CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 30 Oktober 2008



Assalamulaikum w.r.t.
MUHASABAH

BIAH SOLEHAH…RENUNGAN BUAT DIRI DAN SAHABAT..


Sahabat,mengertikah kalian apa yang tersurat dan apa yang tersirat disebalik kalimah BIAH SOLEHAH.
Ya, biah Solehah yang diperjuangkan sejak zaman Maahad Dawah dahulu lagi,
Tetapi masih ada di antara kita yang belum mengerti,
Masih ada yang cuba ingin mecemarkan keharuman biah solehah
Kata mereka “sikit-sikit bia’ah solehah,sikit-sikit bi’ah solehah”
Kenapa kita jadi begini?
Apabila amar ma’ruf ditegakkan,
Katanya semua ini hipokrit..
Apabila nahi mungkar dilaksanakan,
Kata kamu “exco tidak ada hak untuk menyekat kami”.
Apabila pimpinan menetapkan peraturan
Kata kamu “kami bukan budak sekolah lagi”
Ya,
Kita bukan “budak sekolah lagi”
Dan peraturan ini bukanlah peraturan sekolah,
Dan bi’ah solehah ini bukanlah bi’ah yang menyekat kebebasan,
Kalian harus mengerti,
Biah Solehah inilah yang mendidk kita,
Biah solehah inilah yang mendisplinkan kita,
Biah Solehah inilah yang menjadikan kita dipandang izzah,
Biah solehah inilah yang bakal membentuk jatidiri.
Sedarkah kalian…
Biah Solehah memelihara kita daripada fitnah,
Persoalan untukmu ADAM,
Sanggupkah kalian menyaksikan…
Apabila HAWA mengenakan pakaian yang bisa menggugat keimananmu,
ADAM pula semakin liar matamu melirik kea rah kauam bukan mahrammu,
Lupakah kalian bahawa kalian pun mesti “menundukkan pandangan”?
Demi menjaga kalbumu daripada terpalitnya debu-debu ma’siat?
Tidak malukah kalian membuat panggilan rindu(missed call)terhadap HAWA?
Ahh..
Mudah sahaja alasan kalian..
Katamu ingin menguji si HAWA,
Tidakkah kalian terfikir?
Kalian telah mendedahkan keaiban si HAWA?
Siapa ADAM untuk menguji HAWA??
Ingin dijadikan permaisuri?
Persilakan jika niatmu suci..
Tetapi jika niatmu hanya sekadar menguji,
dan keaiban disebarkan,
Tunggulah ADAM…
Tunggulah balasan daripada Allah..
Relakah kalian melihat…
Apabila HAWA masih berada di tepi jalan semasa laungan azan maghrib dikumandangkan?
Tidakkah kalian berasa malu..
Apabila pergaulan ADAM dengan HAWA tidak terjaga?
Ikhtilat semakin bebas,
ADAM dan HAWA tanpa segan lagi berbual-bual kosong ditepi jalan,
“Bergayut” setiap masa,
Panggilan “abang”, “sayang” dan macam-macam lagi,
Walaupun tidak mempunyai ikatan yang sah,
Tanpa segan silu,
Tanpa rasa ingin menjaga hubungan Ilahi,
Ungkapan sebegitu mudah dilafazkan.
Persoalan untukmu HAWA…
Adakah kalian suka melihat ADAM muamalatnya tidak terjaga?
Bebas bergaul dengan HAWA,
Adakah kalian ingin menjadikannya pemimpinmu,
Dengan solat jemaahnya di masjid amat jarang sekali?
Inikan pula solat nawafil.
Untuk ADAM dan HAWA…
Usahlah dipertikaikan Biah Solehah di bumi bertuah ini,
Usahlah kalian berasa terbeban dengan peraturan di perlembahan ini,
Kerana,
Suatu hari nanti,
Kalian akan mencarinya untuk generasimu akan datang..
Yakin dan percayalah…
Tarbiyyahlah dirimu sebelum kamu mentarbiyyah anak didikmu…
Kerana kelak, sudah pasti USTAZ dan USTAZAH ini lah yang ditungu oleh masyarakat!


-Wo de xin GHURABA’-

"islam untuk semua, indahnya Islam"

0 comments: