Saat Kemenangan Tiba
Album :
Munsyid : Ar-Ruhul Jadid
http://liriknasyid.com
Ketika api ghirah mujahid kian bergolak
Menyaksikan dunia islam nan telah terkoyak
Tak pantas diri biarkan ia merindu rasa
Jiwa terpanggil tergerak untuk membela
Langkah-langkah tegar mujahid nan kian mendekat
Menghadap siap tandingi para kufar terlaknat
Bayangan syurga yang dijanjikan Alloh semata
Berlomba mujahid tuk jadi penghuninya
Gelorakan semangat mujahid di medan tempur
Maju merangsek kedepan hingga musuh kan mundur
Maju hingga musuh tercaci dan lari terhina
Bersama pertolongan Alloh yang perkasa
Pekik suara takbir tlah terdengar membahana
Mampu membelah angkasa menyelami samudra
Pasukan mujahid berjuang tuk sebuah cita
Demi kemuliaan dinul islam yang jaya
Pengirim : Darojatun Nugraha
"islam untuk semua, indahnya Islam"
Selasa, 30 Disember 2008
Saat KEMENANGAN tiba
Posted by Siti Aishah Yusoff at 12/30/2008 07:07:00 PTG 0 comments
Sabtu, 6 Disember 2008
Salam eidul Adha
Inbox penuh dgn mesej2 peringatan untuk berpusa pada esko hari. Terdetik dalam hati, betapa indahnya ni'mat ukhuewah kerana Allah kerana saling mengingatkan, nasihat menasihati kerana Allah.
Di sini, ana mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam eidul adha kepada sahabt2 seperjuangan, kepada usrah khazinatul asrar (aida, sakinah ropien,sakinah naziman, sahila, syahida,azma, farehan, nusaibah, dan faeza). Moga eidul adha ini, mengingatkan, memuhasabahkan, mentajdidkan niat, memujahadahkan diri, memuraqabahkan diri dgn Allah yang Maha Agung.
Teringat ana semasa ana menghadiri kulaih Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada hari Jumaat lepas. Tok Guru mengingatkan bahawa kita kena selalu menggunakan kalendar Hijrah. Qiblat bukan hanya tempat solat, tp ia juga merangkumi dari sudut ekonomi, pemikiran dan sebagainya. Allah sebut sewaktu Allah sebut pasal Hjai, Allah minta Nabi Ibrahim laungkan suara dengan kuat supaya orang datang Haji.Manusia akan datang samada dengan berjalan kaki atau unta, supaya manusia dapat berbincang manfaat ummat Islam, dan yang ke dua haji(diminta korban).
Alangkah indahnya jika umat Islam berkumpul, bersatu fikran dan matlamt demi kemaslahatan ummat Islam, menyeru manusia suapay bertaqwa kepada Allah.Izzahkan islam di mata KUFFAR! Tiada matlamat lain dalam hidup melainkan MARDHATILLAH.semoga kita semua berada pada jalan yang benar.Allah ghayatuna!Al Jihad sabiluna!Al Qura'an dusturuna, Al Rasul Qudwatuna. ALLAHU AKBAR!
"islam untuk semua, indahnya Islam"
Posted by Siti Aishah Yusoff at 12/06/2008 08:56:00 PG 0 comments
QARINAH: perbezaan dari sudut syariah dan sivil
"islam untuk semua, indahnya Islam"
Posted by Siti Aishah Yusoff at 12/06/2008 07:57:00 PG 0 comments
Doa Rabithoh
Assalamualaikum w.r.t. Smg kita semua dibawa peliharaan rahmatNya..Doa rabitoh ni, ana tujukan pada semua sahabt2 seperjuangan. Tiada perjuangan tanpa pengorbanan...Dalam pjuangan,ada wk2 hati dan perasaan dikorbankan, ada kala diujui dengn kewangan, waktu study kita, wktu study group, waktu...Mg pengorbanan itu adalah lahir dari hati yang ikhlas berjuang kerana Allah, menyeru manusia untuk bertaqwa kepada Allah.Sia-sialah segala amalan kita seandainya "ikhlas"kita terpesong. Mujahadah, muhasabah, muraqabah...dan tajdid niat saya dan kita. "INNA AKRAMAKUM INDALLAHU ATQAKUM"
*ia dalam bentuk nasyid, oleh kump izzatul Islam.Nasyd ni da alam cerita Sang Murabbi.
Doa Rabithoh
Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dlm naungan cintaMu
Bertemu dlm ketaatan
Bersatu dlm perjuangan
menegakkan syariat dlm kehidupan
Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dlm ketaatan
Bersatu dlm perjuangan
menegakkan syariat dlm kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami dgn kurnia iman
dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela
Lapangkanlah dada kami dgn kurnia iman
dan indahnya tawakkal pdaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela
Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami (3x)
"islam untuk semua, indahnya Islam"
Posted by Siti Aishah Yusoff at 12/06/2008 07:13:00 PG 0 comments
Isnin, 10 November 2008
Semangat dan roh kebenaran
'BERSATULAH WAHAI KAUM MUSLIMIN DENGAN SEMANGAT DAN ROH KEBENARAN"
QuotLirik nasyid yang amat masyhur di kalangan kita pada hari ini,sudah tentu dapat membakar hamasah hamba-hambaNYA yang telah berjanji setia untuk hidup dan mati kerana Nya, yang telah mewaqafkan dirinya untuk Islam.Namun, dalam bergerak kerja, kadang-kadang kita lupa untuk menyemak kemabli atau mentajdid kemabali niat kita.
Kenapa pelu tajdid niat? Sebab " al iman yazid wa yanqus". Syaitan tak pernah lalai untuk melekakan hambaNYA.
Firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 39-40 yang bermaksud;
“Iblis berkata: Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku telah sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) dimuka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".
Ada segelintir daripada kita (aktivis mahasiswa)hari ini yang bersunguguh-sungguh bergerak kerja, penuh bersemangat, tetapi akhirnya kecundang di tengah jalan. Futur membelenggu. Kalau seeblum ni, kita dengar, bila grad, ramai yang futur ,semangatnya berkobar-kobar semasa di IPT, tetapi menyepi apabila grad. Ada juga, apabila berada di tahun akhir, perkataan “ana dah tahun akhir, ana nak tumpu pada study pula”. Dalam hal ini, orang yang mendengar dan orang yang melafazkan perkataan itu, kedua-duanya perlu berlapang dada(salamatus sadr). Bukan bererti kita terus berdiam diri, tapi, kita tetap berusaha untuk mencari jalan yang terbaik menyelesaiakan masalah ini dengan penuh hikmah, jika kita sayangkan sahabat kita. Mohon pada Allah, agar kita tetap terus berada di atas jalanNya, menegakkan yang ma’ruf, menegah yang munkar.
Buku karangan Dr Al Syed Mohd Noh,”Wabak Sepanjang Jalan’ menyatakan bahawa tahap futur yang paling rendah ialah malas, menangguh-nangguh, melengah-lengahkan dan tahap yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan.Antara sebab yang boleh berlakunya futur sebagaimana yang dinyatakan ialah sikap keterlaluan dan berlebih-lebihan dalam agama.
-insya Allah saya akan menyambung perbincangan ini pada masa kan datang, jika ada sebarang kesilapan, mohon teguran dari sahabat2.Sekadar perkongsian, semoga apa tidak sia-sia amalan kita.Semoga tidak tergolong dlam golongan orang yang "jahil murakkab".
"islam untuk semua, indahnya Islam"
Posted by Siti Aishah Yusoff at 11/10/2008 04:32:00 PG 0 comments
Ahad, 9 November 2008
Perkahwinan yang pasti...
PERKAHWINAN YANG PASTI
Wahai kawan-kawan ketahuilah satu perkara iaitu perkahwinan yang pasti dialami oleh setiap manusia yang bernyawa iaitu KEMATIAN.
Pada satu masa yang di tetapkan,
Kita pasti di risik,
pertunangan sejak azali,
di hujung hidup nanti,
berlangsung perkahwinan dengan maut,
hantarannya adalah sakit dan nazak,
tetamu yang datang menghadiahkan tangisan,
pengantin di mandikan,
dipakaikan baju yang putih,
wangian gaharu, cendana jadi pelamin,
pengantin bersanding sendirian,
di arak keliling kampung,
berkompang azan dan kalimah kudus,
akad nikahnya bacaan tahlil,
berwalikan liang lahad,
bersaksikan nisan-nisan,
siraman mawar keluarga terdekat,
malam pertama bersama kekasih yang dingin,
menuntut kata-kata dan janji yang pasti,
sebelum pernikahan
"islam untuk semua, indahnya Islam"
Posted by Siti Aishah Yusoff at 11/09/2008 03:35:00 PG 0 comments
Jumaat, 7 November 2008
nasyid muslimat aurat?
"ust, bukan ke suara kami bila bernasyid dipertontonkan muslimin,dikira aurat?"
"Dlam belajar takpe...dibolehkan.." balas pensyarahku.
Kepada sahabt-sahabat, teman-teman yang melayari blog saya, atau kawan-kawan yang sekelas dengAn saya, yang ditakdirkan utk kita sama-sama bernasyid(tapi saya "escape") saya mohon maaf kerana telah menyusahkan kalian. Sepatutnya, utk majlis hari kejadian, saya diamanahkan untuk menjadi pengerusi, tapi, saya di "asyikkan" dengan perjumpaan anak-anak kelantan tidak jauh dari tempat kejadian.Mohon maaf pada ustaz. Markah nasyeed semuanya 20 markah. Kalau siapa yang tak menyertai nasyid, akan dipotong markah.
Selepas kjadian, saya pergi jumpa dengan ustaz, dan mohon maaf apa yang saya lakukan. Sya lari dari majlis itu secara spontan apabila saya berasa amat tidak selesa dengan majlis itu. Mungkin kasar ayat saya, tapi, hati saya meronta apabial melihat sahabiah2 yang mendendangkn nasyid arab disakiskan oleh ikhwah. Sebelum kami berlatih nasyid, ana dah nyatakn pendirian pada sahabt2, tapi, mgkin ana kurang hujah, dan jahil. Tapi di akhir perjumpaan dalam latihan, saya menyebut, jangan mengharapkan saya datang ke majlis itu. Mgkin mereka sangkakan saya bergurau. Ya mungkin, sebbab dalam hati ini, ada juga sedikit perasaan inginkan 20 markah itu. Bagi saya, 20 markah amat banyak.Saya tetap menghadirkan jasad saya ke majlis itu, tapi, hati saya tidak ada disitu."Ya Allah, kuatkan hambaMu yang lemah ini". Ku pohon pada Allah. Akhirnya, saya keluar dari majlis itu menuju ke masjid tanpa disedari oleh sahabt-sahabat saya.
Saya harap artikel yang saya 'copy' ini, dapat member penjelasan kepada kita.Moga kita sentiasa di payungi Rahmat dan Redha ILAHI.
-pada sahabt2 yang inign berkongsi ilmu, tafaddhal. Saya berharap, FPI mampu menjadi contoh pada yang lain, bukan sekadar mengikut arus.
"islam untuk semua, indahnya Islam-
Posted by Siti Aishah Yusoff at 11/07/2008 09:02:00 PG 0 comments
Bolehkah muslimat berdakwah melalui Nasyeed?
Bolehkah Wanita Berdakwah
Melalui Nashed ?
Teks yang ditambah berwarna marron di bawah
Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Umat Islam terutamanya para muda mudi amat memintai muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.
Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.
Saya akan menulis lanjut tentang hal ini kemudian, InshaAllah. Dalam penulisan ini, saya ingin mengajak pembaca melihat peranan kaum wanita muslimah dalam industri nasheed ini. Adakah ianya halal atau sebaliknya?
Suara Wanita
Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaitu
أنَّ رسول الله ـ صلَّى الله عليه وسلَّم ـ قال: "يا معشر النساء تصدقن وأكثرن الاستغفار؛ فإنِّي رأيتكنَّ أكثر أهل النار، فقالت امرأة جزلة منهنَّ: وما لنا يا رسول الله أكثر أهل النار؟ فقال: تكثرن اللعن، وتكفرن العشير"..
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim)
Saya bukan ingin mengulas isi kandungan hadith itu, tetapi ingin membawakan bukti bahawa suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat. Pertanyaan secara langsung wanita itu membuktinya. Selain hadith ini, banyak lagi hadith-hadith lain yang membuktikan suara wanita bukan aurat.
Hasilnya, pandangan terkuat dalam mazhab Hanafi, yang muktamad dalam Maliki, Syafie dan Hanbali menganggap suara wanita bukanlah aurat.
Berubah Menjadi Aurat
Bagaimana hukum jika seorang wanita itu melembut dan memanjakan suara di hadapan lelaki bukan mahram?.
Inilah perbincangan saya.
Tidak dapat dinafikan lagi jika demikian keadaannya, sudah tentu ia diharamkan oleh Islam.
"eh ustaz, sedapnya suara wanita tadi ye" kata seorang rakan saya
" yang mana satu ni?" Tanya saya sambil cuba mengingat kembali.
"ala, yang sekali meeting dengan kita tadi le" katanya menjelaskan.
"Sedap macam mana tu" tanya saya menduga
"ish..naik le bulu roma saya dan kalau boleh nak dengar tiap-tiap hari suara dia, astaghfirullah, eh.. dosa ke ustaz, suara bukan aurat kan ?" katanya sambil tersenyum kambing.
Bayangkan bagaimana keterlanjuran kata oleh siswa ini di hadapan saya. Wanita perlu mengetahui betapa lemahnya lelaki di hadapan mereka. Lelaki secara umumnya (kecuali yang punyai keimanan yang hebat) memang mudah tergoda dengan suara merdu wanita walaupun wanita itu tidak langsung berniat untuk menggoda. Maka apatah lagi jika di ketika ia memang berniat untuk menggoda.
Saya masih ingat satu ketika di satu universiti, satu mesyuarat sedang berjalan. Saya mempengerusikan mesyuarat.
Suasana agak biasa, sehinggalah tiba-tiba seorang mahasiswi memberikan pandangannya kepada satu isu yang sedang dibincangkan.
Walaupun mahasiswi itu berada di belakang tabir, tetapi oleh kerana suaranya yang lembut dan lemak gemalai secara semulajadi ( bukan sengaja dibuatnya), semua mahasiswa yang tadinya seperti mengantuk menjadi cergas dan terbeliak mata sambil berubah wajah seperti malu-malu serta cukup tekun mendengar setiap butiran ayat yang keluar dari mahasiswi itu.
Entah apa yang merasuk mereka..
Habis meeting, seorang dari mereka menyapa saya lalu berkata :
"sapa tadi ye ustaz, siswi tadi tu"
"siswi mana" tanya saya
"ala yang suara merdu tu, apa namanya ye ustaz..ehem ehem, terpikat juga saya dengar suaranya" tegaskan tanpa malu-malu
Cuba lihat apa yang terjadi, hanya dengan suara tanpa melihat rupa pun sudah boleh meruntun hati seseorang siswa yang mengaji agama di universiti, apatah lagi jika siswa yang mengaji rempitan di jalanraya. !
Teringat Di Jordan
Saya juga teringat satu hari, ketika saya samapi ke satu universiti untuk memberikan ceramah, ketika itu agak kecoh siswa di sana berkenaan satu vcd nashid kumpulan wanita yang baru sampai dari Malaysia. Saya mendengar bahawa terdapat beberapa bakal-bakal ustaz ini yang berebut-rebut untuk melihat dan mendengarnya. Apabila saya bertanya lanjut tentang hal ini kepada seorang pemimpin mahasiswa, rupanya vcd itu begitu popular kerana penashidnya terdiri dari kalangan anak-anak gadis yang 'ada rupa' serta 'solehah'. Hmm solehahkah mereka ...?
Pinjam meminjam pun berlaku dengan hebatnya di kalangan mahasiswa, ada juga yang men 'copy' ke komputer masing-masing. Kemudian timbul aduan dari salah seorang mahasiswa soleh kepada saya bahawa terdapat mahasiswa yang amat asyik dan mengulang-mengulang vcd tersebut.
Lihatlah kesannya, adakah ini dakwah ?..baca sampai ke habis, inshaAllah akan mendapat jawapannya.
Amaran Allah
Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-
فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً
Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)
Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )
Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)
Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nasheed wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah harus.
Suara Wanita Ketika Beribadah
Displin Islam dalam hal ini boleh dilihat dari perkara di bawah ini :-
1) Ingin Menegur Imam semasa solat,
Jika kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa rakaat dan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam dengan menggunakan tepukan sahaja.
Hadithnya :-
فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من رابه شيء في صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما التصفيق للنساء "
Ertinya : Berkata Rasulullah SAW , mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk apabila ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya. Hendaklah kamu ( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya untuk wanita" ( Riwayat Al-Bukhari, no 652)
Arahan nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjaga suaranya dari memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul qadir, 3/281 ; Al-hawi al-Kabir, 9/17)
2) Wanita dan azan
Imam al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut bahawa ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas)
Demikian juga pandangan mazhab Syafie dan hanbali, dan tidak diketahui ada yang bercanggah pendapat dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, ( Al-Mughni, 2/68 )
3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar.
Sudah tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi mereka tidak dibenarkan mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu terdapatnya para lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-Mughni , Ibn Quddamah)
Imam Ibn Hajar berkata : "jika dikatakan bahawa sekiranya wanita menguatkan bacaannya di ketika solat maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang ada asasnya" (Fath Al-Bari, 9/509 )
Jelas bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabila melibatkan soal ibadah hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi menggangu ibdaaha wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang lemah ini. Kerana itu disebutkan
فرع : صرّح في النوازل بأنّ نغمة المرأة عورة..ولهذا قال عليه الصلاة والسلام : ( التسبيح للرجال والتصفيق للنساء ، فلا يحسن أن يسمعها الرجل . )
Ertinya : Ditegaskan bahawa suara wanita yang dilagukan adalah aurat ..kerana itu Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya tasbih untuk lelaki , dan tepukan khas untuk wanita, maka tiada harus didengari ‘tasbih' wanita oleh si lelaki" ( Syarh Fath Al-Qadir, 1/206 )
4) Suara wanita dan talbiah Haji
Ijma ulama bahawa wanita tidak mengangkat suaranya kecuali hanya setakat didengari olehnya sahaja, demikian pendapat Ato', Imam Malik, Syafie, Hanafi Awzaie ( AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah, 5/16 )
Kesimpulan
Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :-
1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam ; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki (Al-Jami' Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156 ; ‘Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu', Ibn Al-Mufleh, 1/372 )
2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma'. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)
Maka kumpulan nashid wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang kedua tanpa khilaf. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.
Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih. Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata. Apatah lagi kumpulan nashid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar.
" tapi ustaz, inikan alternative untuk mereka yang suka tengok penyanyi wanita yang seksi..eloklah mereka tengok kami" mungkin ini sebahagian pertanyaan penyokong kumpulan nashid wanita.
Jawapnya, benda yang haram tidak boleh dialternatifkan dengan yang haram juga.
Sebagaimana di sebut oleh dalil :-
إِنَّ اللَّهَ عز وجل لاَ يمحوا السيء بالسيء وَلَكِنْ يَمْحُو السيء بِالْحَسَنِ إِنَّ الْخَبِيثَ لاَ يمحوا الْخَبِيثَ
Ertinya : " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal) Sesungguhnya yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor" ( Riwyaat Ahmad, 1/387 : Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya khilaf ; Majma' Az-Zawaid, 10/228 )
Justeru, tidak boleh menggantikan penyanyi wanita seksi itu dengan penyanyi nashid wanita. Kerana kedua-duanya haram buat si lelaki bukan mahramnya.
Jangan pula ada yang mendakwa kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allah tidak akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa boleh mengatakan ia sengaja minum arak kerana ingin mendakwah rakanya bahawa arak itu buruk.
Nabi SAW bersabda :
إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم
Ertinya : "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNya" ( Riwayat Al-Bukhari )
Hadith ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh Allah SWT untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat dalam perkara yang diharamkanNya. ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 )
Demikianlah dakwah dan pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akan menjadinya perkara yang diharamkanNya (melembutkan suara hadapan bukan mahram) sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah untuk komersial dan mengaut untung sahaja.
Setiap hasil untung dari jualan kaset nashid wanita dewasa ini juga tidak lain kecuali hasil yang haram menurut sepakat ulama mazhab. Kecuali jika ia khas untuk wanita dan dijual secara tertutup di majlis wanita sahaja. Persembahan juga untuk kaum wanita.
Sedarilah kumpulan nashied wanita dan penyanyi wanita yang mendakwa dakwah melalui nashid anda..Ia pasti tidak kan berjaya, usaha itu juga pastinya tidak diterima oleh Allah SWT berdasarkan dalil-dalil yang diberi.
BANTAHAN KEPADA ARTIKEL
Apabila tulisan ini mula disebar luaskan, maka terdapat suara-suara penyokong nashid wanita yang cuba mengharuskan tindakan mereka dengan memberikan satu hadith berkenaan dua orang hamab wanita yang mempersembahkan nyanyian kepada Aisyah r.a di rumah Nabi SAW.
Hadith ini adalah seperti berikut :-
عن عَائِشَةَ رضي الله عنها قالت دخل أبو بَكْرٍ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ من جَوَارِي الْأَنْصَارِ تُغَنِّيَانِ بِمَا تَقَاوَلَتْ الْأَنْصَارُ يوم بُعَاثَ قالت وَلَيْسَتَا بِمُغَنِّيَتَيْنِ فقال أبو بَكْرٍ أَمَزَامِيرُ الشَّيْطَانِ في بَيْتِ رسول اللَّهِ وَذَلِكَ في يَوْمِ عِيدٍ فقال رسول اللَّهِ يا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا
Ertinya : Dari ‘Aisyah r.a berkata : Abu Bakar ( bapa Aisyah r.a ) masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu'ath , lalu asiyah berkata : Mereka berdua bukanlah penyanyi, Berkata Abu Bakar r.a : " Adakah seruling Syaitan di rumah Rasulullah SAW? Maka Rasul berkata : WAhai Abu Bakar, ini adalah hari raya, Bukahri , 1/335
Dalam riwayat lain :
عن عَائِشَةَ قالت دخل عَلَيَّ رسول اللَّهِ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ تُغَنِّيَانِ بِغِنَاءِ بُعَاثَ فَاضْطَجَعَ على الْفِرَاشِ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ وَدَخَلَ أبو بَكْرٍ فَانْتَهَرَنِي وقال مِزْمَارَةُ الشَّيْطَانِ عِنْدَ النبي فَأَقْبَلَ عليه رسول اللَّهِ عليه السَّلَام فقال دَعْهُمَا
ُErtinya : "dari ‘Aisyah, Rasulullah SAW masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu'ath, maka baginda terus baring dan memalingkan wajanya, maka masuk pula Abu Bakar r.a lalu menegurku sambil berkata, adakah seruling syaitan di sisi nabi SAW, maka nabi terus mendapatkannya lalu berkata : Biarkannya"
Secara ringkas, hujjah untuk mengatakan terdapat percanggahan atau harusnya nashid wanita dengan dalil ini adalah tersasar dari kebenaran kerana :-
1) Ia dipersembahkan oleh hamba wanita. Maka hukum hamba adalah berbeza dengan hukum wanita merdeka dalam banyak hukum fiqh.
2) Dua orang jariah itu digambarkan dalam banayak riwayat lain sebagai bukan penyanyi khas, yang pandai menyanyi dengan teknik menyanyi yang dikenali dengan melembutkan suara, memerdu dan melunakkannya sebagaimana penayanyi profesional. Ini disebutkan melalui nas
"وليستا بمغنيتين"
Imam An-Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqolani mentafsirkannya sebagai :-
معناه ليس الغناء عادة لهما ولا هما معروفتان به
Ertinya : Maknanya, ia bukanlah nyanyian yang biasa digunakan pada masa itu, dan keduanya juga tidak dikenali pandai menyanyi (Nawawi, Syarh muslim, 6/182 : fath Al-Bari, 2/442)
3) Rasulullah juga digambar tidak turut serta menikmatinya tetapi hanya membiarkannya dinikmati oleh ‘Aisyah. Ia juga adalah di dalam rumah Nabi Saw dan bukan di khlayak ramai. Imam An-Nawawi mengulas bahawa Nabi juga disebut berpaling wajah :-
وإنما سكت النبي عنهن لأنه مباح لهن وتسجى بثوبه وحول وجهه اعراضا عن اللهو ولئلا يستحيين فيقطعن ما هو مباح لهن
Ertinya : Nabi senyap dari tindakan itu kerana ia harus BAGI WANITA, dan nabi MENUTUP DENGAN PAKAIANNYA dan berpaling wajah darinya sebagai menajuhi perkara melalaikan" ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 6/183)
4) Takrif ‘Jariah' selain bermaksud hamba, ia juga digunakan untuk kanak-kanak wanita belum baligh. Sebagaimana disebut oleh Imam al-Aini & Imam As-Suyuti :-
قوله جاريتان تثنية جارية والجارية في النساء كالغلام في الرجال ويقال على من دون البلوغ
Ertinya : Dua orang jariah : disebutkan bagi mereka yang dibawah umur baligh ( Umdatul Qari, 6/269)
قوله جاريتان الجارية في النساء كالغلام في الرجال يقعان على من دون البلوغ
Ertinya : Jariah untuk wanita, ghulam panggilan untuk lelaki yang keduanya digunakan untuk mereka yang di bawah umur baligh. (Sindi, 3/194 : Syarhu As-Suyuti li sunan An-Nasaie, 3/197 )
Hal ini juga disebut di dalam Awnul Ma'bud :-
لأنهما جاريتان غير مكلفتين تغنيان بغناء الأعراب
Ertinya : kerana mereka berdua belum mukallaf ( belum baligh) lalu mereka menyanyikan lagu-lagu a'rab ( Awnul Ma'bud, 13/181)
Justeru, apa lagi hujjah yang boleh diguna untuk mengharuskannya?. Dharurat atau maslahat?..lupakan sahaja.
"islam untuk semua, indahnya Islam"
Posted by Siti Aishah Yusoff at 11/07/2008 08:24:00 PG 0 comments
Jumaat, 31 Oktober 2008
Hadafku
Hadafku..(luahan penulis semasa sepanjangsebulan berada di Kolej Kajai)
“knp enti tak jd gi mesir?’Pak Suli yg ku anggap murabbiku bertanya dengan penuh kelembutan bagai seorang bapa dengan anak.
“Ana dah istikharah ust…”jwpn yg paling ringkas ku berikan kepada murabbi. Aku tahu, pada riak wjah murabbi ini, terbayang kekecewaan.
“Ana mintk maaf ust. Ana yakin dgn keputusan kali ini.
Ust, ana nk mintak KUIN.
Dipendekkan cerita, akhirnya aku ditakdirkan di KUIN.Aku bahagia berada I KUIN. Pensyarah arab. Tetap juga suasana islamik.Aku tahu, dibenak fikiran mak abah aku, sudah pasti mereka amat mengharapkan aku dapat menyambung ijazahku di IPTA tempatan. Pada hari yg ke empat, kawan abikku iffah, menelefonku. Dia menyampaikan ucapan tahniah kerana aku berjaya ke UKM. Aah…knp pada saat ini?saat aku bahagia bersama sahabt-sahabt menimba ilmu di bumi kedah ini.
“Pah, saya rasa saya akan tetap b’ada di KUIN. Sy tak nak belajar di UKM”
“knapa syah?kan ini harapan mak abah awak. Sejak KITA DI kias lagi mereka amat mengharpkan awak dapat menyambung di IPTA. Bukan IPTS atu KUIN. “
Tkpa la pah, walaupun KUIN adalah kolej, dan blm lg mndpt pengiktirafan LAN, saya rasa bahagia belajar di sisni. Sya tahu, bila sya b’ada di UKM, saya tak akan merasai suasana mcmni lagi. “
Suka hati awak lah.
Ifah sahabtku yg paling memahami diriku. Tetapi pd kali ini, knp dia tdk memahami.
Slps aku menerima berita itu, rambutku bagai ditarik2. Hilang terus mood aku. Apa yg perlu aku bgtau mak dan abah aku. Semua ahli bilikku hairan dengan aku. Bila aku bgtau perkara yg sbnr, mereka memujukku agar tidak pergi ke UKM.
Ya Allah….berilah aku petunjuk.,Aku tidak boleh untuk solat istikharah pada masa itu. .
Ku banyakkan istighfar.Ku puhon ketenangan dariMu Ya Allah.
Tiba..trit…trit…Bunyi handphoneku.
“Assalamualaikum…mak sihat?”
W’salam…alhamdulillah..”
“Kak, td ifah telefon, dia kata kak berjaya ke UKM. Tp tak nk smbung sana, betul ke?”
“hmmm….a’ah mak.”
“Mak dah tny pendapat kwn2 mak…mrk kata lbh baik kak sambung ke UKM.Lagipun, perjuangan kak bukannya bleh di KUIN, di mana2 pun kita bleh berjuang. Lagi pun, KUIN tak dapat pengiktirafan JPA lagi..”
Mak aku amat arif perasaan dan naluriku. Ya Allah, tiada niat dalam hati ini untuk berdepan dengan musuh. Tpi, bila aku dengar luahan sahabt-sahabt seperjuanganku yang berada di IPTA, betapa kuatnya ujian mereka. Terasa juga hati ini untuk bersama-sama meyebarkan keindahan Islam di bumi IPTA Malaysia. Tetapi hati ini lebih kuat untuk menimba ilmu terlebih dahulu, kerana pada pengamatanku, aku perlu faqihkan diri yang serba jahil ini.Aku tak sekuat sahabat2 di IPTA. Nak belajar pondok, ku punya ibu bapa yang terlalu memberi harpan mereka terhadapku untuk smabung ke IPTA. Aku berlapang dada dengan ujian yang Kau berikan ya Ilahi. Ku pohon pada Iahi dikuatkan kudrat mental dan jasmani untuk aku menimba ilmu di bumi UKM. Ditakdirkan pula, adik aku berjaya menyambung pelajarnnya ke USIM Nilai, Negeri Sembilan. Lagi lah mak aku mengaharapkan menyambung pelajaranku ke UKM.
Permusafiranku di perbukitan ilmu UKM ni sedikit menganggu fikiranku.Mana tidaknya, semasa aku blj di KIAS dulu, hanya 1 fakulti iaitu pengajian Islam dan dipecahkan kepada beberapa jabatan. Disini, banyak fakulti dan mad’u non muslim tiap-tiap hari aku berdepan. Satu suasana yang amat baru bagiku.Dengan ujian dari pihak atasan. Sekarang, pada detik ini, aku telah pun bergelar mahasiswi UKM, di mana aku tahu, di benak fikiran kebanyakan orang, mana-mana pelajar yang dapat menyambung pelajarnnya ke IPTA, dipandang hebat. Kalau IPTS, pondok..tidak hebat. Kenapa? ??Aku bertuah kerana tidak sempat merasa minggu orientasi. Allah maha memahami kudrat hambaNya. Alhamdulillah..
Hari-hari yang aku lalui tanpa sahabat-sahabat seperjunganku semasa di KIAS, amat meruntun jiwaku. Terasa lemah. Distulah aku mencari kekuatan semula. Aku pasti, aku tidak keseorangan di bumi UKM. Hari pertamaku, aku solat maghrib di surau Kajai. Sedih sangat. Tiada insan.Hancur hatiku bila aku tidak dapat solat berjemaah. Ya Allah, berilah aku kekuatan. Terus, wajah-wajah shabt-sahabt, murabbi ku, bi’ah solehah KIASku berlegar di mindaku.Ah, “Aishah, di mana pun kau berada, kau mesti bawa Islam.Allah sentaiasa bersama hambaNya yang selalu mengingatiNYA”.
Aku bersyukur, hari-hari yang berikutnya, ada juga shabt-sahabat yang mengimarahkan surau kolej. Disitulah aku mula mengenali mereka. Hm, ada sahabat dar jemaah tabligh, jemaah JIM, persatuan ISIUKM. Aku dapat rasakan betapa ni’matnya ukhuwwah yang disimpul dengan ikatan akidah. Non muslim pun baik2. Yang penting, aku kena selalu ingat, salah satu sifat da’ie ialah rahamh. Pandanglah mad’u kita dengan perasaan rahmah. Aku berkawan dengan semua orang. Malah kami aku sempat berusrah dengan mad’u2 yang ingin memahami Islam, yang sebelum ini, mereka menganggap orang yang bertudung bulat(labuh), berjubah tak nak “,masuk” denagn mereka. Ya, kadang-kadang, terfikir aku, lebih senagn kita berbincang kwan-kawan yang bukan dari Fakulti Pengajian Islam, lebih senang untuk mengajak pergi ke majlis2 ilmu, lebih senang di ajak untuk solat berjemaah. Kenapa ya? Mgkin, orang yang dari fakulti Pengajian Islam dah anggap sudah hebat, dah punya ilmu.Ya Allah, bantulah kami menggapai redhaMU.Kami beriadhah bersama, makan bersama, solat jemaah bersama. Bukan mudah untuk memulakn semua ini. Kerana aku syangkan mereka. Aku ingin sma2 mengecapi ni’mat iman dan Islam..
"islam untuk semua, indahnya Islam"
Posted by Siti Aishah Yusoff at 10/31/2008 03:25:00 PG 0 comments
Hadis
حديث حذيفة بن اليمان رضى الله عنه قال : كان الناس يسألون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسأله عن الشر مخافة أن يدركني فقلت يا رسول الله إنا كنا في الجاهلية وشر فجاءنا الله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير شر قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت وما دخنه قال قوم يستنون بغير سنتي ويهدون بغير هدي تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك الخير من شر قال نعم دعاة على أبواب جهنم من أجابهم إليها قذفوه فيها فقلت يا رسول الله صفهم لنا قال نعم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول الله فما ترى إن أدركني ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وإمامهم فقلت فإن لم تكن لهم جماعة ولا إمام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وأنت علىذلك
Maknanya: Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?
Rasulullah menjawab: Ya.
Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu?
Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. A
ku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?
Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya.
Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?
Rasulullah menjawab: Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka itu.
Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.
Rasulullah manjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.
Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu?
Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.
Aku bertanya lagi: Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin?
Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian
"islam untuk semua, indahnya Islam"
Posted by Siti Aishah Yusoff at 10/31/2008 02:10:00 PG 0 comments
Khamis, 30 Oktober 2008
Air mata seorang naqib
Luahan ni diberi oleh sabhat saya melalui emailnya semasa saya belajar di bumi KIAS Nilam Puri Kelantan.Khas untuk naqib/ah dan anak2 usrah di KIAS dan UKM-(khazinatu asrar).Smg ukhhuwwah kerana Allah yang diikat denagan ikatan akidah ini di rahmati Allah.
Air Mata Seorang Naqib
Kita sama-sama masih teringat ketika kita mula-mula
bertemu.
Tidak ada yang lebih berbahagia di dalam hati
ini selain melihat wajah-wajah ceria pelajar-pelajar
baru yang begitu bersih dapat menjejakkan kaki ke
sebuah pusat pengajian Islam. Memang ayah bonda
menginginkan suatu yang terbaik buat mu. Mahukan
engkau
menjadi orang yang terpelajar dan berguna kepada
mereka, kepada agama dan kepada negara.
Ketika hari pendaftaran, kami sama-sama menjengah diri
melihat muka-muka kalian. Kalian adalah ibarat
rahmat kepada kami kerana dari kaliannya kami mendapat
ketenangan dan kesejukan hati. Bagaimana..? akan
kami ceritakan segala-galanya nanti!Kemudiannya
kalian di heret ke sana kemari dengan minggu
pengenalan.
Kalian didedahkan dengan apa yang ada ditempat
belajar yang baru ini. Moga kalian dapat berta’aruf
dengan
cepat di alam baru ini. Kalian bersolat jamaah dan
berma’thurat sama-sama. Kalian di dudukkan di dalam
LDK dan kalian akhirnya menjejakkan kaki ke malam
terakhir pengenalan. Kami masih mengintai-ngintai
kalian.
Bukan wajah dan gaya… tetapi watak dan budi. Manakah
di antara kalian
yang akan bersama kami? Manakah di kalangan kalian
yang akan mewarisi jejak kami? Memang kami mengentahui
dan menyedari.. kalian datang dengan keinginan yang
berbeza. Ada yang ingin mendapat segulong sijil yang
nantinya akan dipersembahkan kepada ibu dan ayah. Ada
yang tertolak kerana ayah dan ibu menghendaki
demikian.
Kami faham itu semua… dan itu semua tidak langsung
penting bagi kami.
Kalian didudukkan di dalam usrah-usrah akhirnya. Kita
sama-sama saling mengenal, mendengar dan memberi.
Bercerita dan membaca. Berbincang dan bermesra.
Bukankah itu satu titik permulaan yang indah dalam
pengalaman hidup kita? Kita kemudian bertemu lagi
dalam tamrin dan dauroh. Duduk dan mendengar..
makan dalam dulang bertemu kepala. Kemudiannya tidur
diatas lantar tanpa hamparan. Kesemuanya menjadi
detik manis dan kenangan yang mungkin sukar
dilupakan. Dari situlah kesemuanya bermula… Kami
memerhati
dan cuba mengenal. Siapakah dari kalangan kalian yang
sudi untuk bersama lebih memahami apa yang sedang
kami fikirkan? Kami hanya ingin mengongsi beban yang
sedang kami cuba pikulkan selama ini.
Kami faham ianya begitu berat dan tidak mampu
ditanggung oleh hanya dua tiga kerat manusia yang
lemah
seperti kami. Bebannya berat dan perjalanannya
panjang. Hasilnya belum tentu diperolehi di masa
terdekat.
Kami berfikir dan berfikir … bagaimanakah cara
terbaik untuk mengenali siapa dari kalian yang
berminat. Kami
adakan usrah… kami adakah tamrin dan kami adakan
dauroh.. kami adakan mukhayyam… dan entah apa lagi.
Semuanya adalah kerana cuba mengenali kalian..
disamping untuk memberi sedikit sebanyak kesedaran dan
ilmu.
Akhirnya … Kami telah dikurniakan Allah dengan kalian.
Kalian menampilkan diri dengan semangat dan
kesediaan untuk bersama. Kami begitu gembira. Kami
tidak meminta kalian berbuat demikian. Sedikitpun
tidak ingin memaksa. Kami hanya membuka jalan dan
peluang setelah memberi kesedaran sedikit sebanyak.
Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmatNya kepada
kita.
Bermulalah satu episod baru dalam hidup kita. Mungkin
kita masih ingat kita mula menjejakkan kaki ke alam
baru..
fikrah baru dan ikatan baru. Kalian telah berjaya
memujuk hati kalian untuk bersama dalam gerombolan
ini.
Gerombolan yang ingin untuk melihat dunia berubah ke
arah Islam. Kita mula tangkas melayari perjalanan yang
sengit ini.
Kita cuba menumpaskan nafsu yang kadangkala
mengganggu dengan cerita indahnya hidup relaks dan
seronok.
Tapi kalian telah berjaya menolak itu semua. Walaupun
kawan dan teman lain telah lama dibuai mimpi,
kaliankadangkala masih termangu di hadapan kami..
menadah buku dan sedikit risalah. Segalanya hanya
untuk memahami Islam yang masih banyak yang perlu
dipelajari. Kadangkala teman seronok dihadapan cerita
TV dan VCD,
tetapi kita menolaknya itu semua.. kerana masa amat
berharga bagi kita untuk dibazirkan pada itu semua.
Kadangkala kawan-kawan enak tidur ditilam empuk
asrama, tetapi kita terpaksa berjaga malam dimukhayyam
hanya semata-mata untuk melatih diri bagaimana
indahnya dapat berkorban untuk sahabat yang sedang
tidur di lantai bumi
.Betapa banyaknya pengalaman yang kalian telah lalui
bersama kami !
Kami cuba memberi apa yang kami terdaya.
Segala-galanya adalah untuk menjadikan kalian orang
yang
bermanfaat untuk Islam. Kami merasa kasihan kepada
Islam yang masih menagih cinta dan pengorbanan dari
penganutnya.
Islam masih terumbang ambing dicampak dan diheret oleh
manusia liar. Islam yang sepatutnya tinggi masih
digilis-gilis dan dipijak ganas untuk manusia zalim.
Siapa yang ingin membelanya?
Siapa yang akan meletakkannya ke tempat paling tinggi
yang sepatutnya.
Inilah yang kami cuba lakukan. Alhamdulillah, kalian
mula sedikit demi sedikit memahami apa yang kami ingin
kongsikan.
Walaupun kami kadangkala tidak dapat berehat
sebagaimana orang lain… tetapi ketenangan mula
menjenguk..
ketika melihat kalian mula faham dan mula melangkah.
Denyut nadi perjuangan kalian yang mula bergerak-gerak
sudah cukup menggembirakan kami… lebih gembira dari
sang musafir yang terjumpa kembali untanya yang hilang
di
padang pasir !
Tentu kalian masih ingat itu semua. Kalian bagi kami
adalah lebih mahal dari dunia dan isinya.
Kalianlah sumber pahala kami di zaman ketandusan
pahala dan bermaharajanya dosa dan maksiat.
Bukankah ‘Allah memberi petunjuk seorang manusia
dengan hasil usahamu adalah lebih baik dari dunia dan
isinya’?.
Kerana itu
kalian semua lebih mahal bagi kami dari segala harta.
Mungkin dari situlah kalian dapat faham, bagaimana
susahnya
kami kerana menjaga kalian. Betapa banyaknya
harta yang kami curahkan kerana kalian. Betapa kami
terpaksa melupakan masa rehat dan hujung minggu untuk
kalian.
Betapa kami sudah tidak mempunyai apa-apa lagi yang
dapat kami berikan kepada kalian semua… semuanya telah
diberikan.
Mungkin sekarang kalian telah dapat fahami. Kerana
kalian lebih berharga dari dunia dan isinya !
Sukar kami menceritakan ini semua… terpaksa dan semoga
ianya menjadi pedoman untuk kalian juga.
Bahawa hidup seorang yang tahu di mana Islam berada
sekarang tidak memungkinkannya sempat membina istana
dan mahligai.
Tidak memungkinkannya bergembira di setiap hujung
minggu dengan anak isteri.
Tidak mungkin berpeluang untuk menikmati hari-hari
perlancongan dan santai tanpa matlamat dakwah.
Tidak mungkin berenak dengan kenderaan besar dan
mewah. Bagaimana ia boleh berbuat demikian sedangkan
Islam
masih menunggu pendokong yang akan menyelamatkannya?
Kerana memahami itu semua, kami wakafkan diri kami
untuk kalian. Biarlah manusia lain dengan dunianya..
namum kita tenang dan gembira dalam alam kita sendiri.
Walaupun orang lain melihat kita
dalam kesukaran dan kesusahan hidup, namum itulah
kebahagian kita ! Matlamat kami..
melahirkan kader-kader yang akan
bekerja untuk Islam. Keinginan kami.. apabila kalian
telah melangkah keluar dari sini..
kalian telah menjadi manusia muslim baru yang membawa
bersama-sama obor yang akan menyuluh
tempat-tempat yang masih gelap di pelusuk sana.
Itulah sahaja matlamat dan cita-cita kami.
Kami tidak mampu memberi kalian kerja yang bergaji
mahal. Kami tidak sanggup menjanjikan
jawatan selepas kalian keluar. Itu semua adalah suatu
yang kerdil bagi
kami. Ianya mampu dicari oleh sesiapa walau bagaimana
keadaannya sekalipun. Yang lebih penting dari itu
semua ialah kami tidak mahu kalian tenggelam di dalam
kancah dunia yang sedang bergelumang dengan
materialisma yang tidak mampu diharungi oleh manusia
biasa.
Kerana itulah kami cuba bekalkan kepada kalian dengan
kekuatan dan kefahaman. Lebih dari itu,
kami mahukan kalian menjadi manusia yang akan membawa
manusia lain untuk bersama-sama dalam perjuangan
kita yang masih panjang.
Kami cuba sedaya upaya untuk mengajak kalian memahami
bahawa apa yang kita buat ini bukan kerana tempat
belajar kita. Bukan kerana wajib atau ingin menjaga
hubungan dengan pensyarah. Bukan kerana markah atau
prestasi.
Kami cuba memotong tali-tali yang mengikat kalian
dengan itu semua. Kami membawa kalian ke luar sana…
berjumpa
dengan mereka yang telah mendahului kita di atas
jalan ini. Melangkah ke luar negara.. berjumpa dan
mengambil
pengalaman mereka. Mereka semua adalah se jalan dengan
kita.. berjuang menegakkan fikrah yang sama!
Perit letih kami tidak sia-sia. Kalian mula melangkah
ke garisan-garisan akhir bersama kami dengan sabar dan
tekun.
Kalian langsung tidak menunjukkan rasa jemu dan
bosan. Walaupun telah ada dikalangan kalian yang telah
kecundang
setelah beberapa lama, namum kalian masih thabat
teguh. Kalian mula faham bahawa kerja kita perlukan
disiplin
yang tinggi. Kerja kita perlukan jamaah dan ketaatan.
Kerja kita perlukan syura dan perbincangan dengan
naqib/naqibah
yang telah begitu lama memimpin tangan kita sejak
kita masih bertatih-tatih di permulaan perjalanan.
Kerja
kita memerlukan kita tidak putus dan bersama dengan
jamaah di mana saja kita berada. Di saat berpisah,
itulah harapan kami. Gembiranya hati kami melepaskan
kalian menuju ke destinasi masing-masing.
Betapa inginnya hati kami untuk mendengar deringan
telefon dari kalian.. menceritakan pengalaman
baru kalian di kampung dan kawasan masing-masing..
setelah mendapat title baru bergelar
‘DA’I’. Betapa tak sabarnya kami ingin menatap tulisan
dari kalian .. bercerita bagaimana kalian telah mula
mengumpul mad’u-mad’u baru ditempat kalian. Betapa
gembiranya kami nantinya mendengar kalian mula ke
sana-kemari
mengikuti program bersama ikhwah dana khawat di
tempat baru kalian. Kami tidak dapat bayangkan
bagaimana gembiranya
hati kami bila mendengar naqib/naqibah baru kalian
begitu memuji kesungguhan dan semangat yang kalian
tunjukkan.
Ketika itulah kami akan mengurut dada gembira…
airmata kami berlinangan kegembiraan.. betapa tanaman
kami telah
menghasilkan buah. Usaha kami selama 3 tahun kalian
bersama tidak sia-sia !
Hari berganti hari.. kami di sini terus dengan
kesibukkan melayan adik-adik kalian yang terus tiba
semester demi
semester dan cuba untuk menjadi pelapis kepada
kalian. Mereka bersemangat untuk meneruskan apa yang
telah dilakukan
oleh kalian. Mereka masih ingat ketika kalian
bersama-sama mereka di usrah, tamrin, dauroh dan
mukhayyam.
Mereka masih ingat.. kalianlah yang mendidik mereka
dan mengasuh mereka sedikit sebanyak. Kami terus
membantu
mereka sekadar kemampuan kami ini.. agar mereka
menjadi seperti kakak-kakak dan abang yang telah tamat
belajar.
Hari terus berganti… kami masih menunggu sepucuk
warkah atau sedering telefon… atau sepatah salam dari
musafir
yang pulang. Namum bayangan masih kelam. Hari berganti
minggu dan minggu berganti bulan. Hati kami mula
bimbang.
Apakah yang telah terjadi kepada anak-anak kami yang
telah pergi? Kami mula bertanya kepada musafir yang
lalu…
atau kepada ikhwah dan akhawat yang berjiran.. dimana
anak-anak kami.. pernah terdengar ke si anu dan si
anu?
Jawapan negatif membimbangkan kami tentunya.
Kini beberapa bulan berlalu sepi tanpa berita. Bagi
kami.. cukuplah tempoh yang bernama bulan untuk
menghancurkan sedikit semangat dan pegangan kita.
Hati kita sentiasa di intai syaitan. Tidak ada
manusia yang boleh mendakwa dia akan kuat tanpa
jamaah. Tidak akan ada kambing yang tidak keseorangan
yang tidak di makan
serigala bila keseorangan.. kerana memang serigala ada
di mana-mana. Paling kurang kita akan mula
hilang ketajaman sensitif terhadap matlamat kita. Kita
sudah
boleh mulai lupa tujuan dan halatuju hidup dan
perjuangan kita. Suatu yang begitu membara di dalam
hati kita ketika kita bersama dulu mula pudar dan
tinggal dingin.
Satu demi satu berita kami terima mengenai hal kalian…
jika ketika berpisah kami menjangkakan kami
akan menitiskan airmata kegembiraan mendengar
ketangkasan
dan keaktifan kalian… tetapi … titisan sebaliknya mula
mengalir.. Apa yang telah terjadi kepada kalian?
Apa yang telah kalian lakukan? Kami mula sebak…
ketika huruf-huruf ini disusun, kami tidak dapat
menahan air mata lagi.
Bersama baris-baris yang keluar… kami iringi dengan
cucuran yang tidak dapat ditahan..!
Ianya bukan satu buatan. Ianya bukan rekaan satu
cerita dan cerpen. Ia adalah satu kenyataan yang
telah berlaku beberapa ketika lalu dan… air mata ini
masih panas. Ianya adalah perasaan sayu kami
bila harapan telah mulai berkecai. Satu demi satu
harapan bangunan yang kami bina dan kami atur batu
bata negara Islam dan khalifah yang kami inginkan
berantapan jatuh di hadapan kami. Kalau dahulu kami
harapkan kalian akan menjadi tangan-tangan yang akan
bersama-sama mengangkat batu batu yang lebih berat
dan menjadi pembina bangunan ini… kini segalanya
hampa.
Tanpa kami sedari, ada di kalangan kalian yang mungkin
terasa amat gembira terlepas dari alam kita.
Ada yang merasakan dunia dakwah suatu yang
menghimpitnya.. suatu yang mengurungnya.
Barulah kami sedari rupanya selama ini, itu semua
adalah sebuah lakunan. Ada antara
kalian rupanya sudah tidak ingin lagi bertemu muka
dengan kami. Rupanya dulu kami adalah penyibuk
yang mengganggu hidupnya. Sekarang dia telah bebas.
Kami mula kecewa… kami mula berfikir.. apakah dosa
kami. Kami hanya menghulurkan tangan untuk
memimpin kalian mengenal sedikit tanggungjawab kita
semua.. tanggungjawab dakwah dan amal Islam.
Kami gembira kerana sebelum kalian keluar.. kalian
telah memahami itu semua.. tetapi sekarang
kenapa ini semua tiba-tiba berlaku?
Kalian datang ke sini… tetapi muka kamilah orang yang
paling tidak ingin di lihat dan ditemui.
Apakah kalian telah mencampakkan kasih sayang yang
telah kami berikan selama ini. Apakah muka
kami begitu buruk untuk dilihat? Apakah suara kami
begitu menyakitkan untuk disapa?.
Jika kalian datang dari jauh kerana sesuatu subjek dan
untuk mengutip markah bagi sekeping sijil,
apakah pelajaran-pelajaran yang sama-sama kita
pelajari di usrah dan dauroh sudah tidak bernilai dan
tidak berharga? Atau apakah kalian telah melayakkan
diri untuk dipanggil anak derhaka? Kalian
segera berlepas pulang. Kami hanya mendengar si anu
telah datang. Tanpa sepatah salam kami terima,
mungkin ia terlalu mahal untuk dikirim. Tiada helaian
kertas ditinggalkan.. mungkin dakwat pena
terlalu berharga untuk dicoretkan.. Kami hanya
mendengar dengan hiba dan air mata mengalir lagi.
Masa berlalu… dan kami mula berfikir sendirian. Mereka
terlalu sibuk. Mereka ada urusan sendiri.
Mereka sedang masuk ke alam kerja. Walau ada di
kalangan mereka kami bantu untuk meneruskan kehidupan
mereka…
mencarikan mereka kerja dan tempat pengalaman. Namum
setelah berjaya .. sepatah perkataan pun tidak
didengari.
Mungkin terlalu sibuk dengan pekerjaan.
Alhamdulillah. Kami sekali lagi menjadi hampas yang
dicampakkan ke tong sampah!
Kami tidak inginkan pembalasan. Kami tidak pahala dari
kalian. Cukuplah Allah sebaik-baik pembalas.
Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan
kekal. Kami akan tetap begini hingga ke akhir hayat..
selagi Allah masih memberikan kekuatan. Kerja kami
ialah mengumpul tenaga-tenaga orang seperti kalian,
memberi sedikit sebanyak ilmu dan kefahaman, mendidik
apa yang terdaya agar ada tenaga baru untuk Islam.
Kami tidak inginkan harta kalian, tidak perlu kepada
pujian dan sanjungan kalian.
Tidak berhajat ingatan dari kalian, tetapi kami hanya
mahu mendengar kalian telah menyambung
dan menjadikan kerja Islam sebagai sebesar-besar
tugas. Kami hanya mahukan dari kalian menghidupkan
jiwa-jiwa manusia yang telah mati. Itulah tanda
kesetiaan kalian terhadap kami. Sebenarnya itu adalah
janji kalian kepada Allah bila kalian berjanji untuk
bersama kami. Allahlah yang akan menuntut janjiNya
dari kalian.
Ketika kami mendengar ada di antara kalian mula
terlupa atau melupai tugas ini,
maka kamilah orang yang mula-mula menangis. Kalian
tentu faham bahawa tanda awal
ialah bila kalian tidak lagi bersambung dengan jamaah.
Bila ada antara kalian yang
merasakan kalian mampu hidup sendiri, kalian
sebenarnya kalian telah silap.
Hidup sehari tanpa jamaah dan tanpa kerja Islam
bermakna kalian telah meranapkan harapan kerja besar
kita.
Dan tanda awal putusnya kalian dengan jamaah ialah
bila kalian sudah tidak mempunyai naqib dan usrah.
Tanda awalnya apabila kalian telah mula
membelakangkan naqib/naqibah dalam membuat keputusan
dalam hidup kalian.
Apakah kalian merelakan diri kalian untuk menjadi
peranap kepada cita-cita Islam kita.?
Apakah kalian tidak takut kepada balasan Allah
bagi mereka yang meninggalkan tugas ini?
Biarlah kami berhempas pulas di sini.. berhujan
berpanas dan berembun. Mengorbankan masa rehat
dan wang ringgit kami demi melahirkan orang seperti
kalian. Biarlah kami terus begini… walaupun
kami tahu mereka semua juga mungkin akan menjadi
seperti kalian.
Biarlah kami terus berusaha .. melahirkan anak-anak
yang akan menderhakai dakwah dan tanggungjawab Islam!
Ingatlah.. kerja ini bukan hanya dengan angan-angan
dan azam semata. Cukuplah kalian layak dipanggil
anak derhaka bila dakwah dan amal Islam hanya menjadi
angan dan azam. Betapa ramainya orang yang mampu
berangan dan berazam seperti kalian ! Tapi dimana
usaha dan curahan tenaga? Siapa yang akan ke medan,
menarik tangan-tangan manusia yang sedang hanyut jika
semua hanya berangan dan berazam untuk menarik?
Alangkah mudah berangan dan berazam!
Bebanan perasaan yang kami pikul sebenarnya lebih
berat dari bebanan tugas ke sana ke mari mengendali
program dan mendidik kalian. Apa sangat berat berjaga
malam, membelanjakan ringgit dan berceramah dan
mendengar
masalah kalian jika hati kami gembira melihat
hasilnya. Apa sangat itu semua jika hati bahagia
melihat
kalian menjadi orang yang akan mewarisi kerja yang
telah kami buat. Kesemua berat dan beban hilang dan
tak mungkin terasa setelah melihat kalian telah
menerangkan bumi yang gelap seluruh pelusuk bumi.
TETAPI… sekarang kami telah kehilangan segala-galanya.
Ketenangan yang kami ingin cari melalui pengorbanan
ini telah juga hancur. Bahkan ianya lebih berat dari
bebanan fizikal dan material. Kami telah melalui
beberapa
generasi kalian. Pengalaman akhirnya menyimpulkan
kepada kami bahawa kami hanyalah manusia tak berguna
dan
pengganggu dalam hidup kalian. Ketenangan hati yang
kami ingin hirup dari usaha mentarbiyyah kalian hanya
menambah luka yang telah ada… Apakah kalian sedar?
Kami iringi kalian dengan doa dan airmata. Pergilah
kalian dengan sijil yang telah diperolehi dari sini
untuk
menjenguk dunia yang tiada bertepi. Harungilah hidup
demi mencari ketenangan dan kebahagiaan melalui
jalan yang kalian pilih sendiri. Kami tetap memilih
ketenangan dan kebahagian melalui jalan kami sendiri.
Walaupun kalian telah melukai hati kami… kami hanya
akan menyalahkan diri kami sendiri. Mungkin kamilah
yang menyebabkan kalian jadi begitu. Mungkin kami
belum memberikan yang terbaik untuk kalian.
Mungkin kami belum mengorbankan apa yang sepatutnya
kami korbankan. Mungkin.. kami lah yang bersalah.!
Kini segalanya hanya tinggal kenangan. Kami tidak
mengharapkan kepada kalian lagi. Jika kalian mahu
terus hidup sebagaimana manusia lain… teruskanlah.
Bahkan jika kalian mahu menjadi manusia yang jauh
berlainan dari kami… teruskan. Moga Allah mengampunkan
kami dan kalian. TAPI ingat ! Dakwah tidak
memerlukan kalian untuk hidup. Dakwah adalah satu
yang kuat dan kukuh kerana ia berhubung dengan
Allah Yang Maha Perkasa. Kitalah yang memerlukan
dakwah. Dakwah boleh bersama orang lain jika kita
enggan.
Tatapi apa ertinya hidup kita tanpa dakwah? Dakwah
adalah nyawa dan roh kita. Jika kita berpisah
darinya….
Kita sebenarnya telah mati ! Kita akan terkulai layu
ibarat bunga yang telah dipetik dari pokoknya !
Tinggalkanlah kami menangisi anak-anak yang telah
pergi. Anak-anak yang telah mencampakkan kasih saying
yang cuba kami hulurkan. Mungkin cinta kami tidak
seindah dunia yang menunggu diluar sana. Biarlah cinta
itu
dikutip oleh manusia lain yang tahu menilainya.
Apakah kalian tidak mengerti ini semua… apakah cinta
kami tidak bermakna untuk kalian. Adakah ianya terlalu
murah.
Kami berkorban untuk kalian lebih dari anak dan
saudara kami sendiri, kerana bagi kami tali akidah dan
fikrah lebih kukuh dan erat dari tali kekeluargaan.
Kalian lebih kami sayangi dari saudara sedarah daging
dengan kami. Kami berikan apa yang terbaik apa yang
kami ada.
Kerana kami tahu.. kalian adalah penerus generasi
da’I yang hampir pupus. Apakah kalian tidak
merasainya?
Memang kami tidak memberikan makanan yang mahal-mahal
untuk kalian. Kami tidak membelikan pakaian indah
untuk kalian.
Tetapi apa erti makanan dan pakaian jika kalian
hanyut di alam sesat jahiliyyah..? Hayatilah kata-kata
Imam al-Syafie:
"manusia sebenarnya ialah yang merasai kecintaan yang
diberikan kepadanya walaupun sebentar".
Berapa lamakah kecintaan yang telah kami berikan
kepada kalian… apakah kalian tidak merasainya?
Kalian melihat kami tersenyum… ye.. senyuman yang kami
buat-buat untuk mengubat rindu kepada kedamaian
semalam yang telah tiada lagi. Senyuman untuk
menandakan kami masih mampu berlakun dengan hati yang
telah disiat-siat. Berilah senyuman kepada kami,
hulurkan tangan kalian untuk kami salami…. Tetapi
hati ini tidak mungkin terubat tanpa penghayatan
dan penunaian janji yang telah sama-sama kita buat
semasa kita di sini!
Cukuplah… kami hanya akan bersama dengan yang memahami
dan merasai cinta kami. Bagi mereka yang mempunyai
kekasih lain… pergilah.. semoga kekasihnya akan
memberi kebahagian dan ketenangan untuknya. Bagi kami…
di jalan dakwahlah kasih awal dan akhir kami.
Jika kami sendiri futur akibat apa yang telah kalian
lakukan, maka bersedia kalian untuk menerima sahamnya.
Kalian telah mengecewakan kami sedikit sebanyak.
Kalian telah menyebabkan kami tidak percaya lagi
kepada manusia…
hingga sampai satu ketika.. kami merasakan sudah tidak
wujud lagi harapan di dunia ini. Apa tidaknya..
keseluruhan anak-anak kami tidak dapat meneruskan
usaha kami? Jika itu yang berlaku kepada yang awal…
maka bukankah sama pada yang akhirnya?
Tolong … jangan jadikan kami futur.. berilah harapan.
Moga adik-adik kita di sini dan di luar sana dapat
menghirup sedikit dari limpahan cahaya Ilahi yang kita
sama-sama tidak ingin padam.
CATATAN SEORANG NAQIB YANG HINA.
"islam untuk semua, indahnya Islam"
Posted by Siti Aishah Yusoff at 10/30/2008 05:30:00 PTG 0 comments
BICARA ILMIAH
BEBERAPA PERINGATAN MENGENAI HADIS DHOIF
Oleh : Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra(KIAS) Nilam Kelantan. Al- Fadhil Ustaz Tuan Mohd Safuan Tuan Ismail,
Sarjana Muda Syariah, Mu’tah, Jordan
Sebagai seorang muslim, sudah menjadi kewajiban kepada kita untuk menerima keseluruhan hadis Nabi s.a.w. Ini kerana Nabi s.a.w adalah seorang Rasul utusan Allah SWT kepada manusia. Mentaati Rasul beerti mentaati Allah SWT. Namun disebabkan kita tidak sempat hidup bersama Rasulullah s.a.w., kita tidak dapat mendengar sendiri hadis- hadis baginda. Justeru itu kita bergantung kepada pembawa hadis- hadis tersebut kepada kita. Para pembawa hadis ini dipanggil sebagai perawi.
Memandangkan kesahihan perkara yang dibawa oleh para perawi (iaitu hadis Nabi s.a.w.), boleh dipersoalkan (kerana kemungkinan lupa, dusta dan tersalah itu wujud), maka para muhaddisin telah membahagikan hadis kepada dua bahagian, iaitu:
1. Hadis Maqbul (hadis yang diterima).
2. Hadis Mardud (hadis yang ditolak).
Hadis Maqbul ialah hadis yang mana telah nyata kuatnya kebenaran perawi tersebut dalam apa yang diriwayatkannya. Manakala hadis Mardud ialah hadis yang tidak kuat kebenaran perawi dalam apa yang diriwayatkannya. Hadis Maqbul ialah hadis yang mencukupi lima syarat iaitu:
1. sanadnya bersambung.
2. para perawinya bersifat adil.
3. para perawinya dhobit (pengingat)
4. tiada syaz.
5. tiada illah.
Terdapat dua jenis hadis yang Maqbul, iaitu sohih dan hasan. Kalaulah ingatan perawi itu sangat kuat, maka ia adalah sohih dan jika agak kurang sedikit (walaupun masih pengingat), maka ia adalah hadis hasan. Manakala hadis Mardud ialah hadis yang palsu dan hadis dhoif. Dan hadis dhoif ini adalah nama am bagi pelbagai jenis hadis yang tidak mencukupi lima syarat tadi. Dengan ini jelaslah kepada kita apakah erti hadis dhoif dan apakah martabatnya dan kenapa ia tidak diamalkan. Hadis dhoif ialah hadis yang tidak mencukupi lima syarat yang ditetapkan bagi menentukan kesahihannya. Walau bagaimanapun, ada juga hadis dhoif yang diangkatkan darjahnya kepada taraf “hasan” (kerana banyak sanadnya atau sebagainya, dan ia bukanlah sangat dhoif pada asalnya). Menolak hadis dhoif bukanlah bererti menolak hadis nabi s.a.w., sebaliknya menolak sebarang kemungkinan hadis yang tidak disabdakan oleh baginda atau perkara yang tiada kaitan dengan baginda.
Mengenai hukum meriwayatkan hadis dhoif tanpa memberitahu tentang kedhoifannya, maka telah khilaf ulamak tentang keharusannya. Dan pendapat jumhur ulamak ialah harus meriwayatkan hadis dhoif tanpa menyatakan dhoif dengan dua syarat, iaitu:
1. Janganlah dalam perkara- perkara yang berkaitan dengan akidah.
2. Janganlah dalam perkara- perkara yang membincangkan hukum-hakam syarak seperti halal, haram dan sebagainya.
Ertinya harus digunakan hadis dhoif dalam memberikan peringatan (mau’izah), galakan terhadap kebaikan (targhib) dan menakutkan dengan seksaan kemaksiatan (tarhib). Walau bagaimanapun, tidak harus menggunakan perkataan yang menunjukkan kepastian (sighah jazam) seperti “sabda Rasulullah s.a.w.”, kerana mengelakkan daripada menisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. apa yang tidak disabdakannya, bahkan hendaklah digunakan kalimah yang menunjukkan ketidakpastian (tamridh), seperti “diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w ada bersabda”, atau “dikatakan bahawa Nabi bersabda” dan seumpamanya.
Dalam mengamalkan hadis dhoif pula, jumhur ulamak menolak menggunakan hadis dhoif dalam perkara hukum-hakam, apatah lagi dalam perkara berkaitan aqidah. Namun mereka telah mengharuskan menggunakan hadis dhoif dalam menyatakan kelebihan amalan dengan tiga syarat.
1. Janganlah hadis itu terlalu dhoif.
Kerana ini, sekali- kali tidak dibenarkan hadis yang ada padanya perawi yang dusta, yang dituduh dusta, yang mubtadi’ atau yang sangat pelupa dan banyak tersalah. Ini bererti bukan semua hadis dhoif boleh digunakan untuk fadhail amalan, bahkan hanya hadis yang dhoif kerana kelemahan ingatan perawinya, tetapi bukan hadis yang dipertikaikan keadilan keadilan perangai perawinya. Berkata Qardhawi: “Mereka ialah orang yang tidak diragui lagi tentang keadilan perangai mereka, tetapi diragui tentang ingatan, kepekaan dan kepakaran mereka.
2. Hendaklah perkara yang hendak dinyatakan itu ada asal pensyariatannya.
Ertinya, fadhilat amalan atau amaran seksa sesuatu amalan itu adalah satu perkara yang ada sabit asalnya dengan nas Quran atau hadis yang maqbul. Ini adalah satu noktah penting yang mana ramai tidak memahaminya. Noktah ini bererti bahawa hadis dhoif ini hanyalah boleh digunakan sebagai menyatakan fadhilat sesuatu amalan yang sudahpun disyariatkan dengan Quran atau Sunnah, dan bukannya mengisbatkan (menetapkan) amalan yang tiada asalnya dengan Quran atau Sunnah yang sohih.
3. Janganlah beranggapan dengan pasti bahawa akan dapat apa yang dinyatakan dalam hadis itu.
Bahkan sebagai ihtiyat sahaja. Ini kerana ia adalah hadis dhoif dan bukannya sohih nisbahnya kepada Nabi s.a.w.
Memandangkan tiga syarat ini tidak difahami dengan baik oleh ramai di kalangan kita, maka perkataan muhaddisin “harus menggunakan hadis dhoif pada fadhail amalan” ini telah digunakan oleh ramai di kalangan kita untuk menyebarkan hadis yang dianggap sangat dhoif, munkar, matruk, bahkan hadis yang dianggap palsu oleh sebahagian muhaddisin. Bahkan ada juga yang mengisbatkan amalan dengan hadis- hadis yang seperti ini. Akhirnya perkataan muhaddisin tadi telah dijadikan dalil untuk membenarkan tindakan mereka, samaada ketika meriwayatkan hadis- hadis seperti itu atau ketika mengamalkannya (walaupun mereka sedikitpun tidak berpaling kepada syarat- syarat yang dinyatakan oleh para muhaddisin tersebut).
Antara kesan buruk yang terhasil dengan sebab perkataan “harus menggunakan hadis dhoif pada fadhail amalan” (sekalipun ia adalah benar) ialah:
1. Bercampur aduk antara hadis yang sohih dengan hadis yang dhoif pada fadhail amalan, sedangkan hadis yang sohih pada fadhail juga banyak dan mencukupi.
2. Boleh menyebabkan termasuk (mungkin tanpa disedari) dalam pendustaan terhadap Nabi s.a.w., apatah lagi jika ia diambil daripada individu ataupun buku- buku yang sedikitpun tidak membezakan antara yang sohih dan yang sangat dhoif dan palsu. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Cukuplah seseorang itu untuk dikatakan dusta, jika dia menceritakan semua yang didengarinya”.
3. Jatuh dalam perkara- perkara bid’ah, kerana melakukan amalan yang tiada asalnya pada syarak.
Memandangkan syarat- syarat ini tidak diambil perhatian, maka Dr. Yusof Qardhawi membawa kita untuk mengambil perhatian dalam nokhtah- nokhtah berikut:
1. Sebahagian ulamak, samaada yang dahulu atau sekarang memang tidak menerima hadis dhoif, sekalipun pada fadhail amalan. Antara mereka ialah Imam Muslim, Yahya din Main, Ibnu Hazm az- Zohiri, Ibnul Arabi, Abu Syamah, Syeikh Ahmad Syakir dan al- Albani. Ia juga dikatakan pendapat Imam Bukhari. Manakala perkataan Imam Ahmad yang menerima hadis dhoif adalah bererti menerima hadis hasan, kerana mustalah “hasan” masih belum digunakan secara meluas pada zamannya, bahkan Imam Tarmizi yang mula mempopularkan mustalah tersebut. Kerana itu jika kita membenci seseorang yang tidak mengiktiraf amalan kita dengan alasan hadis itu adalah dhoif, maka sepatutnya kita juga membenci imam-imam tadi dan juga jumhur ulamak, kerana jumhur ulamak juga tidak mengharuskan mengasaskan amalan dengannya.
2. Ramai yang tidak mempraktikkan tiga syarat tersebut (syarat menggunakan hadis dhoif pada fadhail amalan) dalam praktikal amali. Mereka tidak membezakan antara yang dhoif pada fadhail dan sangat dhoif atau yang mempunyai tanda- tanda kepalsuan. Juga tidak mengambil kira samaada mempunyai asal atau tidak.
3. Para ulamak melarang menggunakan “sighah jazam” iaitu kalimah yang menunjukkan kepastian dalam hadis- hadis tadi. Contohnya seperti, “sabda Rasulullah s.a.w.”, dan sebagainya (telah pun disebutkan tadi).
4. Hadis yang sohih dan hasan sudah mencukupi. Penggunaan hadis dhoif memungkinkan kita meniggalkan hadis yang sohih.
5. Janganlah hadis tadi sampai mengubahkan nilai sebenar sesuatu amalan samaada suruhan atau larangan. Ertinya janganlah sampai amalan yang besar dalam agama menjadi kecil atau sebaliknya disebabkan oleh penggunaan hadis dhoif tadi.
6. Mengharuskan menggunakan hadis dhoif pada fadhail amalan bukanlah bererti mengharuskan mengasaskan sesuatu amalan dengannya. Menggalakkan amalan yang sudah ada asasnya tidaklah sama dengan mengasaskan amalan yang tiada asalnya.
7. Janganlah hadis dhoif tadi mengandungi perkara yang “melampau” yang tidak boleh diterima oleh syarak, akal atau bahasa arab. Kerana inilah antara tanda kepalsuan sesuatu hadis ialah ia tidak boleh diterima akal, janji seksa yang melampau kerana kesalahan yang sangat kecil, pahala yang sangat besar untuk amalan yang sangat kecil, berlawanan dengan reality yang dilihat, berlawanan dengan Quran atau sunnah yang mutawatir atau ijmak.
8. Janganlah hadis dhoif itu berlawanan dengan dalil- dalil Syarak yang lebih kuat daripadanya. Ini kerana mengambil hadis tersebut bererti meniggalkan dalil Syarak yang sudah jelas kesahihannya. Menyatakan hukum hadis samaada sohih, hasan, dhoif atau munkar adalah lebih utama daripada menyebut sanad hadis di zaman kita ini, sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya al- Azkar. Ini kerana masyarakat sekarang tidak mampu menilai kesahihan hadis sekalipun dinyatakan sanadnya. Ibnu Hajar al- Haitami pula menyatakan dalam fatwanya bahawa tidak harus bagi mana- mana penceramah untuk membacakan hadis dengan hanya bergantung kepada melihat hadis- hadis yang terdapat dalam buku, sedangkan penulisnya pula bukan ahli hadis, dan sesiapa yang melakukan demikian sepatutnya dikenakan hukuman “takzir”.
Sesungguhnya para muhaddisin tidak lupa untuk memberikan hukum yang selayaknya untuk setiap hadis. Pelajarilah dan carilah kata- kata mereka. Janganlah kita mengulangi kesilapan orang yang sebelum kita dalam perkara ini, kerana kebenaran adalah lebih berhak dan perlu untuk diikuti. Berpindah ke arah kebenaran adalah lebih baik daripada kekal dalam kebatilannya. Semoga kita semua mendapat hidayahNya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"islam untuk semua, indahnya Islam"
Posted by Siti Aishah Yusoff at 10/30/2008 09:58:00 PG 0 comments
Assalamulaikum w.r.t.
MUHASABAH
BIAH SOLEHAH…RENUNGAN BUAT DIRI DAN SAHABAT..
Sahabat,mengertikah kalian apa yang tersurat dan apa yang tersirat disebalik kalimah BIAH SOLEHAH.
Ya, biah Solehah yang diperjuangkan sejak zaman Maahad Dawah dahulu lagi,
Tetapi masih ada di antara kita yang belum mengerti,
Masih ada yang cuba ingin mecemarkan keharuman biah solehah
Kata mereka “sikit-sikit bia’ah solehah,sikit-sikit bi’ah solehah”
Kenapa kita jadi begini?
Apabila amar ma’ruf ditegakkan,
Katanya semua ini hipokrit..
Apabila nahi mungkar dilaksanakan,
Kata kamu “exco tidak ada hak untuk menyekat kami”.
Apabila pimpinan menetapkan peraturan
Kata kamu “kami bukan budak sekolah lagi”
Ya,
Kita bukan “budak sekolah lagi”
Dan peraturan ini bukanlah peraturan sekolah,
Dan bi’ah solehah ini bukanlah bi’ah yang menyekat kebebasan,
Kalian harus mengerti,
Biah Solehah inilah yang mendidk kita,
Biah solehah inilah yang mendisplinkan kita,
Biah Solehah inilah yang menjadikan kita dipandang izzah,
Biah solehah inilah yang bakal membentuk jatidiri.
Sedarkah kalian…
Biah Solehah memelihara kita daripada fitnah,
Persoalan untukmu ADAM,
Sanggupkah kalian menyaksikan…
Apabila HAWA mengenakan pakaian yang bisa menggugat keimananmu,
ADAM pula semakin liar matamu melirik kea rah kauam bukan mahrammu,
Lupakah kalian bahawa kalian pun mesti “menundukkan pandangan”?
Demi menjaga kalbumu daripada terpalitnya debu-debu ma’siat?
Tidak malukah kalian membuat panggilan rindu(missed call)terhadap HAWA?
Ahh..
Mudah sahaja alasan kalian..
Katamu ingin menguji si HAWA,
Tidakkah kalian terfikir?
Kalian telah mendedahkan keaiban si HAWA?
Siapa ADAM untuk menguji HAWA??
Ingin dijadikan permaisuri?
Persilakan jika niatmu suci..
Tetapi jika niatmu hanya sekadar menguji,
dan keaiban disebarkan,
Tunggulah ADAM…
Tunggulah balasan daripada Allah..
Relakah kalian melihat…
Apabila HAWA masih berada di tepi jalan semasa laungan azan maghrib dikumandangkan?
Tidakkah kalian berasa malu..
Apabila pergaulan ADAM dengan HAWA tidak terjaga?
Ikhtilat semakin bebas,
ADAM dan HAWA tanpa segan lagi berbual-bual kosong ditepi jalan,
“Bergayut” setiap masa,
Panggilan “abang”, “sayang” dan macam-macam lagi,
Walaupun tidak mempunyai ikatan yang sah,
Tanpa segan silu,
Tanpa rasa ingin menjaga hubungan Ilahi,
Ungkapan sebegitu mudah dilafazkan.
Persoalan untukmu HAWA…
Adakah kalian suka melihat ADAM muamalatnya tidak terjaga?
Bebas bergaul dengan HAWA,
Adakah kalian ingin menjadikannya pemimpinmu,
Dengan solat jemaahnya di masjid amat jarang sekali?
Inikan pula solat nawafil.
Untuk ADAM dan HAWA…
Usahlah dipertikaikan Biah Solehah di bumi bertuah ini,
Usahlah kalian berasa terbeban dengan peraturan di perlembahan ini,
Kerana,
Suatu hari nanti,
Kalian akan mencarinya untuk generasimu akan datang..
Yakin dan percayalah…
Tarbiyyahlah dirimu sebelum kamu mentarbiyyah anak didikmu…
Kerana kelak, sudah pasti USTAZ dan USTAZAH ini lah yang ditungu oleh masyarakat!
-Wo de xin GHURABA’-
"islam untuk semua, indahnya Islam"
Posted by Siti Aishah Yusoff at 10/30/2008 09:38:00 PG 0 comments
fatrah imtihan
Assalamualaikum w.r.t
Saya teringat semasa saya beljar di bumi KIAS Nilam Puri Kelantan, swktu tazkirah Presiden Kias mencurahkan ilmunya kepada anak2 buahnya di sakan aishah.Pointnya, berdoalah kepada Allah sebualan @ 2 bulan sebelum imtihan, agar Allah mencampakkan rasa takut untuk menhgadapi imtihan. Hm..ya la, apa taknya, ada jg hero n heroin dikalangan kita ni katanya tak boleh nak fokus study kecualilah betul2 dekat exam.(saya tuju pada diri yg hina ni jgk:)) Bila kita rasa takut, barulah kita nak study awal. Ya Allah, bantulah aku dalam pencarian ilmu Mu ini. Ikhlaskanlah aku, jgnlah diberi peluang sedikitpun untuk mengejar dunia, tapi jadikanlah kejayaan aku ini adalah demi ISLAM, mengizzzahkan Islam.Smg bai'ah kita dengan Allah dalam solat" INNA SOLATI WA NUSUKI WA MAHYAYA WA MAMATI LILLAHI RABBIL ALAMIN" mmpu diterjemahkan dlam kembara kehidupan kita menggapai MARDHATILLAH..
"islam untuk semua, indahnya Islam"
Posted by Siti Aishah Yusoff at 10/30/2008 09:19:00 PG 0 comments
Rabu, 22 Oktober 2008
Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum
We'll take our fights with them
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
We'll go as groups to stop them
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
We'll return our slain rights (territories)
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out
Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum
We'll take our fights with them
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
We'll go as groups to stop them
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
We'll return our slain rights (territories)
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out
Bisilaahil haqqil battari
By the weapon of truth
Sanu harriru ardhal ahraari
We'll free the land of the free
Wanu`eedul tuhraa ilal qudsi
We'll return the pureness of Islam to Al-Quds
Min Ba`didh-dhuli wadhal `aree
After our weakness and our humiliation
Bisilaahil haqqil battari
By the weapon of truth
Sanu harriru ardhal ahraari
We'll free the land of the free
Wanu`eedul tuhraa ilal qudsi
We'll return the pureness of Islam to Al-Quds
Min Ba`didh-dhuli wadhal `aree
After our weakness our humiliation
Min Ba`didh-dhuli wadhal `aree
After our weakness our humiliation
Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum
We'll take our fights with them
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
We'll go as groups to stop them
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
We'll return our slain rights (territories)
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out
Wa sanamdhi Nadukkum-Ma'aqilahum
We'll carry on bring down their fortresses
Bi dawyyin Daamin Yuqliquhum
With strong sounds that will scare them
Wa sanam hul `ara' Bi`ayy-deena
We'll erase our humiliation by our own hands
Wa biqullil quwwati Narda'uhum
With all force we'll stop them
Wa sanamdhi Nadukkum-Ma'aqilahum
We'll carry on bring down their fortresses
Bi dawyyin Daamin Yuqliquhum
With strong sounds that will scare them
Wa sanam hul `ara' Bi`ayy-deena
We'll erase our humiliation by our own hands
Wa biqullil quwwati Narda'uhum
With all force we'll stop them
Wa biqullil quwwati Narda'uhum
With all force we'll stop them
Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum
We'll take our fights with them
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
We'll go as groups to stop them
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
We'll return our slain rights (territories)
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out
Lan Nardha Bijuz-in Muhtallin
We'll never accept a slain part of our lands
Lan Natruka Shibral-lildh-dhulli
We'll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with.
Satamourul ardhu Wa tahriquhum
The Earth will burst in flames and burn them
Fil ardhi Baraakeenun Taghli
On Earth there are volcanoes that are boiling (he's pointing to how much Muslims have in their hearts from having their lands slain rights taken)
Lan Nardha Bijuz-in Muhtallin
We'll never accept a slain part of our lands
Lan Natruka Shibral-lildh-dhulli
We'll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with.
Satamourul ardhu Wa tahriquhum
The Earth will burst in flames and burn them
Fil ardhi Baraakeenun Taghli
On Earth there are volcanoes that are boiling
Fil ardhi Baraakeenun Taghli
On Earth there are volcanoes that are boiling
"islam untuk semua, indahnya Islam"
Posted by Siti Aishah Yusoff at 10/22/2008 05:13:00 PTG 0 comments
KONSEP PSIKOLOGI DALAM KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ISLAM
1.0 Pendahuluan
Setiap manusia mempunyai naluri kejiwaan dalam megendalikan kehidupan seharian. Ianya merupakan perkara yang tidak dapat disentuh dengan fizikal, tetapi perlu dihayati oleh seseorang terutamanya pemimpin hatta orang yang dipimpin sekalipun. Sirah zaman nabi-nabi terdahulu telah banyak membuktikan kepada ummat di dunia ini bahawa psikologi nabi-nabi telah memikat hati untuk menerima Islam.Contohnya dalam peristiwa pembinaan semula Ka’bah, khususnya dalam isu perletakan “Hajar Aswad” ke tempatnya semula.Isu ini hampir-hampir mencetuskan perperangan di kalangan puak Arab di Makkah.Masing-masing mendakwa bahawa mereka yang lebih berhak untuk mendapat penghormatan bagi meletakkan batu keramat itu.
Sekiranya tiada penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak, nescaya darah akan mengalir dan banyak jiwa yang mungkin melayang, kerana masing-masing telah bersiap dengan senjata sekiranya mereka menghadapi jalan buntu. Bagaimanapun satu di antara cadangan terakhir yang masih dihargai oleh puak yang bertikai ialah dengan memberikan hak untuk mengatasi masalah itu kepada sesiapa jua yang mula-mula memasuki pintu ka’bah pada hari tersebut. Allah telah mentakdirkan bahawa Muhammad S.AW merupakan orang yang pertama yang memasukinya dalam keadaan baginda tidak mengetahui keputusan yang diambil oleh pihak yang bertelagah itu. Seluruh ketua kaum menyerahkan kepercayaan untuk penyelesaian isu Hajar Aswad di tangan Muhammad S.A.W yang dikenali di kalangan mereka sebagai seorang pemuda yang berakhlak mulia dan budiman.
Dengan kebijaksanaan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada baginda walaupun belum mencapai usia kerasulannya, ternyata telah berjaya memadamkan api pertikaian yang sedang marak di kalangan puak-puak arab. Semua ketua kaum berpuas hati dengan cara Muhammad S.A.W menyelesaikan perkara tersebut dengan memegang sisi kain serban yang dijadikan alas untuk mengangkat Hajar Aswad itu ketempatnya yang asal. Tiada pihak yang terpinggir dalam menunaikan tangungjawab meletakkan Hajar Aswad, kerana semua kaum telah diberi penghormatan untuk tujuan suci itu. Keadaan ini merupakan psikologi yang perlu dicontohi oleh setiap pemimpin dengan tidak mementingkan mana-mana pihak, tetapi dapat menyelesaikan masalah rakyat dengan bijaksana (Nik Abdul Aziz Nik Mat. 2006:297).
2.0 Definisi
Menurut kamus Dewan, psikologi ialah ilmu yang mengkaji jiwa dan fikiran manusia, atau secara ringkasnya ilmu jiwa Perkataan psikologi atau dalam bahasa Inggeris psychology berasal dari dua perkataan, iaitu psyche yang bererti jiwa dan roh, dan logy yang bererti sains. Dengan itu, psikologi ialah kajian terhadap jiwa dan roh manusia. Oleh kerana kerohanian dan jiwa di luar dari pencapaian sains, psikologi selalunya merujuk kepada kajian tentang tingkah laku.
Psikologi hari ini ditakrifkan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku dan proses mental. Dengan itu, trend masa kini dalam pengertian psikologi ialah kajian secara saintifik terhadap tingkah laku. Ia adalah sains tingkah laku manusia dan haiwan (Ab.Aziz Mohd. Zin. 1999: 58).
Dari pengertian-pengertian tersebut dapat difahami bahawa psikologi mengandungi disiplin ilmiah yang tinggi untuk memahami tingkah laku manusia bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di kalangan manusia.
Manakala definisi kepimpinan yang diberikan oleh Ahmad Fadzli bin Yusof dan Amin Idris (2007), kepimpinan bukanlah sesuatu yang material. Ia satu kemampuan bagi mengetuai, memimpin dan memandu. Ia seni yang menghasilkan keupayaan bagi menjana idea dan berkomunikasi. Juga dapat mencipta dan membentuk kepercayaan dalam sanubari para pengikut pada idea yang dijana yang merangkumi visi dan misi.
Beliau juga menyatakan pendapat Bennis dan Nanus dalam buku mereka bertajuk Strategies for Taking Charge menegaskan, “Kepimpinan adalah sesuatu yang boleh dipelajari oleh sesiapa, diajar kepada sesiapa, dinafikan tidak pada sesiapa.” Kepimpinan satu seni yang peluangnya sentiasa terbuka bagi dipelajari dalam setiap rentak kehidupan manusia. Kesediaan belajar adalah langkah pertama dipimpin bagi pemimpin. Winston Churchill mengatakan, “Secara peribadi, saya sentiasa sedia belajar walaupun saya tidak sentiasa diajar.”
Menurut Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2003), jawatan kepimpinan Islam yang dipegang merupakan “jihad fi sabilillah” dan membawa orang yang dipimpinnya ke arah jalan yang benar dan diredhai Allah demi kesejahteraan umat Islam di dunia dan di akhirat. Kepimpinan Islam dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu kepimpinan diri, kepimpianan keluarga, kepimpinan masyarakat dan kepimpinan Negara.
Para pakar ilmu psikologi pengurusan( management psychology) membahagikan jenis pemimpin eksekutif dalam tiga bahagian iaitu bergerak melawan, bergerak mengikuti dan bergerak jauh (Jamal Hassan S’ad Madiy. 2005; 60). Di sini, penulis akan mengenengahkan tentang bergerak mengikuti. Pemimpin seperti ini bergerak mengikuti masyarakat dengan perasaan, emosi dan hati nuraninya. Ia bertindak cepat dan mahir dalam memecahkan masalah serta menyelami kehidupan mereka. Ia mendampingi, memberikan apa yang dimiliki demi meraih kepercayaan mereka, dan ikut serta mewujudkan agar mereka bekerja secara maksima untuk meraih hasil terbaik dan tujuan jemaah (ibid).
Melihat kepada definisi yang telah diutarakan, kedua-dua perkara ini saling berkait antara satu sama lain.Dalam kepimpinan dan pengurusan Islam tidak dapat diasingkan.Psikologi adalah elemen yang amat penting bukan sahja dalam kepimpinan, malah semua orang memerlukan psikologi. Antara pendekatan psikologi yang digunakan ialah antaranya dalam aspek pengurusan organisasi dan kepimpinan atau dakwah. Di sini, penulis akan membincangkan tentang psikologi dalam kepimpinan dan pengurusan.
Proffesor Ariffin menjelaskan bahawa sasaran dakwah terdiri daripada berbagai-bagai peringkat dan keadaan. Ia memiliki cirri-ciri khusus yang memerlukan pendekatan dakwah yang berbeza antara satu sama lain. Untuk memberi kesan kepada sasaran-sasaran seperti itu memerlukan suatu pendekatan dakwah yang berasaskan psikologi(Ab. Aziz Mohd Zin. 1999: 58).
Apabila menyebut tentang kepimpinan dan pengurusan Islam, sudah tentu wujudnya pemimpin dan yang dipimpin. Perkara yang utama dalam kepimpinan ialah psikolgi kerana ia adalah titik permulaan bagi menggerakkan sesuatu organisasi itu.
3.0 Psikologi Organisasi
Organisasi dilihat sebagai suatu sistem tingkah laku yang mencakupi input, proses, dan output. Input di sini bererti pekerja dan kemudahan yang terdapat dalam organisasi. Proses adalah merujuk sebagai tingkah laku pekerja atau interaksi pekerja dalam organisasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ke arah mencapai matlamat. Manakala output ialah matlamat yang hendak dicapai. Dalam mencapai matlamat, organisasi harus memberi perhatian kepada input dan proses (Ishak Mad Shah. 2004: 7).
Jika pendekatan psikologi tidak diaplikasikan dalam kepimpinan, ia akan memberi kesan yang negatif terhadap tingkah laku yang dipimpin atau pekerja seperti berasa tidak puas dalam pekerjaan, tidak memberi komitmen, tekanan kerja, ponteng dan sebagainya. Antara faktor psikologi yang mempengaruhi kepimpinan dan pengurusan Islam ialah:
1)Roh keislaman
2) Komunikasi
4) Tingkah laku dan personaliti
5) Suasana tempat kerja yang selesa
6)Kawalan emosi
3.1 Roh Keislaman
Roh keislaman amat penting dalam membentuk kepimpinan Islam yang berkesan. Ia merupakan psikologi yang tebaik selain ianya merupakan kewajipan bagi umat Islam. Sesuatu perkara yang dilakukan tanpa matlamat adalah sia-sia dan tidak kekal melainkan seseorang mempunyai matlamat yang jelas untuk Islam. Di sini, kita dapat lihat sewaktu hijrah Nabi Muhammad S.A.W. Masjid telah dijadikan sebagai pusat untuk membentuk masyarakat Islam pada waktu itu bagi memperkukuhkan lagi ikatan roh keislaman di jiwa masyarakat Madinah sama ada dari sudut adab pergaulan mahupun persoalan akidah mereka (al-Buti, 1978).
3.2 Tingkah laku dan personaliti
Maksudnya : “Wahai orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebencian di sisi Allah S.W.T. kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”
(Surah as-Saff 61:2-3)
Menjadi contoh yang baik merupakan kewajipan yang terpenting seorang pemimpin. Pemimpin hendaklah menjadi teladan kepada orang di bawah pimpinannya. Seseorang pemimpin harus terlebih dahulu mendidik dirinya dengan akhlak yang mulia dan menghayati tuntutan seperti sabar, amanah dan nasihat-menasihati sebelum dia memaksa orang lain berbuat demikian. Tingkah laku dan tutur kata pemimpin juga hendaklah sesuai dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T iaitu pemimpin hendaklah menjadi seorang yang bertanggungjawab(Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2003:51).
3.3 Suasana tempat kerja yang selesa
Daya kreatif seseorang pengurus itu akan lebih menyerlah lagi sekiranya iklim dan suasna tempat kerja adalah menggalakkan. Suasana kerja yang kurang tenang dan selesa akan membuntukan pemikiran para pengurus (Juhary Haji Ali dan Ishak Ismail. 1991: 163).
3.4 Kawalan Emosi
Rasulullah pernah berhadapan dengan orang yang bercakap dengan suara yang tinggi (marah), tetapi Rasulullah S.A.W tetap sabar dan tenang. Akhirnya orang yang bercakap dengan suara yang tinggi itu merendahkan suaranya. Rasulullah S.A.W tidak akan bercakap kalau tidak perlu. Apabila bercakap, mukanya sentiasa manis dan tersenyum. Perkataannya pendek, tegas, tidak bercakap yang bukan-bukan dan tidak melampaui batas. Beliau tidak pernah kelihatan sombong. Sifat sabar dan tenang ini perlu dikuasai oleh setiap manusia kerana segala masalah dan nikmat sebenarnya merupakan cubaan daripada Allah, sebagaimana firman-Nya:
•
Maksudnya : “ Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka akan mengucapkan “inna lillahi wa inna ilaihi raji’un”. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk”. (al Baqarah: 55-157)
3.5 Komunikasi
Komunikasi dipandang sebagai salah satu prosedur pengurusan yang terpenting. Apabila seseorang pemimpin berjaya menjalin komunikasi, maka hal tersebut adalah jaminan untuk mewujudkan sasaran kelompok dan jaminan untuk mewujudkan penigkatan kualiti kerja.
Dengan peranan penting ini, pelbagai media komunikasi selalu dikotori hal negatif yang membahayakan. Ketika kita merenungkan sejarah agama Islam, kita menemukan bahawa para nabi dan Rasul selalu menjalinkan komunikasi dengan manusia, orang-orang mukmin dan para pengikutnya. Tetapi orang-orang taghut (kafir) sangat takut terhadap komunikasi yang dijalin para nabi dan rasul, malah berusaha untuk menghentikan komunukasi itu dengan cara mempersempit gerak para nabi, padahal setiap rasul diberi tugas untuk menyampaikan ayat-ayat Allah kepada manusia.
Kaum musyrik Makkah memberi usulan kepada Abu Thalib agar anak saudaranya, Muhammad S.A.W dilarang berkomunikasi dengan para pengikutnya. Saat itu, Rasulullah S.A.W sebagai seorang pemimpin sangat memerhatikan tempat perkumpulan atau keramaian, pasti baginda pergi ke tempat tersebut dan menyampaikan risalah Islam kepada kaumnya.
Ketika Islam datang, ikatan komunikasi mulai semakin melebar dan semakin kuat, iaitu melalui wasilah solat dan haji. Hingga ketika seorang muslim sedang bersin, hal itu dapat dijadikan kesempatan untuk berkomunikasi(Jamal Hasan Sa’ad Madiy tjmh: Muhammad Mansur Hamzah. 2005: 99)
Para ulama bersepakat bahawa isi dan inti kejayaan proses kepimpinan terletak pada kemampuan menimbulkan kesan dan pengaruh yang timbal balik antara pemimpin dan para pengikut. Al Qiyadah (kepimpinan) yang berjaya adalah al Qiyadah(kepimpinan) yang mampu memberikan pengaruh pada perilaku individu ( suatu jemaah). Dengan tujuan, agar kepimpinan itu mampu menunaikan tugasnya iaitu memberikan arahan dan petunjuk, mewujudkan sasaran jemah, melakukan pengembangan dan pengukuhan kualiti jemaah, serta menjaga kekuatan kesatuannya ( ibid).
4.0 Penutup
Untuk menjadi contoh,, pemimpin perlulah mempunyai kebolehan yang istimewa berbanding pengikutnya. Oleh itu, pemimpin perlu mempunyai sifat-sifat seperti warak, jujur, berazam, tekun, amanah, mempunyai daya imiginasi yang kuat, rajin dan sifat terpuji yang lain. Komuniskasi yang baik antara pemimpin dengan pengikutnya amat diperlukan demi menjamin keharmornia hubungan dan kelicinan kerja. Hubungan akan menjadi lebih baik sekiranya pemimpin mempunyai sifat dan sikap seperti yang telah disebutkan.
Kemampuan berorganisasi secara berkesan merupakan lu dikurniaan Allah S.W.T yang perlu terus digilap dan dicemerlangkan. Selaku pemimpin, kita semua perlu bertanggungjawab menyampaikan mesej Islam secara jelas dan terang ( Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2003: 49).
Konklusinya, psikologi amat penting dalam kepimpinan bagi memastikan matlamat yang sebenar tercapai dan orang yang dipimpin tidak berasa tertekan dengan amanah yang ditaklifkan.
Rujukan
Abd. Karem Zaidan. terj. Asywadi Syukur. 2001. Dasar-dasar ilmu dakwah (2).
Selangor: Dewan Pustaka Fajar Islam.
Ab.Aziz Mohd. Zin. 1999. Psikologi dakwah. Kuala Lumpur: Nasional Malaysia Berhad
Ahmad Fadzli Yusof& Amin Idris.2007. Panduan dan asas untuk pemimpin berwibawa.
Selangor : Majujaya Indah Sd. Bhd.
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2003. Demokrasi dan kepimpinan Islam suatu
perbandingan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
H.M. Arifin. 1976. Psikologi dan beberapa aspek kehidupan rohaniah manusia.
Jakarta:Bulan Bintang
Ishak Mad Shah.2004. Pengenalan psikologi dan organisasi Jilid II. Johor Darul Takzim:
Universiti Teknologi Malaysia.
Ishak Mohd Rejab. 1985. Kepimpinan dalam Islam. UKM: FPI
Jamal Hasan Sa’ad Madiy.terjm. Muhammad Mansur Hamzah. 2005. Mewujudkan
kepimpinan Islam yang berkesan dan berpengaruh. Adiba Centre.
Juhary Hj. Ali & Ishak Ismail. 1991. Prinsip dan amalan pengurusan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
Muhammad Munir al Ghatban. Trjm. Taib Azamuddin & Hadi Awang. Manhaj haraki
dalam sirah Nabi Muhammad S.A.W. Kedah : Pustaka Darussalam Sdn. Bhd.
Nik Abdul Aziz Nik Mat. 2007. Sirah nabawiyyah insan teladan sepanjang zaman.
Kuala Lumpur : Nufair Street.
"islam untuk semua, indahnya Islam"
Posted by Siti Aishah Yusoff at 10/22/2008 10:57:00 PG 0 comments
Labels: -assignment-