CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 14 Mei 2010

Feminisme ?


Feminisme ?


Kata saya pada anak murid lelaki darjah 1 Bilal : “ Ustazah nk tengok siapa yang hebat, yang lelaki ke perempuan.Siapa yang cepat ingat doa Qunut”.
Ternyata, perempuan  yang cepat ingat dan paling lantang bacaan mereka.
“Ok anak-anak murid, bagi tepukan pada perempuan”. Saya memberi perangsang pada anak-anak perempuan  dan lelaki agar mereka berusaha untuk menghafaz doa Qunut.
Kata Alan, anak murid lelaki” Ala ustazah, mesti ustazah duk sebelah perempuan, sebab ustazah perempuan.”
Waah, saya tersenyum sejenak. Saya menjelaskan kenapa saya berbuat demikian. Saya yakin, anak murid lelaki boleh sebenarnya, kena lebih rajin lagi. :)
Apabila masuk darjah 3 :
Kata anak murid lelaki juga, Amir Nafiz, selaku ketua kelas 3 saidina Ali “ Ustzah, kenapa bila perempuan mintak nak pergi tandas, ustazah bagi je pergi 2 orang, tapi bila lelaki nak ke tandas, ustazah  suruh seorang je, ustazah tak bagi pergi 2 orang? Tak aci ni ustazah. “(sambil mencebik muka).
Saya tersenyum lagi. Bersyukur sangat dikurniakan anak-anak murid yang “suka bertanya”.:)
Kelas ni pula terbalik. Lelaki lebih advance. Doa qunut, semua anak murid lelaki ingat, tetapi, anakmurid perempuan pula yang tak ingat.
Saya cuba guna metod macam saya lakukan di kelas darjah 1 bilal.
“ Ustazah, budak permpuan tak pandai. Menyussahkan je ustazah. Biar kami je yang baca.Ustazah dah lama suruh hafal, diorang tak ingat-ingat juga, pemalas’.
Saya tahu, niat Amir, untuk memberi semangat pada kawan-kawan perempuan untuk lebih tekun menghafal.
Saya meminta Amir selaku ketua kelas untuk membantu mengetuai bacaan doa qunut dan ajar untuk mengumandangkan azan dan iqamat.Amir tidak berputus asa. Dia mempunyai gaya seorang pemimin. Saya mengharapkan dia mampu menjadi pemikir dan pendokong Islam.
Saya amat rindukan suasana bersama sahabt-sahabat di UKM. Saya tidak peroleh di sini, tetapi , saya perlu terjemahkan apa yang sudah saya timba di UKM.Alam masyarakat penuh dugaan. Kadang-kadang kita hebat bercakap di alam kampus, tapi ada yang kecundang bila terjun ke alam masyarakat. Moga diri ini tsabat, dan selalu dalam keadaan peliharaan Allah dan di bawah naugan rahmatNya.

"islam untuk semua, indahnya Islam"

Ahad, 9 Mei 2010

Alam sekolah

"Ustazah, daniel kencing..". Rungut seorang pelajar tahun 1. Jam menunjukkan 5.40 ptg, lima minit lagi kelas akan berakhir.

      "Aduh, mcmne ni.."Saya bermonolog ,sambil pergi ke arah Daniel. Saya menjadi panik. Bayangkan, saya dah lama tidak mempunyai adik kecil.Jadi tidak pernah "mengandle" kes sperti ini.Saya terus pergi jumpa guru yang menhajar di sebelah kelas saya. Katanya, cikgu sendiri yang kena basuh.
Baiklh, saya sahut cabaran ini.Alhamdulillah,akhirnya saya berjaya juga:).

      Mengajar budak-budak kecil darjah satu hingga darjah tiga agak mencabar. Dengan karenah-karenah adik-adik kecil yang perlu dilayan dan ada yang tidak perlu dilayan. Pucuk pangkalnya, 'we need to sycho them and ourself''.
     
      Sebelum memnagajar, adik-adik diwajibkan solat dhuha berjemaah berimamkan di kalangan mereka sendiri. Saya amat terpegun dan kagum melihat kemmapuan mereka. Selepas itu, diperuntuukan setengah jm untuk membaca al Quran dan Iqra dengan guru kelas masing. Sungguh menenangkan keadaan disini. Pada hari jumaat pula, mereka akan mengahafaz surah yasin dan surah-surah yang berkaitan. Apabila berdepan dengan adik adik kecil ini, saya rasa amat tenang walaupun keadaan di sekolah itu hanya berdindingkan playwood, walaupun hampir terkeluar anak tekak, walaupun berpleuh-peluh dek kepanasan, tetapi saya rasa amat berbaloi.

      "Ustazah aishah baik, tapi garang", kata seorang pelajar pada saya ketika saya belanja makan. Hm, wallhu a'lam, apa yang penting saya rasa amat bersyukur kerana pengalam berpersatuan seblum ini mengajar saya untuk bermasyarakat. Majoriti dari kalangan mereka anak orang profesioanal, yang "loaded". Saya amat mengharapkan mereka semua ini dapat menjadi aset negara dan masyarakat untuk kebanggan Islam.









"islam untuk semua, indahnya Islam"

Isnin, 29 Mac 2010

Islamisasi lagu. Cinta sejati hanya untuk Allah:)

TERDENGAR BISIKAN MESRA


KALIMAH KERAMAT BERMENTERA

BERMULANYA SIANG

BERAKHIR MALAMKU

TAK AKAN KU JEMU

MENYEBUT NAMAMU



TIADA BATASAN WAKTU

TIADA TEMPAT MU TERTENTU

DIGUNUNG DI LEMBAH

DI DARAT DI AIR

SIAPAPUN HAMBA KEIKHLASAN DOA KEAGUNGAN KASIH

MERUBAH TAKDIR



BILA KU SEDARI DIRI DISAYANGI

LANGKAH KAKI INI SEMAKIN BERANI

BILA TERKELIRU KU UCAP NAMAMU

TERASA DIRIKU KEMBALI DIPANDU

ENGKAU YG PERTAMA

TIADA AKHIRNYA

AKU DALAM KEGELAPAN

ENGKAULAH CAHAYA

IZINKANLAH AKU MENUMPANG DISINI

DIBAWAH NAUNGAN

KASIH DAN SAYANGMU

KU BERSERAH DIRI

"islam untuk semua, indahnya Islam"

Sabtu, 2 Januari 2010

Selamat hari ulang tahun untuk aida dan sahila


"islam untuk semua, indahnya Islam"

Jumaat, 1 Januari 2010

Antara kaffarah, bala', dan ibtila'


Sudah agak lama usrah khazinatul asrar tidak bertemu mata dalam keadaan kami merancang untuk berusrah.Alhamdulillah, dicelah kesibukan anak-anak usrah yang sibuk dengan gerak kerja Islam, kami sempat juga  mencari masa untuk kami berkumpul kerana Allah, memenuhi sunnah  Nabi Muhammad S.a.w.Perasaan sayang dan rindu kerana Allah lahir apabila ikatan ini diribath dengan ribath akidah.

Tarbiyyah Jasadiyy
Memandangkan masa kami usrah adalah jam 7 pagi, kami mulakan usraah kami denagn saling memberi peringatan. Sebaiknya, settiap perjumpaan ,kita disarankan untuk saling memberi  peringatan walau perjumpaan itu hanya dalam satu saat.Selepas itu, kami memberi hak kepada jasad kami dengan warming up dan jogging di padang di hadapan KDO.

Isu gula
Gula? Antara isu semasa yang dibincangakan ialah isu gula. Nampaknya, semua peka dengan isu semasa.Tahniah kepada kerajaan yang dicintai.Ye,  rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", Tindakan mestilah selari dengan kata-kata. Terbukti kerajaan memang selari.Rakyat didahulukan dengan mendahulukan rakyat untuk mencintai hutang. Mendahulukan rakyat dengan menjaga kesihatan, mendahulukan "rakyat" yang kaya menjadi lebih kaya, dan yang miskin akan menjadi lebih miskin, mendahulukan rakyat yang menyokong kepada kerajaan kepada tidak menyokong kerajaan, dan mendahulukan rakyat yang yang membangkang kerajaan akan lebih membangkang kerajaan memandangkan tindakan kerajaan yang sering mendahulukan rakyat untuk mengecapi kekacauan fikrah kerajaan.   Betapa  merananya rakyat apabila kerajaan bertindak zalim sebegini.

Ujian Allah
Setiap hamba Allah akan diuji mengikut kudrat masing-masing. 'Purse" hilang, duit dalam bank rm 2000 lesapkerana lambat lapor pada bank, kesihatan orang tua dan diri sendiri, pointer,kemampuan menerima jawatan, kawan-kawan, sahabat, gerak kerja yang berlambak-lambak, adakah ini satu kaffarah,atau bala, atau ujian?Kaffarah adalah balasan terhdap dosa-dosa yang lepas dan untuk menyucikannya. Ini kerana, Allah sayangkan si dia yng sedng dijui dengn mebersihkan dosa-dosa. Bala pula diberi kepada hambanya yang membuat dosa dan djidakan untuk peringatan, manakala ibtila pula ialah ujian yang diberikan daripada Allah kepada hambaNya membuatt kebaikan , dan dalam masa yang sama, Allah mengurniakan si hamba yang dipilihnya  untuk menguatkan lagi hambaNya. Seandaianya kita betul beriman kepada Allah, pergantungan kita hanya pada Allah, yakin bahawa tidak ada musibah yang diberi oleh Allah melainkan dengan izinNya, Allah  akan mengurniakan si hamba ini perasaan tenang dalam keadaan tepandu untuk mengadapi mehnah-mehnah yang dilalui. (rujuk surah al Taghabu: 11).

Isi jasmani
Selebinhnya, saya serahkan pada anak-anak usrah menyambung isu-isu yang dibincangkan.::) Pada kahir usrah, kami bergeka ke kafe kdo untuk isi jasmani dengan sarapan pagi bersama. Sisa-sisa semester akhir yang  masih  berbaki hanya beberapa bulan lagi,sudah aya dapat rasai bahangnya.Moga Allah tsabatkan kami di atas jalanNya. Wallahu a'lam.

"islam untuk semua, indahnya Islam"

Isnin, 16 November 2009

Zikrayat bersama sahabat KTSN











,
Bertemu para jundullah itu dalam ketaatan pada Rabbnya
Bersatu jundullah itu dalam perjuangan Islam,
dan para jundullah itu sentiasa berikrar bersama menegakkan syariat dalam kehidupan,
Ya Allah, teguhkan ikatan ukhuwwah kami keranaMu ..


Selasa, 15 September 2009

"Paling indah, jika semuanya dpat masuk syurga, bertemu dgn Allah, bersama!"

Assalamualaikum w.r.t.
Terkesima saya apabila saya mendapat msj dari kakak ipar saya, bertaya apa itu usrah?Rupa-rupanya,beliau sudah buka dan baca blog usrah khazinatul asrar ini. Subhanallah. Saya sempat borak dengan kakak ipar saya tentang usrah. Kakak ipar saya tidak pernah melibatkan diri dengan usrah.Selepas berbincang, beliau minta agar usrah di buat dalam keluarga kami nanti balik raya!:)Ya Allah, suasana ini yang aku amat impikan.-
Saya melihat, ini adalah satu momentum untuk keluarga saya. Mungkin sahabt-sahabt sudah lama mulakan usrah di dalam keluarga sahabat.Ya, keluarga saya, ade, tetapi amat jarang. Berkumpul, tetapi ianya tanpa secara formal.Secara formal ade, tetapi hanya apbabila esmua berkumpul balik raye.Pada masa itu saya terfikir, adakah sesuai untuk perkenalkan musywarah ,usrah dalam keluarga?Alangkah indah, ilmu dan pengalaman yang ada pada adik-beradik saya diterjemahkan. BPR, cikgu, ustazah, peniaga, imam, penganggur, semuanya boleh berkongsi.Semoga Allah ikatkan hati-hati kami.Paling indah, jika semuanya dpat masuk syurga, bertemu dgn Allah,  bersama!

"islam untuk semua, indahnya Islam"