CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 25 Mei 2008

kota bharu bandaraya contoh:)

KOTA BHARU Ketika pimpinan Umno sibuk ingin merawat Kelantan seolah-olah negeri dan rakyatnya berada dalam kesakitan yang amat sangat, namun pada masa sama rata-rata pengunjung luar termasuk dari kalangan bukan Melayu merasa kagum dengan corak pentadbiran Pas di Kelantan.

Pengerusi Perpaduan Nasional Pas Parit Buntal, Hamdan Fadel Ahmad berkata, rata-rata orang luar Kelantan yang pernah melawat Kelantan sangat kagum dengan kehidupan masyarakat negeri ini yang hidup aman dan harmoni tidak seperti digembar-gemburkan.

“Kami sangat tertarik dengan corak pentadbiran kerajaan negeri Kelantan yang mesra rakyat dengan memberi layanan adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai rombongan 40 masyarakat India dari Parit Buntal mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya JKR10 dekat sini.

Kata Hamdan lagi, rakyat seluruh negara termasuk dari kalangan bukan Islam sudah mula sedikit demi sedikit melihat akan kemampuan Pas mengurus tadbir negeri, setelah 17 tahun memerhati parti itu mengurus tadbir Kelantan.

“Orang bukan Islam sudah mula sedar gambaran buruk pihak media tetang kerajaan Pas Kelantan hanyalah fitnah semata-mata bagi mengabui mata rakyat Malaysia , seolah-olah jika parti pembangkang diberi peluang memerintah negara akan huru-hara dan pembangunan terencat.”

“Sedangkan itu tidak benar sama sekali, buktinya kerajaan Kelantan yang diperintah Pas terus juga membangun sebagai mana negeri-negeri lain, walaupun tidak mendapat layanan sebagai mana negeri-negeri Barisan Nasional (BN) oleh kerajaan Pusat,” katanya.

“Malah kualiti hidup masyarakat negeri ini jauh lebih baik khususnya dari segi keharmonian hidup antara masyarakat Islam dengan bukan Islam, tidak seperti mana di negeri lain masih wujud sikap curiga-mencurigai antara kaum,” jelasnya lagi.

Tambah beliau lagi, sejak akhir-akhir ini seakan wujud gelombang kesedaran masyarakat bukan Melayu termasuk masyarakat India yang sekian lama sangat sukar untuk didekati parti pembangkang seperti Pas.

“Alhamdulillah ada perkembangan baik, kita nampak orang-orang India termasuk di Perak khususnya di Parit Buntal sudah mula mendekati Pas atau Pas sudah boleh mendekati masyarakat mereka.”

Berkaitan peluang Pas dalam pilihanraya kali ini beliau menambah, “Parlimen Parit Buntal kita pernah menang pada pilihanraya tahun 1999 dan kemungkinan mengulanginya amat cerah tambahan pula mendapat sokongan kaum India yang selama ini tidak perna sokong pembangkang.

Peserta rombongan dari Nibong Tebal, Govindarajoo A/L Krishnan, 35 pula mengakui sangat gakum dengan kehidupan Menteri Besar yang sangat sederhana, mesra dan sangat mudah didekati rakyat.

“Menteri Besar Kelantan sangat mudah ditemui, tiada protokal sebagai mana Menteri Besar Parak buat temujanji awal tahun, akhir tahun belum tentu boleh jumpa. Ini menunjukkan Menteri Besar Kelantan sangat menghormati rakyatnya.”

Menurut beliau lagi, masyarakat India sangat kecewa dengan sikap dan layanan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau enggan berjumpa dan menerima kalungan bunga mawar daripada 200 anak-anak kaum India pada 16 Febuari di Dataran Merdeka baru-baru ini.

“Kita telah hantar surat kepada PM secara rasmi tetapi malangnya, permohonan kami hanya untuk mengalungkan bunga sahaja tidak diluluskan, malah kami dan 200 anak-anak dihalang polis daripada bertemu PM di dataran merdeka.”

“Kami amat kecewa dengan cara PM, apa salahnya beliau datang sekejap hanya untuk menerima kalungan bunga sebagai tanda kami menghormati beliau selaku PM,” ujarnya dengan nada kecewa.

Sementara itu, Rajenran A/L Palany, 43 dari Parit Buntal berpuas hati dengan kehidupan masyarakat India di bawah kerajaan Pas dan beliau mengakui rata-rata masyarakat India Kelantan yang ditemuinya melahirkan rasa puas hati terhadap kerajaan negeri.

“Di Kelantan kerajaan negeri memberi kebebasan kepada masyarakat India dalam membina kuil-kuil ibadat mereka, tidak seperti mana setengah kerajaan negeri lain yang banyak bertindak meroboh kuil-kuil Hindu,” jelasnya lagi.

“Setelah melihat sendiri bagai mana kehidupan kaum india di Kelantan, baru kami faham selama ini BN memperbodohkan kami dengan berita-berita negatif tentang parti pembangkang dengan memperalatkan media arus perdana.”

Beliau turut berjanji akan berkempen bagi memenangkan calon Pas sekiranya bertanding di Perak dan bersedia untuk menjadi jurucakap Pas kepada masyarakat India terutama di Parit Buntal.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz pula menegaskan selaku ketua kerajaan beliau tidak pernah membeza-bezakan layanan kepada rakyatnya, malah bagi beliau Islam mengajar sebagai pemimpin mesti berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

"Saya memandang semua penduduk Kelantan sama ada Melayu, Cina, India, Siam atau Orang Asli sama, semuanya rakyat saya, maka sebab itu tidak ada sebab membeza-bezakan layanan," jelas beliau dengan disahut tepukan gemuruh daripada anggota rombongan.

Rombongan masyarakat India dari Parit Bunta, Perak ketika mengunjungi Menteri Besar,
Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya JKR10.

"islam untuk semua, indahnya Islam"

0 comments: