CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 30 Oktober 2008

Air mata seorang naqib



Luahan ni diberi oleh sabhat saya melalui emailnya semasa saya belajar di bumi KIAS Nilam Puri Kelantan.Khas untuk naqib/ah dan anak2 usrah di KIAS dan UKM-(khazinatu asrar).Smg ukhhuwwah kerana Allah yang diikat denagan ikatan akidah ini di rahmati Allah.

Air Mata Seorang Naqib


Kita sama-sama masih teringat ketika kita mula-mula
bertemu.
Tidak ada yang lebih berbahagia di dalam hati
ini selain melihat wajah-wajah ceria pelajar-pelajar
baru yang begitu bersih dapat menjejakkan kaki ke
sebuah pusat pengajian Islam. Memang ayah bonda
menginginkan suatu yang terbaik buat mu. Mahukan
engkau
menjadi orang yang terpelajar dan berguna kepada
mereka, kepada agama dan kepada negara.

Ketika hari pendaftaran, kami sama-sama menjengah diri
melihat muka-muka kalian. Kalian adalah ibarat
rahmat kepada kami kerana dari kaliannya kami mendapat
ketenangan dan kesejukan hati. Bagaimana..? akan
kami ceritakan segala-galanya nanti!Kemudiannya
kalian di heret ke sana kemari dengan minggu
pengenalan.
Kalian didedahkan dengan apa yang ada ditempat
belajar yang baru ini. Moga kalian dapat berta’aruf
dengan
cepat di alam baru ini. Kalian bersolat jamaah dan
berma’thurat sama-sama. Kalian di dudukkan di dalam
LDK dan kalian akhirnya menjejakkan kaki ke malam
terakhir pengenalan. Kami masih mengintai-ngintai
kalian.
Bukan wajah dan gaya… tetapi watak dan budi. Manakah
di antara kalian
yang akan bersama kami? Manakah di kalangan kalian
yang akan mewarisi jejak kami? Memang kami mengentahui
dan menyedari.. kalian datang dengan keinginan yang
berbeza. Ada yang ingin mendapat segulong sijil yang
nantinya akan dipersembahkan kepada ibu dan ayah. Ada
yang tertolak kerana ayah dan ibu menghendaki
demikian.
Kami faham itu semua… dan itu semua tidak langsung
penting bagi kami.

Kalian didudukkan di dalam usrah-usrah akhirnya. Kita
sama-sama saling mengenal, mendengar dan memberi.
Bercerita dan membaca. Berbincang dan bermesra.
Bukankah itu satu titik permulaan yang indah dalam
pengalaman hidup kita? Kita kemudian bertemu lagi
dalam tamrin dan dauroh. Duduk dan mendengar..
makan dalam dulang bertemu kepala. Kemudiannya tidur
diatas lantar tanpa hamparan. Kesemuanya menjadi
detik manis dan kenangan yang mungkin sukar
dilupakan. Dari situlah kesemuanya bermula… Kami
memerhati
dan cuba mengenal. Siapakah dari kalangan kalian yang
sudi untuk bersama lebih memahami apa yang sedang
kami fikirkan? Kami hanya ingin mengongsi beban yang
sedang kami cuba pikulkan selama ini.
Kami faham ianya begitu berat dan tidak mampu
ditanggung oleh hanya dua tiga kerat manusia yang
lemah
seperti kami. Bebannya berat dan perjalanannya
panjang. Hasilnya belum tentu diperolehi di masa
terdekat.
Kami berfikir dan berfikir … bagaimanakah cara
terbaik untuk mengenali siapa dari kalian yang
berminat. Kami
adakan usrah… kami adakah tamrin dan kami adakan
dauroh.. kami adakan mukhayyam… dan entah apa lagi.
Semuanya adalah kerana cuba mengenali kalian..
disamping untuk memberi sedikit sebanyak kesedaran dan
ilmu.

Akhirnya … Kami telah dikurniakan Allah dengan kalian.
Kalian menampilkan diri dengan semangat dan
kesediaan untuk bersama. Kami begitu gembira. Kami
tidak meminta kalian berbuat demikian. Sedikitpun
tidak ingin memaksa. Kami hanya membuka jalan dan
peluang setelah memberi kesedaran sedikit sebanyak.
Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmatNya kepada
kita.

Bermulalah satu episod baru dalam hidup kita. Mungkin
kita masih ingat kita mula menjejakkan kaki ke alam
baru..
fikrah baru dan ikatan baru. Kalian telah berjaya
memujuk hati kalian untuk bersama dalam gerombolan
ini.
Gerombolan yang ingin untuk melihat dunia berubah ke
arah Islam. Kita mula tangkas melayari perjalanan yang
sengit ini.
Kita cuba menumpaskan nafsu yang kadangkala
mengganggu dengan cerita indahnya hidup relaks dan
seronok.
Tapi kalian telah berjaya menolak itu semua. Walaupun
kawan dan teman lain telah lama dibuai mimpi,
kaliankadangkala masih termangu di hadapan kami..
menadah buku dan sedikit risalah. Segalanya hanya
untuk memahami Islam yang masih banyak yang perlu
dipelajari. Kadangkala teman seronok dihadapan cerita
TV dan VCD,
tetapi kita menolaknya itu semua.. kerana masa amat
berharga bagi kita untuk dibazirkan pada itu semua.
Kadangkala kawan-kawan enak tidur ditilam empuk
asrama, tetapi kita terpaksa berjaga malam dimukhayyam

hanya semata-mata untuk melatih diri bagaimana
indahnya dapat berkorban untuk sahabat yang sedang
tidur di lantai bumi
.Betapa banyaknya pengalaman yang kalian telah lalui
bersama kami !

Kami cuba memberi apa yang kami terdaya.
Segala-galanya adalah untuk menjadikan kalian orang
yang
bermanfaat untuk Islam. Kami merasa kasihan kepada
Islam yang masih menagih cinta dan pengorbanan dari
penganutnya.
Islam masih terumbang ambing dicampak dan diheret oleh
manusia liar. Islam yang sepatutnya tinggi masih
digilis-gilis dan dipijak ganas untuk manusia zalim.
Siapa yang ingin membelanya?
Siapa yang akan meletakkannya ke tempat paling tinggi
yang sepatutnya.

Inilah yang kami cuba lakukan. Alhamdulillah, kalian
mula sedikit demi sedikit memahami apa yang kami ingin
kongsikan.
Walaupun kami kadangkala tidak dapat berehat
sebagaimana orang lain… tetapi ketenangan mula
menjenguk..
ketika melihat kalian mula faham dan mula melangkah.
Denyut nadi perjuangan kalian yang mula bergerak-gerak
sudah cukup menggembirakan kami… lebih gembira dari
sang musafir yang terjumpa kembali untanya yang hilang
di
padang pasir !

Tentu kalian masih ingat itu semua. Kalian bagi kami
adalah lebih mahal dari dunia dan isinya.
Kalianlah sumber pahala kami di zaman ketandusan
pahala dan bermaharajanya dosa dan maksiat.
Bukankah ‘Allah memberi petunjuk seorang manusia
dengan hasil usahamu adalah lebih baik dari dunia dan
isinya’?.
Kerana itu
kalian semua lebih mahal bagi kami dari segala harta.
Mungkin dari situlah kalian dapat faham, bagaimana
susahnya
kami kerana menjaga kalian. Betapa banyaknya
harta yang kami curahkan kerana kalian. Betapa kami
terpaksa melupakan masa rehat dan hujung minggu untuk
kalian.
Betapa kami sudah tidak mempunyai apa-apa lagi yang
dapat kami berikan kepada kalian semua… semuanya telah
diberikan.
Mungkin sekarang kalian telah dapat fahami. Kerana
kalian lebih berharga dari dunia dan isinya !

Sukar kami menceritakan ini semua… terpaksa dan semoga
ianya menjadi pedoman untuk kalian juga.
Bahawa hidup seorang yang tahu di mana Islam berada
sekarang tidak memungkinkannya sempat membina istana
dan mahligai.
Tidak memungkinkannya bergembira di setiap hujung
minggu dengan anak isteri.
Tidak mungkin berpeluang untuk menikmati hari-hari
perlancongan dan santai tanpa matlamat dakwah.
Tidak mungkin berenak dengan kenderaan besar dan
mewah. Bagaimana ia boleh berbuat demikian sedangkan
Islam
masih menunggu pendokong yang akan menyelamatkannya?

Kerana memahami itu semua, kami wakafkan diri kami
untuk kalian. Biarlah manusia lain dengan dunianya..
namum kita tenang dan gembira dalam alam kita sendiri.
Walaupun orang lain melihat kita
dalam kesukaran dan kesusahan hidup, namum itulah
kebahagian kita ! Matlamat kami..
melahirkan kader-kader yang akan
bekerja untuk Islam. Keinginan kami.. apabila kalian
telah melangkah keluar dari sini..
kalian telah menjadi manusia muslim baru yang membawa
bersama-sama obor yang akan menyuluh
tempat-tempat yang masih gelap di pelusuk sana.
Itulah sahaja matlamat dan cita-cita kami.

Kami tidak mampu memberi kalian kerja yang bergaji
mahal. Kami tidak sanggup menjanjikan
jawatan selepas kalian keluar. Itu semua adalah suatu
yang kerdil bagi
kami. Ianya mampu dicari oleh sesiapa walau bagaimana
keadaannya sekalipun. Yang lebih penting dari itu
semua ialah kami tidak mahu kalian tenggelam di dalam
kancah dunia yang sedang bergelumang dengan
materialisma yang tidak mampu diharungi oleh manusia
biasa.
Kerana itulah kami cuba bekalkan kepada kalian dengan
kekuatan dan kefahaman. Lebih dari itu,
kami mahukan kalian menjadi manusia yang akan membawa
manusia lain untuk bersama-sama dalam perjuangan
kita yang masih panjang.

Kami cuba sedaya upaya untuk mengajak kalian memahami
bahawa apa yang kita buat ini bukan kerana tempat
belajar kita. Bukan kerana wajib atau ingin menjaga
hubungan dengan pensyarah. Bukan kerana markah atau
prestasi.
Kami cuba memotong tali-tali yang mengikat kalian
dengan itu semua. Kami membawa kalian ke luar sana…
berjumpa
dengan mereka yang telah mendahului kita di atas
jalan ini. Melangkah ke luar negara.. berjumpa dan
mengambil
pengalaman mereka. Mereka semua adalah se jalan dengan
kita.. berjuang menegakkan fikrah yang sama!

Perit letih kami tidak sia-sia. Kalian mula melangkah
ke garisan-garisan akhir bersama kami dengan sabar dan
tekun.
Kalian langsung tidak menunjukkan rasa jemu dan
bosan. Walaupun telah ada dikalangan kalian yang telah
kecundang
setelah beberapa lama, namum kalian masih thabat
teguh. Kalian mula faham bahawa kerja kita perlukan
disiplin
yang tinggi. Kerja kita perlukan jamaah dan ketaatan.
Kerja kita perlukan syura dan perbincangan dengan
naqib/naqibah
yang telah begitu lama memimpin tangan kita sejak
kita masih bertatih-tatih di permulaan perjalanan.
Kerja
kita memerlukan kita tidak putus dan bersama dengan
jamaah di mana saja kita berada. Di saat berpisah,
itulah harapan kami. Gembiranya hati kami melepaskan
kalian menuju ke destinasi masing-masing.
Betapa inginnya hati kami untuk mendengar deringan
telefon dari kalian.. menceritakan pengalaman
baru kalian di kampung dan kawasan masing-masing..
setelah mendapat title baru bergelar
‘DA’I’. Betapa tak sabarnya kami ingin menatap tulisan
dari kalian .. bercerita bagaimana kalian telah mula
mengumpul mad’u-mad’u baru ditempat kalian. Betapa
gembiranya kami nantinya mendengar kalian mula ke
sana-kemari
mengikuti program bersama ikhwah dana khawat di
tempat baru kalian. Kami tidak dapat bayangkan
bagaimana gembiranya
hati kami bila mendengar naqib/naqibah baru kalian
begitu memuji kesungguhan dan semangat yang kalian
tunjukkan.

Ketika itulah kami akan mengurut dada gembira…
airmata kami berlinangan kegembiraan.. betapa tanaman
kami telah
menghasilkan buah. Usaha kami selama 3 tahun kalian
bersama tidak sia-sia !

Hari berganti hari.. kami di sini terus dengan
kesibukkan melayan adik-adik kalian yang terus tiba
semester demi
semester dan cuba untuk menjadi pelapis kepada
kalian. Mereka bersemangat untuk meneruskan apa yang
telah dilakukan
oleh kalian. Mereka masih ingat ketika kalian
bersama-sama mereka di usrah, tamrin, dauroh dan
mukhayyam.
Mereka masih ingat.. kalianlah yang mendidik mereka
dan mengasuh mereka sedikit sebanyak. Kami terus
membantu
mereka sekadar kemampuan kami ini.. agar mereka
menjadi seperti kakak-kakak dan abang yang telah tamat
belajar.

Hari terus berganti… kami masih menunggu sepucuk
warkah atau sedering telefon… atau sepatah salam dari
musafir
yang pulang. Namum bayangan masih kelam. Hari berganti
minggu dan minggu berganti bulan. Hati kami mula
bimbang.
Apakah yang telah terjadi kepada anak-anak kami yang
telah pergi? Kami mula bertanya kepada musafir yang
lalu…
atau kepada ikhwah dan akhawat yang berjiran.. dimana
anak-anak kami.. pernah terdengar ke si anu dan si
anu?
Jawapan negatif membimbangkan kami tentunya.

Kini beberapa bulan berlalu sepi tanpa berita. Bagi
kami.. cukuplah tempoh yang bernama bulan untuk
menghancurkan sedikit semangat dan pegangan kita.
Hati kita sentiasa di intai syaitan. Tidak ada
manusia yang boleh mendakwa dia akan kuat tanpa
jamaah. Tidak akan ada kambing yang tidak keseorangan
yang tidak di makan
serigala bila keseorangan.. kerana memang serigala ada
di mana-mana. Paling kurang kita akan mula
hilang ketajaman sensitif terhadap matlamat kita. Kita
sudah
boleh mulai lupa tujuan dan halatuju hidup dan
perjuangan kita. Suatu yang begitu membara di dalam
hati kita ketika kita bersama dulu mula pudar dan
tinggal dingin.

Satu demi satu berita kami terima mengenai hal kalian…
jika ketika berpisah kami menjangkakan kami
akan menitiskan airmata kegembiraan mendengar
ketangkasan
dan keaktifan kalian… tetapi … titisan sebaliknya mula
mengalir.. Apa yang telah terjadi kepada kalian?
Apa yang telah kalian lakukan? Kami mula sebak…
ketika huruf-huruf ini disusun, kami tidak dapat
menahan air mata lagi.
Bersama baris-baris yang keluar… kami iringi dengan
cucuran yang tidak dapat ditahan..!

Ianya bukan satu buatan. Ianya bukan rekaan satu
cerita dan cerpen. Ia adalah satu kenyataan yang
telah berlaku beberapa ketika lalu dan… air mata ini
masih panas. Ianya adalah perasaan sayu kami
bila harapan telah mulai berkecai. Satu demi satu
harapan bangunan yang kami bina dan kami atur batu
bata negara Islam dan khalifah yang kami inginkan
berantapan jatuh di hadapan kami. Kalau dahulu kami
harapkan kalian akan menjadi tangan-tangan yang akan
bersama-sama mengangkat batu batu yang lebih berat
dan menjadi pembina bangunan ini… kini segalanya
hampa.

Tanpa kami sedari, ada di kalangan kalian yang mungkin
terasa amat gembira terlepas dari alam kita.
Ada yang merasakan dunia dakwah suatu yang
menghimpitnya.. suatu yang mengurungnya.
Barulah kami sedari rupanya selama ini, itu semua
adalah sebuah lakunan. Ada antara
kalian rupanya sudah tidak ingin lagi bertemu muka
dengan kami. Rupanya dulu kami adalah penyibuk
yang mengganggu hidupnya. Sekarang dia telah bebas.

Kami mula kecewa… kami mula berfikir.. apakah dosa
kami. Kami hanya menghulurkan tangan untuk
memimpin kalian mengenal sedikit tanggungjawab kita
semua.. tanggungjawab dakwah dan amal Islam.
Kami gembira kerana sebelum kalian keluar.. kalian
telah memahami itu semua.. tetapi sekarang
kenapa ini semua tiba-tiba berlaku?

Kalian datang ke sini… tetapi muka kamilah orang yang
paling tidak ingin di lihat dan ditemui.
Apakah kalian telah mencampakkan kasih sayang yang
telah kami berikan selama ini. Apakah muka
kami begitu buruk untuk dilihat? Apakah suara kami
begitu menyakitkan untuk disapa?.
Jika kalian datang dari jauh kerana sesuatu subjek dan
untuk mengutip markah bagi sekeping sijil,
apakah pelajaran-pelajaran yang sama-sama kita
pelajari di usrah dan dauroh sudah tidak bernilai dan
tidak berharga? Atau apakah kalian telah melayakkan
diri untuk dipanggil anak derhaka? Kalian
segera berlepas pulang. Kami hanya mendengar si anu
telah datang. Tanpa sepatah salam kami terima,
mungkin ia terlalu mahal untuk dikirim. Tiada helaian
kertas ditinggalkan.. mungkin dakwat pena
terlalu berharga untuk dicoretkan.. Kami hanya
mendengar dengan hiba dan air mata mengalir lagi.

Masa berlalu… dan kami mula berfikir sendirian. Mereka
terlalu sibuk. Mereka ada urusan sendiri.
Mereka sedang masuk ke alam kerja. Walau ada di
kalangan mereka kami bantu untuk meneruskan kehidupan
mereka…
mencarikan mereka kerja dan tempat pengalaman. Namum
setelah berjaya .. sepatah perkataan pun tidak
didengari.
Mungkin terlalu sibuk dengan pekerjaan.
Alhamdulillah. Kami sekali lagi menjadi hampas yang
dicampakkan ke tong sampah!

Kami tidak inginkan pembalasan. Kami tidak pahala dari
kalian. Cukuplah Allah sebaik-baik pembalas.
Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan
kekal. Kami akan tetap begini hingga ke akhir hayat..
selagi Allah masih memberikan kekuatan. Kerja kami
ialah mengumpul tenaga-tenaga orang seperti kalian,
memberi sedikit sebanyak ilmu dan kefahaman, mendidik
apa yang terdaya agar ada tenaga baru untuk Islam.

Kami tidak inginkan harta kalian, tidak perlu kepada
pujian dan sanjungan kalian.
Tidak berhajat ingatan dari kalian, tetapi kami hanya
mahu mendengar kalian telah menyambung
dan menjadikan kerja Islam sebagai sebesar-besar
tugas. Kami hanya mahukan dari kalian menghidupkan
jiwa-jiwa manusia yang telah mati. Itulah tanda
kesetiaan kalian terhadap kami. Sebenarnya itu adalah
janji kalian kepada Allah bila kalian berjanji untuk
bersama kami. Allahlah yang akan menuntut janjiNya
dari kalian.

Ketika kami mendengar ada di antara kalian mula
terlupa atau melupai tugas ini,
maka kamilah orang yang mula-mula menangis. Kalian
tentu faham bahawa tanda awal
ialah bila kalian tidak lagi bersambung dengan jamaah.
Bila ada antara kalian yang
merasakan kalian mampu hidup sendiri, kalian
sebenarnya kalian telah silap.
Hidup sehari tanpa jamaah dan tanpa kerja Islam
bermakna kalian telah meranapkan harapan kerja besar
kita.
Dan tanda awal putusnya kalian dengan jamaah ialah
bila kalian sudah tidak mempunyai naqib dan usrah.
Tanda awalnya apabila kalian telah mula
membelakangkan naqib/naqibah dalam membuat keputusan
dalam hidup kalian.
Apakah kalian merelakan diri kalian untuk menjadi
peranap kepada cita-cita Islam kita.?
Apakah kalian tidak takut kepada balasan Allah
bagi mereka yang meninggalkan tugas ini?

Biarlah kami berhempas pulas di sini.. berhujan
berpanas dan berembun. Mengorbankan masa rehat
dan wang ringgit kami demi melahirkan orang seperti
kalian. Biarlah kami terus begini… walaupun
kami tahu mereka semua juga mungkin akan menjadi
seperti kalian.

Biarlah kami terus berusaha .. melahirkan anak-anak
yang akan menderhakai dakwah dan tanggungjawab Islam!
Ingatlah.. kerja ini bukan hanya dengan angan-angan
dan azam semata. Cukuplah kalian layak dipanggil
anak derhaka bila dakwah dan amal Islam hanya menjadi
angan dan azam. Betapa ramainya orang yang mampu
berangan dan berazam seperti kalian ! Tapi dimana
usaha dan curahan tenaga? Siapa yang akan ke medan,
menarik tangan-tangan manusia yang sedang hanyut jika
semua hanya berangan dan berazam untuk menarik?
Alangkah mudah berangan dan berazam!

Bebanan perasaan yang kami pikul sebenarnya lebih
berat dari bebanan tugas ke sana ke mari mengendali
program dan mendidik kalian. Apa sangat berat berjaga
malam, membelanjakan ringgit dan berceramah dan
mendengar
masalah kalian jika hati kami gembira melihat
hasilnya. Apa sangat itu semua jika hati bahagia
melihat
kalian menjadi orang yang akan mewarisi kerja yang
telah kami buat. Kesemua berat dan beban hilang dan
tak mungkin terasa setelah melihat kalian telah
menerangkan bumi yang gelap seluruh pelusuk bumi.

TETAPI… sekarang kami telah kehilangan segala-galanya.
Ketenangan yang kami ingin cari melalui pengorbanan
ini telah juga hancur. Bahkan ianya lebih berat dari
bebanan fizikal dan material. Kami telah melalui
beberapa
generasi kalian. Pengalaman akhirnya menyimpulkan
kepada kami bahawa kami hanyalah manusia tak berguna
dan
pengganggu dalam hidup kalian. Ketenangan hati yang
kami ingin hirup dari usaha mentarbiyyah kalian hanya
menambah luka yang telah ada… Apakah kalian sedar?

Kami iringi kalian dengan doa dan airmata. Pergilah
kalian dengan sijil yang telah diperolehi dari sini
untuk
menjenguk dunia yang tiada bertepi. Harungilah hidup
demi mencari ketenangan dan kebahagiaan melalui
jalan yang kalian pilih sendiri. Kami tetap memilih
ketenangan dan kebahagian melalui jalan kami sendiri.
Walaupun kalian telah melukai hati kami… kami hanya
akan menyalahkan diri kami sendiri. Mungkin kamilah
yang menyebabkan kalian jadi begitu. Mungkin kami
belum memberikan yang terbaik untuk kalian.
Mungkin kami belum mengorbankan apa yang sepatutnya
kami korbankan. Mungkin.. kami lah yang bersalah.!


Kini segalanya hanya tinggal kenangan. Kami tidak
mengharapkan kepada kalian lagi. Jika kalian mahu
terus hidup sebagaimana manusia lain… teruskanlah.
Bahkan jika kalian mahu menjadi manusia yang jauh
berlainan dari kami… teruskan. Moga Allah mengampunkan
kami dan kalian. TAPI ingat ! Dakwah tidak
memerlukan kalian untuk hidup. Dakwah adalah satu
yang kuat dan kukuh kerana ia berhubung dengan
Allah Yang Maha Perkasa. Kitalah yang memerlukan
dakwah. Dakwah boleh bersama orang lain jika kita
enggan.
Tatapi apa ertinya hidup kita tanpa dakwah? Dakwah
adalah nyawa dan roh kita. Jika kita berpisah
darinya….
Kita sebenarnya telah mati ! Kita akan terkulai layu
ibarat bunga yang telah dipetik dari pokoknya !

Tinggalkanlah kami menangisi anak-anak yang telah
pergi. Anak-anak yang telah mencampakkan kasih saying
yang cuba kami hulurkan. Mungkin cinta kami tidak
seindah dunia yang menunggu diluar sana. Biarlah cinta
itu
dikutip oleh manusia lain yang tahu menilainya.

Apakah kalian tidak mengerti ini semua… apakah cinta
kami tidak bermakna untuk kalian. Adakah ianya terlalu
murah.
Kami berkorban untuk kalian lebih dari anak dan
saudara kami sendiri, kerana bagi kami tali akidah dan
fikrah lebih kukuh dan erat dari tali kekeluargaan.
Kalian lebih kami sayangi dari saudara sedarah daging
dengan kami. Kami berikan apa yang terbaik apa yang
kami ada.
Kerana kami tahu.. kalian adalah penerus generasi
da’I yang hampir pupus. Apakah kalian tidak
merasainya?

Memang kami tidak memberikan makanan yang mahal-mahal
untuk kalian. Kami tidak membelikan pakaian indah
untuk kalian.
Tetapi apa erti makanan dan pakaian jika kalian
hanyut di alam sesat jahiliyyah..? Hayatilah kata-kata
Imam al-Syafie:
"manusia sebenarnya ialah yang merasai kecintaan yang
diberikan kepadanya walaupun sebentar".
Berapa lamakah kecintaan yang telah kami berikan
kepada kalian… apakah kalian tidak merasainya?

Kalian melihat kami tersenyum… ye.. senyuman yang kami
buat-buat untuk mengubat rindu kepada kedamaian
semalam yang telah tiada lagi. Senyuman untuk
menandakan kami masih mampu berlakun dengan hati yang
telah disiat-siat. Berilah senyuman kepada kami,
hulurkan tangan kalian untuk kami salami…. Tetapi
hati ini tidak mungkin terubat tanpa penghayatan
dan penunaian janji yang telah sama-sama kita buat
semasa kita di sini!

Cukuplah… kami hanya akan bersama dengan yang memahami
dan merasai cinta kami. Bagi mereka yang mempunyai
kekasih lain… pergilah.. semoga kekasihnya akan
memberi kebahagian dan ketenangan untuknya. Bagi kami…
di jalan dakwahlah kasih awal dan akhir kami.

Jika kami sendiri futur akibat apa yang telah kalian
lakukan, maka bersedia kalian untuk menerima sahamnya.

Kalian telah mengecewakan kami sedikit sebanyak.
Kalian telah menyebabkan kami tidak percaya lagi
kepada manusia…
hingga sampai satu ketika.. kami merasakan sudah tidak
wujud lagi harapan di dunia ini. Apa tidaknya..
keseluruhan anak-anak kami tidak dapat meneruskan
usaha kami? Jika itu yang berlaku kepada yang awal…
maka bukankah sama pada yang akhirnya?

Tolong … jangan jadikan kami futur.. berilah harapan.
Moga adik-adik kita di sini dan di luar sana dapat
menghirup sedikit dari limpahan cahaya Ilahi yang kita
sama-sama tidak ingin padam.

CATATAN SEORANG NAQIB YANG HINA.


"islam untuk semua, indahnya Islam"

0 comments: