CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 6 Ogos 2009

Muslimah...(dari sahabat)

Aduhai puteriku sayang..

Seorang Muslimah ILAHI,

Bukanlah dinilai dan dilihat pada seberapa gemersik dan lunak alunan suaranya, tetapi perletakan penilaian adalah pada setiap susunan kata-kata yang terungkap daripada mulutnya. Awasilah lidahmu, duhai puteriku..lidah yang tak bertulang itu, boleh membawa kebahagiaan dan lidah itu juga boleh membawa kebinasaan kepadaseseorang. Bak kata pepatah

Puteri:

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa..kan abati al akhyar?

Si Ayah:

AlhamdulilLAH, mubarakalaik! Beginilah, anakanda ayahanda, yang panjang aqal, yang berpekerti mulia, yang berIman, yang sholihah, yang baik hati, baharulah semua orang sayang, alhamdulilLAH, syukur pada TUHAN.


Puteri:

AlhamdulilLAH, segala puji-pujian hanya layak bagi TUHAN. Abati al hakim, lidah yang tidak bertulang itu boleh memertabatkan manusia kerana itu seringkali juga manusia dimuliakan kerananya. TETAPI, AWAS!! Lidah itu juga boleh menjatuhkan seorang manusia kerana itu seringkali juga manusia hina kerana lidah. Benar kan ya abati al habib?

Puteri:

Ya abati al hafiz, sambunglah lagi bicara berkaitan Muslimah ILAHI, silakanlah abati, anakanda menanti ni..

Si Ayah:
Baiklah duhai puteri kesayangan ayahanda,

Seorang Muslimah ILAHI,

Bukanlah dinilai dan dilihat pada keahlian dan kepetahannya membahas hujah, lantunan kata-kata yang tiada kering dari mulutnya, tetapi perletakan penilaian adalah pada bagaimana susun atur, pilihan kata-kata dalam ia berbicara. Adakah ia secara sopan dan berhikmah, adakah hujahannya itu berasas, adakah ia diluahkan secara ikhlas dan berlapang dada ataupun sebaliknya bersalutkan gelombang kemarahan, caci nista, noda-noda hasad dengki pada yang mendengarkan..naudzubilLAH, bukan itu yang kita mahukan, bukan sengketa yang kita mahu letuskan, buka mahu membuka luka di hati insan..

Puteri:

NaudzubilLAHI min dzaliik, mohon dijauhkan semua itu daripada kita. Jika pedang melukai tubuh, masih punya harapan untuk sembuh, TETAPI, jika lidah yang melukai hati, ke mana ubat akan dicari..Oh TUHAN, pedomanilah dan hidayahilah kami..

"islam untuk semua, indahnya Islam"

Khamis, 2 Julai 2009

Jom mengembara...Anda tidak akan rugi.





Selasa, 23 Jun 2009

Kebobrokan masalah ummah

(Man la yahtammu bi amri al muslimin falaisa minni)Hadis.
Bermaksud, sesiapa yang tidak mengambil berat tentang permasalahn atau urusan ummat Islam, maka dia bukanlah di kalanganku.

Boleh anda senaraikan permasalahan ummah sekarang?Dari sekecil-kecil hingga lah sebesar-besar ...?Sudah pasti, tak tersenarai dek kerana terlalu banyak masalah@kes yang ada di Malaysia sahaja

Pengalaman saya praktikal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sedikit sebanyak menggerunkan saya dan berfikir apa sebenarnay punca kepada masalh-masalah atau kes yang timbul? Contohnya kes judi, khalwat, permohonan untuk keluar dari Islam, permohonan dari isteri untuk bercerai, tuntutan harta sepencarian, hadhanah dan lain-lain.

Jika sebelum ini, saya tidak prenah mendengar alasan pengahakiman secara life, tetapi , apabila saya sendiri mendengar secara life, terasa seakan luruh jantung. Si tertuduh di jatuhkan hukuman penjara 18 bulan dengan kesalahan judi.Simpati degan pakcik yang uumurnya dalam 50an, anak 4 orang.Melihat wajahnya, penuh kesedihan.Tetapi, Islam agama yang penuh dengan fitrah dan tsabat. Hukuman, tetap hukuman.Hakikatnya, hukum orang yang berjudi adalah sebat.Indahnya Islam, penuh dengan didikan, yang amat mendidik manusia menjdi manusia yang berakhlak.Seluruh manusia akan selamt jika hukuman yang di jatuhkan betul-betul mengikut hukamn sebagaimana yang ditetapkan dalam al Quran.

Datang pula kes seorang ibu yang ditangkap khalwat di hotel.Astaghfirullah, alasannya dia tidak berdua, tetapi dia bersama denagn anknya yang masih kecil yang tidak mengerti apa-apa.Hukuman dijatuhakn dengan bayaran. Sahabat-sahabt boleh fikirkan dan renungkan..Mengapa pada zaman sekrang, amat mudah maksiat berleluasa, jenayah makin manjadi2, raemaja, mahsiswa yang segelintirnya rosak akhlak, kadar penceraian, permohonan keluar daripada Islam dengan mudahnya.


"islam untuk semua, indahnya Islam"

Ahad, 7 Jun 2009

Lirik Nayid Ghuraba'

Lirik Nasyid : Ghuraba'


SI ANAK DAGANG /SI PENGEMBARA (GHURABA')

Si pengembara dagang

Pengembara, kepada selain Allah

Tidak akan merendahkan dahi,

Pengembara, kami rela ia dagang

Menjadi lambang kehidupan,

Anda tanyalah berkenaan kami,

Sesungguhnya kami tidak peduli

Terhadap pelampau,

Kami adalah tentera Allah terus

menerus, jalan kami adalah jalan

orang yang enggan tunduk

kepada kezaliman,

si pengembara dagang….

Kami tidak peduli dengan ugutan

Bahkan kami terus mara kea lam

Abadi,

Lalu kami berjihad dan

Berperang semula

Beginilah anak dagang, mereka

Yang merdeka di dunia hamba,

Si pengembara dagang…..

Berapa banyak kita teringatkan

Suatu zaman, di hari kita

Bahagia,

Dengan kitab Allah yang kita

Baca sewaktu pagi dan petang.


غرباء...غرباء....غرباء....غرباء

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباه،

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة،

أنت سل عنا فإنا لا نبالى بالطغاة،

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباه،

غرباء...غرباء....غرباء....غرباء،

لن نبالى بالقيود بل سنمضى للخلود،

فلنجاهد وتناضل و نقاتل من جديد،

غرباء هكذا الأحرار في دنيا العبيد،

غرباء...غرباء....غرباء....غرباء،

كم تذاكرنا زمانا يوم كنا سعداء،

بكتاب الله نتلوه صباحا ومساء،

غرباء...غرباء....غرباء....غرباء،

غرباء...غرباء....غرباء....غربا


"islam untuk semua, indahnya Islam"

Sabtu, 6 Jun 2009

Hakikat kembara




Dengan motor DBF 5994 , saya "drive" motor saya ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk praktikal. Hari pertama pergi dangan komuter, tetapi saya amat tidak tahan dengan ikhtilat lelaki dan perempuan!. Saya nekad untuk drive sendiri motor pada keesokan harinya.Hari yang ke tiga, saya berada di atas motor selama 2 jam setengah. Subhanallah. Saya amat tidak menyangka, dek kerana tersalah masuk lorong. Entah jalan mana saya masuk, yang pasti, sya sudah jauh tersesat. Saya teringat dalam program kepimpinan yang saya sertai dulu, dalam satu modul, apabila kita sesat, kita perlu kembali ke jalan yang asal. Ya, saya tidak perlu membuang masa dengan memandu mengikut kata hati sahaja.Saya berhenti di stesen minyak. "Encik, tumpang tanya, macamna nak pergi ke Mahkamah Syariah Wilayah Persuktuan Kuala Lumpur?". " Jauh dik, Adik dari mana ni?"
Saya tersenyum (dalam kepenatann)" Saya dari Bangi."> Jawab saya ringkas.
"Oo, dah jauh ni dik, adik cuba cari fly over dan kena patah balik". Jawab dia tersenyum.


Saya meneruskan pengembaraan sya untuk mencari destinasi sebenar saya. Mula-mula agak cuak dan takut. Takut kalau2 saya sampai ke Perak!:). Saya cuba memandu mengikut signbord, dan etah jalan mana yang saya lalui. Sepanjang pengembaraan saya, saya dapat menyaksikan 3 accident. Na'uzubillahi min zaalik. Dalam susah dan senang aku mesti ingat Allah.Aku yakin dan pasti , Allah nak bagi aku menyaksikan keindahan alam.Aku melalui highway yang tidak banyak kereta. Agak pelik, sepatutnya waktu pagi, kereta banyak. Entah kenapa, aku tidak rasa takut. Hatiku amat tenang. Hanya Allah yang menegtahui. Aku rasa,aku bersama Allah:)Tidak ada mak dan abah ,sahabt-sahabt bersamaku. Kalau lah mak aka tahu,mesti mak tak abgi aku naik motor. Dah la naik sorang.Bisikku.

Akhirnya, aku sampai di Kuala Lumpur. Entah macam mana, aku boleh memandu hingga smapai di hadapan KLCC. Aku tergelak kecil . Subhanallah. Saya cuba bertanya orang yang sedang menunggu bas, di mana arah jalan ke masjid negara. Saya tidak bertanya arah mahkamah kerana saya yakin tidak ramai yang tahu posisi mahkamah. Jawapan mengecewakan. Saya meneruskan kembara saya, sehinggalah saya jumpa trafic light di hadapannya Dataran Merdeka. Alhamdulillah, sampai juga aku akhirnya.Monolog.

Seperti biasa, saya masih berada di bahagian Maal. Rekod fail, dan key in ke dalam sistem e-syariah. Banyak yang pelajari daripada kerja ini. Kes-kes penceraian.Setakat yang saya belek fail2, ramainya si isteri yang meminta cerai. Hmm, saya berhenti seketika. Berfikir, hikmahnya Allah tidak memberi kuasa talak kepada si wanita. Tetapi, sekarang tidak kurang juga lelaki yang sesuka hati menjatuhkan talak tanpa berfikir panjang. Si suami mendera si isteri, mencakar wajjah si isteri, tidak memberi nafakh zahir pada si isteri.Apa nak jadi. Sedangkan dalam hadis ada berkata, perkara yang halal yang paling tidak di sukai oleh Allah ialah Talak.Alasan penceraian adalah tidak sefahaman.Sewaktu bercinta, semuanya indah, tetapi setelah berkahwin, semuanya gundah.Kembali kepada keimanan kepada Allah,keberkatan dan sebagainya. Sya tidak berani mengulas panjang, kerana tidak punya pengalaman, tetapi cuba terjemahkan daripada apa yang saya belajar dalam kuliah.

"Aisyah, awak mesti penat kan? Rehat la dulu,kesian awak, 2 jam setengah atas motor."Tegur salah seorang pegawai. Saya menjawab denagn senyuman sahaja. Ya memang penat. Tetapi, sya berpuas hati kerana saya dapat survive sendiri.

Jika sebelum ini, praktikal saya di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia(JKSM) agak meletihkan, inikan pula di Kula Lumpur dengan membonceng motor Honda.

Hari pertama praktikal, malamnya tidur awal sebab kepenatan.Hari yang ke dua, begitu juga.Astaghfirullah, Ya Allah jauhkan lah aku dari penat yang boleh menyebabkan gerak kerja Islami aku terbantut. Jauhkanlah aku dari futur. Berikanlah kami kekuatan untuk menangkis perasaan ini.Ya, pada diri kita ada hak, dan pada amanh juga,perlu diberkan haknya.

Hari yang berikutnya, kami cuba untuk konsisten untuk pergi dengar tazkirah di Surau Ann Nur,mengisi hati dari dan menyiapkan kerja-kerja yang masih belum disiapkan lagi.Saya dapat bayangkan wajjah ibu-ibu yang aktif dalam gerakan dakwah, bagaimana mereka menguruskan rumah tangga.

Saya yakin, sahabat-sahabat tidak kurang banyak kerjanya. Apa yang saya ingin berkongsi bersama sahabat ialah, hakikat kembara. Ya, ianya penuh dengan ujian. Jika sebelum ini, saya tidak langsung memandang UKM sebagai destinasi ijzah saya, tetapi sekarang saya sudah barada di UKM!. Saya bercita-cita untuk menyambung Ijzah saya di Mesir. Tetapi, takdir telah menetukan saya untuk berada di perbukitan UKM ini. Walaupun, terkadang, ada terdetik di hati rasa menyesal berada di UKM, tetapi, saya perlu buang perasaan ini. Saya amat mencemburi shaabat-shabt yang bertalqqi, berada dalam bi'ah ilmiah.Saya yakin , semuanya telah di susun oleh Allah, dan sya berdoa, agar ssya dapat menymbung kembara ilmu saya ke sana.Hakikat kembara, sudah pasti kita punya impian, dan tidak semua harapan@impian yang kita impikan kita akan kecapim keran Allah lebih mengetahui apa yang sesuai untuk kita.

Kepenatan dari bekerja, sedikit sebanyak boleh menyebabkan para amilin jauh dari aktif bergerak kerja, mengisi rohani yang gersang jika diri tidak bermuhasabah dan kurangnya taqarrub pada AllahSudah lama tak jumpa adik2 usrah. Rindu.Masinng-masing punya tanggungjwab, praktikum, LAI, dan balik jumpa mak dan ayah. Diri ini? Alangkah seronoknya dapat LAI kat negeri masing-masing, namun keperluan perlu didahulukan dari kemahuan.


1) Fardul muslim->2) Baitul Muslim-> 3) Mujtama' Muslim 4) Baldatun toyyibatun wa Rabbun Ghafur 5) Daulah Islamiyyah(Khilafah).

Adakah saya sudah berjaya membina fardul muslim?Hmm, diri yang betul-betul muslimah, mu'minah yang solehah, insyaAllah,moga Kau perkenankan.Saye teringat kata-kata penceramah, bagaiman nak bentuk baitul muslim kalau fardul muslim pun tak settle lg.Hm, fikir-fikirkan, dan tersu bertindak:).
Moga kembara ini membuka hati dan mata ini, mendekatkan lagi diri ini pada MU YA RABB. Suburkanlah rasa cinta dan rindu untuk bertemu dgnMU.
Sekadar renungan...: Adakah betul kenyataan ini " Muslimat, majoritinya berfikiran glokal?Selalu fikir masalah hati"?. Maaf, saya tidak berniat untuk menuding kepada sesiapa, malah untuk membuka fikiran-fikiran terutama di kalangan ahli gerakan dakwah. Ala kulli haal, yang kuat akan menampung yang lemah, dan kita perlu ingat,kita tidak selalunya kuat, dan yang lemah tidak selalunya lemah.Hakikatnya, setiap orang mempunyai kelemahan. Hargailah kelemahan, kekuranagn dan kekuatan yang ada pada seseorang, kerana semuanya itu adalah kurniaan Allah. Si lemah akan terus berusaha untuk menjdai kuat kerana dia tahu dia perlu kuat untuk Islam

"islam untuk semua, indahnya Islam"

Jumaat, 22 Mei 2009

"Award" untuk kalian:)



Syukran utk dik aida krn bg award. Tp, rasa diri tak layak utk menerima sebarang award.Ala kulli haal. syukran:). Oleh kerana, anak usrah(aida) minta saya bg award, sya akan beri award kepada:
"Mak dan abah. Terima kasih yang tidak terhingga.Restumu yg ku harapkan"

Special to : Aida Rahayu. Trima kasih ats ukuwwah.

Naqibah saya"k.asiah". Slam penuh kerinduan.

"Usrah khazinatul asrar-mg ukhuwwah ini memntapkan tarbiyyah 4 Islam,(aida, kinah, kinah fssk, syahida, azma, ila,) 2-Jawahir, adhwa, azira, aini, k.ira, salwa dn Rubi. "

sakinah ropien(usrah khaziantul asrar-selamt hari ulang tahun(23 mei), mg sbar n tsabat!"


"Sahabt2 MT ISIUKM dn mantan MT ISIUKM, mg amanah dpt dilaksanakan dgn penuh ubudiyyah"

Sahabat2 ex KIAS NILAM PURI-salam penuh kerinduan, krn ilmu kt bertemu,krn cita2 kt bpisah, dn kerana pjuangan insya Allah btemu kmbali:)

Adik2 peserta Kembara Al Banna:). Mcmna dengan resolusi kalian?

Shbt2 ex Maahad Muhammadi Lil Banat KB.

Adik-Siti Zaharah Yusoff(USIM)-Blaja molek, struggle 4 ISLAM.

Shbt2 KTDI dan KTSN-Jauh di mata dekat di hati:)

Ana tk harapakn shabat2 bg award pd yg lain. Cuma kalau nak bagi award, bagus juga. Penghargaan untuk orag yang Istimewa.Tidak bermakna yang tidak disebut tidak istimewa, sebab ukhuwwah adalah untuk semua.:).

"islam untuk semua, indahnya Islam"

Sabtu, 16 Mei 2009

Jangan cabar kami!


Ya, jangan cabar kami. Kuasa yang UMNO ada sekarang hanyalah sementara sahaja, dan ianya milik Allah. Jangan ingat, dengan "kekuasaan" ini, PAS tidak ada kuasa, rakyat tidak ada kuasa, Pakatan Rakyat tidak ada kuasa. Jangan ingat, dengan kuasa kalian, kalian dapat "mencabul"hak mahkamah. Jangan ingt, dengan berkuasanya kalian, kalian dapat "makan harta rakyat". Jangan ingat dengan berkuasanya kalian, kalian dapat rampas kuasa menteri besar!!!, jangan ingat, dengan adanya kuasa kalian, kalian denagn "slumbernya" menukar dewan speaker. Jangan inagt, dengan berkuasanya kalian, kalian dapat kuasai "one malaysia"!!!

Sudah cukup pimpinan ini memperlakukan rakyat sebegini, mempergunakan kuasa mahkamah dan korupsi-korupsi yang banyak lagi, yang tidak tersebut. Rakyat sekarang bukan hanya sekadar menilai, tetapi ternanti-nanti akan bilanya peralihan kuasa, dari orang yang gila kuasa kepada orang yang benar-benar layak memipin rakyat!.
Isu ulama profesional menjadi bualan, dan ianya sengaja dilaga-lagakan oleh puak yang sengaja ingin membantutkan Islam tersebar. Secara tidak sedar, ramai yang telah mensekularkan istilah-istilah. Samalah juga apabila kita mengasingkan nama, contohnya fakulti pengajian Islam dengan fakulti sains dan teknologi. Adakah sains dan teknologi bukan pengajian Islam?Saya tinggalkan persolan ini kepada sahabat-sahabat.

Mahkamah syariah; di mana peranan mahkamah syariah? Apa pendirian mahkamah syariah tentang isu ibu atau ayah yang memeluk Islam, anak perlu kekal dalam agama asal?Saya amat bersimpati dengan "nasib" mahkamah syariah,dan mahkamah-mahkamah lain. Simpati kerana tidak dapat menjalankan tanggungjwab dek kerana "kuasa"luar. Padahal, di Malaysia, sudah di bahagi kepada 3 bahagian iaiatu judiciary, ekskutif, dan legislatif.


Isu pergolakan poltik di Perak,meggambarkan sistem pentadbiran pihak UMNO @ BN amat "kacau". Tidak dapat menerima kenyatanaan YAB NIZAR, sebagai Menteri Besar yang sah. Tindakan yang tidak rasioanal, yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana yang bergelar pimpinan. Menghalau dengan "menggila" speaker dewan. Ini menunjukkan kebobrokan dan tidak senang duduk dengan MB yang sah. Ironisnya, ini adalah satu pendurhakaan kepada suara rakyat,politik, dan institusi perundangan yang hak.

Di sini saya sertakan kenyatann dari Ketua Penerangan Pas Pusat, Dato'Mahfuz Omar, yang dipetik dari akhbar harakah:

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung ketelusan badan kehakiman negara.





Mahfuz menegaskan kepada Harakahdaily, menjadi amalan biasa bagi orang yang melakukan kesalahan untuk menafikan apa yang berlaku.

Khairy juga, tegas Mahfuz, menafikan apa saja yang tidak kena dengan Umno termasuk menafikan beliau disiasat lembaga displin Umno sebelum pemilihan parti itu Mac lalu.

"Buktikan apa saja kepada Khairy, beliau akan nafikan termasuk menafikan disiasat lembaga displin Umno sebelum pemilihan Umno Mac lepas.

"Perkara ini bukan perkara baru dan sudah menjadi tradisi bagi pihak yang melakukan kesalahan untuk menafikan segala bentuk kecaman terhadap mereka," tegas Mahfuz.

Beliau tetap mengatakan kenyataan yang dibuatnya berhubung keputusan mahkamah berhubung isu di Perak mempunyai asas kerana Ketua Hakim Negara merupakan ahli Umno dan pernah memegang jawatan dalam parti tersebut.

Mahfuz menegaskan kerana adanya individu seperti Tan Sri Zaki Tun Azmi maka tidak mustahil Umno akan menggunakan ejen-ejen mereka dalam badan kehakiman untuk membuat keputusan yang berpihak kepada mereka.

Sehubungan dengan itu, beliau mencabar Khairy untuk berdebat secara terbuka isu ketelusan institusi kehakiman tidak kira di mana-mana tempat.

Sebelum ini Khairy dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam sebuah akhbar pada 15 Mei lalu berkata tidak ada 'tangan-tangan ghaib' yang mencampuri urusan Mahkamah Rayuan dalam membuat keputusan terhadap kemelut politik di Perak.

Sebaliknya beliau berkata, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar yang membuat dakwaan tidak berasas dalam isu tersebut. - mks. _

Kalau kata-kata"berani kerana benar, takut kerana salah" di akuii, tolong bubar semula DUN. Harapan rakyat, memrintah lah dengan cara Islam, apa yang Islam nak dengan berpandukan al Quran dan al sunnah, baru lah semua rakyat dan semua kaum akan hidup dalam keadaan sejahtera.Usah takut dengan hukuman hudud jika diri tidak bersalah.

Wallahu a'lam. Siir ala barakatillah.

"islam untuk semua, indahnya Islam"