CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 31 Oktober 2008

Hadafku




Hadafku..(luahan penulis semasa sepanjangsebulan berada di Kolej Kajai)

“knp enti tak jd gi mesir?’Pak Suli yg ku anggap murabbiku bertanya dengan penuh kelembutan bagai seorang bapa dengan anak.
“Ana dah istikharah ust…”jwpn yg paling ringkas ku berikan kepada murabbi. Aku tahu, pada riak wjah murabbi ini, terbayang kekecewaan.
“Ana mintk maaf ust. Ana yakin dgn keputusan kali ini.
Ust, ana nk mintak KUIN.
Dipendekkan cerita, akhirnya aku ditakdirkan di KUIN.Aku bahagia berada I KUIN. Pensyarah arab. Tetap juga suasana islamik.Aku tahu, dibenak fikiran mak abah aku, sudah pasti mereka amat mengharapkan aku dapat menyambung ijazahku di IPTA tempatan. Pada hari yg ke empat, kawan abikku iffah, menelefonku. Dia menyampaikan ucapan tahniah kerana aku berjaya ke UKM. Aah…knp pada saat ini?saat aku bahagia bersama sahabt-sahabt menimba ilmu di bumi kedah ini.
“Pah, saya rasa saya akan tetap b’ada di KUIN. Sy tak nak belajar di UKM”
“knapa syah?kan ini harapan mak abah awak. Sejak KITA DI kias lagi mereka amat mengharpkan awak dapat menyambung di IPTA. Bukan IPTS atu KUIN. “
Tkpa la pah, walaupun KUIN adalah kolej, dan blm lg mndpt pengiktirafan LAN, saya rasa bahagia belajar di sisni. Sya tahu, bila sya b’ada di UKM, saya tak akan merasai suasana mcmni lagi. “
Suka hati awak lah.
Ifah sahabtku yg paling memahami diriku. Tetapi pd kali ini, knp dia tdk memahami.
Slps aku menerima berita itu, rambutku bagai ditarik2. Hilang terus mood aku. Apa yg perlu aku bgtau mak dan abah aku. Semua ahli bilikku hairan dengan aku. Bila aku bgtau perkara yg sbnr, mereka memujukku agar tidak pergi ke UKM.
Ya Allah….berilah aku petunjuk.,Aku tidak boleh untuk solat istikharah pada masa itu. .
Ku banyakkan istighfar.Ku puhon ketenangan dariMu Ya Allah.


Tiba..trit…trit…Bunyi handphoneku.
“Assalamualaikum…mak sihat?”
W’salam…alhamdulillah..”
“Kak, td ifah telefon, dia kata kak berjaya ke UKM. Tp tak nk smbung sana, betul ke?”
“hmmm….a’ah mak.”
“Mak dah tny pendapat kwn2 mak…mrk kata lbh baik kak sambung ke UKM.Lagipun, perjuangan kak bukannya bleh di KUIN, di mana2 pun kita bleh berjuang. Lagi pun, KUIN tak dapat pengiktirafan JPA lagi..”
Mak aku amat arif perasaan dan naluriku. Ya Allah, tiada niat dalam hati ini untuk berdepan dengan musuh. Tpi, bila aku dengar luahan sahabt-sahabt seperjuanganku yang berada di IPTA, betapa kuatnya ujian mereka. Terasa juga hati ini untuk bersama-sama meyebarkan keindahan Islam di bumi IPTA Malaysia. Tetapi hati ini lebih kuat untuk menimba ilmu terlebih dahulu, kerana pada pengamatanku, aku perlu faqihkan diri yang serba jahil ini.Aku tak sekuat sahabat2 di IPTA. Nak belajar pondok, ku punya ibu bapa yang terlalu memberi harpan mereka terhadapku untuk smabung ke IPTA. Aku berlapang dada dengan ujian yang Kau berikan ya Ilahi. Ku pohon pada Iahi dikuatkan kudrat mental dan jasmani untuk aku menimba ilmu di bumi UKM. Ditakdirkan pula, adik aku berjaya menyambung pelajarnnya ke USIM Nilai, Negeri Sembilan. Lagi lah mak aku mengaharapkan menyambung pelajaranku ke UKM.

Permusafiranku di perbukitan ilmu UKM ni sedikit menganggu fikiranku.Mana tidaknya, semasa aku blj di KIAS dulu, hanya 1 fakulti iaitu pengajian Islam dan dipecahkan kepada beberapa jabatan. Disini, banyak fakulti dan mad’u non muslim tiap-tiap hari aku berdepan. Satu suasana yang amat baru bagiku.Dengan ujian dari pihak atasan. Sekarang, pada detik ini, aku telah pun bergelar mahasiswi UKM, di mana aku tahu, di benak fikiran kebanyakan orang, mana-mana pelajar yang dapat menyambung pelajarnnya ke IPTA, dipandang hebat. Kalau IPTS, pondok..tidak hebat. Kenapa? ??Aku bertuah kerana tidak sempat merasa minggu orientasi. Allah maha memahami kudrat hambaNya. Alhamdulillah..

Hari-hari yang aku lalui tanpa sahabat-sahabat seperjunganku semasa di KIAS, amat meruntun jiwaku. Terasa lemah. Distulah aku mencari kekuatan semula. Aku pasti, aku tidak keseorangan di bumi UKM. Hari pertamaku, aku solat maghrib di surau Kajai. Sedih sangat. Tiada insan.Hancur hatiku bila aku tidak dapat solat berjemaah. Ya Allah, berilah aku kekuatan. Terus, wajah-wajah shabt-sahabt, murabbi ku, bi’ah solehah KIASku berlegar di mindaku.Ah, “Aishah, di mana pun kau berada, kau mesti bawa Islam.Allah sentaiasa bersama hambaNya yang selalu mengingatiNYA”.

Aku bersyukur, hari-hari yang berikutnya, ada juga shabt-sahabat yang mengimarahkan surau kolej. Disitulah aku mula mengenali mereka. Hm, ada sahabat dar jemaah tabligh, jemaah JIM, persatuan ISIUKM. Aku dapat rasakan betapa ni’matnya ukhuwwah yang disimpul dengan ikatan akidah. Non muslim pun baik2. Yang penting, aku kena selalu ingat, salah satu sifat da’ie ialah rahamh. Pandanglah mad’u kita dengan perasaan rahmah. Aku berkawan dengan semua orang. Malah kami aku sempat berusrah dengan mad’u2 yang ingin memahami Islam, yang sebelum ini, mereka menganggap orang yang bertudung bulat(labuh), berjubah tak nak “,masuk” denagn mereka. Ya, kadang-kadang, terfikir aku, lebih senagn kita berbincang kwan-kawan yang bukan dari Fakulti Pengajian Islam, lebih senang untuk mengajak pergi ke majlis2 ilmu, lebih senang di ajak untuk solat berjemaah. Kenapa ya? Mgkin, orang yang dari fakulti Pengajian Islam dah anggap sudah hebat, dah punya ilmu.Ya Allah, bantulah kami menggapai redhaMU.Kami beriadhah bersama, makan bersama, solat jemaah bersama. Bukan mudah untuk memulakn semua ini. Kerana aku syangkan mereka. Aku ingin sma2 mengecapi ni’mat iman dan Islam..


"islam untuk semua, indahnya Islam"

0 comments: