semangaat untuk meneruskan jihad akademik.
Ya sahabat ku yang aku rindui kerana Allah,
Setiap saat aku akan sentiasa mengingati kenangan ini…
Di mana, saat itu akan ku wujudkan pada saat ini, walau susah untuk aku……..walau bukan dikau yang berada pada saat ini….
Yang Meridui saat itu:
*Siti Aishah Yusoff*aish ghuraba’*
"islam untuk semua, indahnya Islam"
Posted by Siti Aishah Yusoff at 9/29/2010 07:36:00 PG 1 comments
Jumaat, 14 Mei 2010
Feminisme ?
Posted by Siti Aishah Yusoff at 5/14/2010 08:09:00 PG 0 comments
Ahad, 9 Mei 2010
Alam sekolah
"Ustazah, daniel kencing..". Rungut seorang pelajar tahun 1. Jam menunjukkan 5.40 ptg, lima minit lagi kelas akan berakhir.
"Aduh, mcmne ni.."Saya bermonolog ,sambil pergi ke arah Daniel. Saya menjadi panik. Bayangkan, saya dah lama tidak mempunyai adik kecil.Jadi tidak pernah "mengandle" kes sperti ini.Saya terus pergi jumpa guru yang menhajar di sebelah kelas saya. Katanya, cikgu sendiri yang kena basuh.
Baiklh, saya sahut cabaran ini.Alhamdulillah,akhirnya saya berjaya juga:).
Mengajar budak-budak kecil darjah satu hingga darjah tiga agak mencabar. Dengan karenah-karenah adik-adik kecil yang perlu dilayan dan ada yang tidak perlu dilayan. Pucuk pangkalnya, 'we need to sycho them and ourself''.
Sebelum memnagajar, adik-adik diwajibkan solat dhuha berjemaah berimamkan di kalangan mereka sendiri. Saya amat terpegun dan kagum melihat kemmapuan mereka. Selepas itu, diperuntuukan setengah jm untuk membaca al Quran dan Iqra dengan guru kelas masing. Sungguh menenangkan keadaan disini. Pada hari jumaat pula, mereka akan mengahafaz surah yasin dan surah-surah yang berkaitan. Apabila berdepan dengan adik adik kecil ini, saya rasa amat tenang walaupun keadaan di sekolah itu hanya berdindingkan playwood, walaupun hampir terkeluar anak tekak, walaupun berpleuh-peluh dek kepanasan, tetapi saya rasa amat berbaloi.
"Ustazah aishah baik, tapi garang", kata seorang pelajar pada saya ketika saya belanja makan. Hm, wallhu a'lam, apa yang penting saya rasa amat bersyukur kerana pengalam berpersatuan seblum ini mengajar saya untuk bermasyarakat. Majoriti dari kalangan mereka anak orang profesioanal, yang "loaded". Saya amat mengharapkan mereka semua ini dapat menjadi aset negara dan masyarakat untuk kebanggan Islam.
Posted by Siti Aishah Yusoff at 5/09/2010 01:57:00 PG 0 comments
Isnin, 29 Mac 2010
Islamisasi lagu. Cinta sejati hanya untuk Allah:)
KALIMAH KERAMAT BERMENTERA
BERMULANYA SIANG
BERAKHIR MALAMKU
TAK AKAN KU JEMU
MENYEBUT NAMAMU
TIADA BATASAN WAKTU
TIADA TEMPAT MU TERTENTU
DIGUNUNG DI LEMBAH
DI DARAT DI AIR
SIAPAPUN HAMBA KEIKHLASAN DOA KEAGUNGAN KASIH
MERUBAH TAKDIR
BILA KU SEDARI DIRI DISAYANGI
LANGKAH KAKI INI SEMAKIN BERANI
BILA TERKELIRU KU UCAP NAMAMU
TERASA DIRIKU KEMBALI DIPANDU
ENGKAU YG PERTAMA
TIADA AKHIRNYA
AKU DALAM KEGELAPAN
ENGKAULAH CAHAYA
IZINKANLAH AKU MENUMPANG DISINI
DIBAWAH NAUNGAN
KASIH DAN SAYANGMU
KU BERSERAH DIRI
"islam untuk semua, indahnya Islam"
Posted by Siti Aishah Yusoff at 3/29/2010 11:18:00 PG 0 comments
Sabtu, 2 Januari 2010
Selamat hari ulang tahun untuk aida dan sahila
Posted by Siti Aishah Yusoff at 1/02/2010 09:08:00 PG 0 comments
Jumaat, 1 Januari 2010
Antara kaffarah, bala', dan ibtila'
Tarbiyyah Jasadiyy
Memandangkan masa kami usrah adalah jam 7 pagi, kami mulakan usraah kami denagn saling memberi peringatan. Sebaiknya, settiap perjumpaan ,kita disarankan untuk saling memberi peringatan walau perjumpaan itu hanya dalam satu saat.Selepas itu, kami memberi hak kepada jasad kami dengan warming up dan jogging di padang di hadapan KDO.
Isu gula
Gula? Antara isu semasa yang dibincangakan ialah isu gula. Nampaknya, semua peka dengan isu semasa.Tahniah kepada kerajaan yang dicintai.Ye, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", Tindakan mestilah selari dengan kata-kata. Terbukti kerajaan memang selari.Rakyat didahulukan dengan mendahulukan rakyat untuk mencintai hutang. Mendahulukan rakyat dengan menjaga kesihatan, mendahulukan "rakyat" yang kaya menjadi lebih kaya, dan yang miskin akan menjadi lebih miskin, mendahulukan rakyat yang menyokong kepada kerajaan kepada tidak menyokong kerajaan, dan mendahulukan rakyat yang yang membangkang kerajaan akan lebih membangkang kerajaan memandangkan tindakan kerajaan yang sering mendahulukan rakyat untuk mengecapi kekacauan fikrah kerajaan. Betapa merananya rakyat apabila kerajaan bertindak zalim sebegini.
Ujian Allah
Setiap hamba Allah akan diuji mengikut kudrat masing-masing. 'Purse" hilang, duit dalam bank rm 2000 lesapkerana lambat lapor pada bank, kesihatan orang tua dan diri sendiri, pointer,kemampuan menerima jawatan, kawan-kawan, sahabat, gerak kerja yang berlambak-lambak, adakah ini satu kaffarah,atau bala, atau ujian?Kaffarah adalah balasan terhdap dosa-dosa yang lepas dan untuk menyucikannya. Ini kerana, Allah sayangkan si dia yng sedng dijui dengn mebersihkan dosa-dosa. Bala pula diberi kepada hambanya yang membuat dosa dan djidakan untuk peringatan, manakala ibtila pula ialah ujian yang diberikan daripada Allah kepada hambaNya membuatt kebaikan , dan dalam masa yang sama, Allah mengurniakan si hamba yang dipilihnya untuk menguatkan lagi hambaNya. Seandaianya kita betul beriman kepada Allah, pergantungan kita hanya pada Allah, yakin bahawa tidak ada musibah yang diberi oleh Allah melainkan dengan izinNya, Allah akan mengurniakan si hamba ini perasaan tenang dalam keadaan tepandu untuk mengadapi mehnah-mehnah yang dilalui. (rujuk surah al Taghabu: 11).
Isi jasmani
Selebinhnya, saya serahkan pada anak-anak usrah menyambung isu-isu yang dibincangkan.::) Pada kahir usrah, kami bergeka ke kafe kdo untuk isi jasmani dengan sarapan pagi bersama. Sisa-sisa semester akhir yang masih berbaki hanya beberapa bulan lagi,sudah aya dapat rasai bahangnya.Moga Allah tsabatkan kami di atas jalanNya. Wallahu a'lam.
"islam untuk semua, indahnya Islam"
Posted by Siti Aishah Yusoff at 1/01/2010 07:04:00 PTG 0 comments
Isnin, 16 November 2009
Zikrayat bersama sahabat KTSN
Posted by Siti Aishah Yusoff at 11/16/2009 11:57:00 PTG 0 comments